Sinopsis Drama Leftenan Zana; Lestary TV3

SinopsisBDramaBLeftenanBZana - Sinopsis Drama Leftenan Zana; Lestary TV3

SINOPSIS LEFTENAN ZANA
Mengisahkan mengenai impian Zana  yg bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat

Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dgn bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana utk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya utk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.

Walaupun dihalang, Zana tekad utk meneruskan cita-citanya dan dlm diam telah membuat permohonan secara online utk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih utk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sbg pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.

Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem utk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yg dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar yg menggerunkan, Zana tertekan dgn pelbagai latihan yg memenatkan fizikal dan mental.

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yg membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan utk melarikan diri drpada kem.

Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pd bapanya?

Loading...

Tags: #drama #Leftenan #Lestary #Sinopsis #Zana

author
Author: 
    Early Writing Materials (Grade 1)
    Early aptitude in writing is an indicator of a child’s reading ability. Up
    Cut and Paste materials (Part 1)
    Cut and paste worksheets to help kindergarten and preschoolers develop their fine motor
    Early Reading Materials (Part 2)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is
    Early Reading Materials (Part 3)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is

    Leave a reply "Sinopsis Drama Leftenan Zana; Lestary TV3"