Sinopsis Drama Ketika Masa Terhenti (slot Widuri TV1)

Loading...

Saksikan drama terbaru “Ketika Masa Terhenti” akan mengisi slot Widuri TV1 mulai 12 Ogos 2018. Drama arahan Khalid Nadzri akan dibintangi oleh Arja Lee, Jue Aziz dan Julia Ziegler dan ramai lagi.
%255BUNSET%255D - Sinopsis Drama Ketika Masa Terhenti (slot Widuri TV1)

JUDUL : KETIKA MASA TERHENTI
JUMLAH EPISOD : 13 episod
SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Khalid Nadzri
TERBITAN : Alfanazra Productions
PELAKON : Arja Lee (Hairie), Jue Aziz (Hawa) Julia Ziegler (Haizie), Qazem Nor, Abby Nadzri, Farzana Latiff, Nik Adam Mika, Laila Nasir
SINOPSIS DRAMA :
Mengisahkan Hairie (Arja Lee) seorang usahawan berjaya yg menjalani kehidupan dgn dua orang isterinya yg tersayang. Isteri pertama Hairie, Hawa (Jue Aziz) adalah ketua chef di sebuah kafe eksklusif di Kuala Lumpur. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zahra dan Irfan. Manakala isteri kedua Hairie, Haizie (Julia Ziegler) merupakan seorang pramugari.
Hawa menerima baik Haizie sbg madunya namun, perasaan cemburu Haizie sering timbul dan mengganggu emosinya. Dia berusaha utk menjadi lebih tenang agar kehidupannya suami isteri dapat berjalan dgn aman dan bahagia.

Permulaan cerita menonjolkan Haizie cemburu dgn madunya Hawa. Pelbagai cara digunakan oleh Haizie utk menyakiti Hawa sedangkan madunya itu melayan dia dgn baik sekali. Haizie melayan Hawa dgn teruk sekali dan memfitnah madunya tersebut membuatkan Hairie marah kepada Hawa.
Satu hari, Hairie kemalangan jalan raya kerana fikirannya berkecamuk dgn bermacam-macam masalah yg ditimbulkan oleh Haizie. Semasa di hospital, doktor memberitahu Hawa bahawa keadaan suaminya agak kritikal dan perlu ditempatkan di bilik Kawalan Rapi (ICU). Hawa cukup bimbang dgn keadaan suaminya. Namun sebaliknya Haizie pula tidak ambil kisah dan pulang ke rumah. Tindakannya menimbulkan kemarahan Puan Syarifah Maznah.
Keluarga Hairie berduka kerana Hairie masih belum sedar dr koma. Hawa pula tidak jemu-jemu menemani suaminya di hospital. Iqbal, sepupu Hairie juga turut bersama-sama bergilir menjaga Hairie di hospital.
Haizie pula telah menyembunyikan diri kerana berasa malu dan segan selepas dimarahi oleh Puan Syarifah Maznah. Disebabkan risau, Iqbal telah mengubah seorang penyiasat utk mengenalpasti di manakah menghilangnya Haizie.
Syarikat perniagaan Puan Syarifah Maznah telah disabotaj oleh sebuah syarikat lain yg telah cuba utk merampas perjanjian pembelian sewa beli tanah di Jakarta Indonesia utk membuka kafe mereka.
Iqbal dan Hawa telah berusaha utk mencari siapakah dalang dlm melakukan kerja kotor seperti itu. Aina, pekerja di kafe Hawa telah membuat siasatan dan mendapati syarikat yg cuba mencantas rundingan mereka adalah milik kepada seorang ahli perniagaan tersohor di Malaysia, Tan Sri Saifuddin yg juga merupakan rakan baik Puan Syarifah Maznah.
Apa yg menjadi persoalan adalah mengapakah Tan Sri sanggup mencantas perniagaan sahabat baiknya sendiri?
Hairie sedar dr komanya. Walau bagaimanapun, masalah lain muncul apabila Hairie hanya blh mengingat ibunya dan Iqbal sahaja. Isterinya Hawa terkilan namun terpaksa memahami keadaan suaminya.
Hairie tidak dapat menerima kenyataan yg dia mempunyai isteri. Dia melayan Hawa dgn kasar dan seperti orang asing. Anak-anak Hairie, Zehra dan Irfan juga tidak dilayan.

Hairie kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah. Selang beberapa hari, Haizie kembali ke Malaysia selepas bertugas di Sydney. Haizie sangat gembira selepas mengetahui suaminya telah sedar dr koma. Namun, nasib masih tidak menyebelahi Haizie apabila Hairie juga tidak mengenalinya.
Ingatan Hairie masih belum pulih. Hairie hanya mengingati Ain, bekas kekasihnya sejak zaman sekolah yg kini menjadi guru sekolah Zahra. Keluarga Hairie meminta jasa baik Ain mengembalikan ingatan Hairie terhadap keluarga terutama isteri dan anakanaknya.
Ain dlm dilema kerana tunangnya, Khalid cemburu dia rapat dgn Hairie. Sedangkan niatnya hanya mahu membantu Hawa yg sangat menyayangi suaminya itu.
Begitu juga bagi menolong Zahra, anak muridnya mengembalikan saat manis keluarga bahagia itu.
Lalu apakah kesudahannya? Adakah Hairie dapat mengingat semula? Bagaimana pula dgn Haizie yg mula menerima hakikat sayang Hairie terhadap Hawa dan anak-anaknya tidak dapat mengatasi segala-galanya?
Saksikan drama bersiri 15 episod ini akan temui penonton mulai 12 Ogos 2018, setiap hari Jumaat sehingga Ahad, jam 7 malam menerusi slot Widuri TV1.

Carian Berkaitan

poster drama bersiri melayu malaysia
Loading...

Tags: #drama #ketika #masa #Sinopsis #Slot #Terhenti #Widuri

author
Author: 
    Jatuh cinta sungguh dengan material & corak terbaru square shawl dari ni…..
    Jatuh cinta sungguh dengan material & corak terbaru square shawl dari @galeriariani ni..
    Ini Video Rasmi Majlis Perkahwinan Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina
    Beberapa keping foto rasmi majlis perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kembali tersebar
    “Dia Ada Dua Ibu, Doa Ibu Yg Hebat.” – Rata-Rata Puji Erra Fazira Sambut Hari Lahir Anak Bersama Laudya Cynthia Bella.
    Puteri tunggal kepada aktres jelita Erra Fazira, Engku Aleesya baru saja menyambut ulang
    Alamak! Misai Dah Tumbuh La. Ini Jawapan Bersahaja Dari Nur Sajat Apabila Ditanya Tentang Bulu Halus Di Atas Bibir Montok Beliau.
    Ramai peminat terkejut,Jutawan kosmetik dan penyanyi Nur Sajat baru-baru in, dilaporkan mengidap peny4kit

    Leave a reply "Sinopsis Drama Ketika Masa Terhenti (slot Widuri TV1)"