Sinopsis Drama Nur 2; Samarinda TV3

Loading...

SinopsisBDramaBNurB2 - Sinopsis Drama Nur 2; Samarinda TV3

SINOPSIS NUR 2

 Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dlm menempuhi hidup mereka sbg suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pd mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dgn kelas mengaji yg semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana.

Adam masih meneruskan aktiviti utk memberi dakwah di lorong-lorong yg turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan utk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dr itu, Juita sentiasa cari peluang utk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dgn berpura-pura menjadi sahabat baik Nur utk mendapatkan Adam.

Selain dr konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yg kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dlm penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut utk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan utk membebaskannya.

Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pd awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti.

Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dr rumah sewanya dan terpaksa menebal muka utk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut utk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dgn peristiwa hitam yg pernah terjadi dgn Hamadi dahulu.

Adakah Hamadi akan insaf atau terus dgn niat jahatnya utk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka drpada orang lain yg sentiasa hadir utk merosakkan seagalanya?

Loading...

Tags: #drama #Samarinda #Sinopsis

author
Author: 
    Realme 5 dan Realme 5 Pro Resmi Meluncur di Indonesia, Pilih Yg Mana ?
    Realme semakin tancap gas menelurkan beberapa smartphone andalannya dgn fitur-fitur yg semakin canggih.
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg

    Comments are closed.