Sinopsis Drama Kereta Sewa (slot Iris TV3)

Loading...

Drama terbaru berjudul Kereta Sewa akan menghiasi slot Iris TV3. Dibintangi oleh Hairi Safwan dan Amyza Aznan. Turut menampilkan Izzue Islam, Keith Foo, Nina Iskandar, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila serta ramai lagi.
747FC910 F9D4 4E34 97AD AC857DF19C3D - Sinopsis Drama Kereta Sewa (slot Iris TV3)
SINOPSIS DRAMA :
Mengisahkan mengenai Ramli yg mempunyai perniagaan kereta sewa. Dia sangat menyayangi kereta yg dimilikinya itu kerana itu lah satu – satunya punca pendapatan Ramli. Setiap episod dlm siri ini akan menceritakan ragam pelanggan yg menyewa kereta Ramli.

Antara ragam penyewa kereta Ramli adalah seorang gadis cantik yg mahu menyewa kereta Ramli tetapi dia tiada lesen memandu. Ramli terpaksa menjadi pemandu gadis berkenaan dlm membantu gadis itu mengintip bakal tunangnya yg disyaki curang.
Tidak cukup dgn itu, Ramli juga dikejutkan oleh rakan sekampungnya, Bell yg datang ke rumah utk meminjam kereta bagi membawa isterinya, Shery yg hendak bersalin. Perjalanan menjadi kelam kabut apabila mereka tersangkut dlm kesesakan jalanraya akibat kemalangan. Mereka terpaksa menggunakan jalan alternatif yg jauh. Ramli akhirnya terpaksa menjadi bidan terjun bersama-sama Bell utk menyambut kelahiran bayi itu.
Pelbagai lagi ragam pelanggan Ramli antaranya, pasangan yg ingin kahwin lari dgn meminjam kereta Ramli, rombongan kumpulan marhaban menggunakan kereta Ramli, bayi dijumpai dlm kereta Ramli dan kisah gadis misteri yg menghubungi Ramli utk menyewa keretanya di tengah malam!

Bukan mudah rupanya menguruskan kereta sewa, macam-macam karenah pelanggan yg Ramli jumpa sejak memulakan perniagaan kereta sewanya itu. Ada juga pelanggan Ramli yg terisi minyak diesel sehingga menyebabkan keretanya rosak dan menyebabkan dia lebih berwaspada utk bagi sewa keretanya. Adakah Ramli dapat menyelesaikan masalah yg dibuat oleh setiap pelanggannya?

Jangan ketinggalan saksikan drama komedi ini bermula 9 April 2019, setiap hari Isnin sehingga Khamis, pukul 6.30 petang hanya di slot Iris TV3!
Loading...

Tags: #drama #Iris #Kereta #Sewa #Sinopsis #Slot

author
Author: 
    Download Round-Up 4 English Grammar Book
    Download Round-Up 4 English Grammar Book by clicking the picture
    Download Round-Up 5 English Grammar Book
    Download Round-Up 5 English Grammar Book by clicking the picture
    Download Round-Up 6 English Grammar Book
    Download Round-Up 6 English Grammar Book by clicking the picture
    Download: Round-Up 1 English Grammar Book
    Round-up 1 Grammar Practice combines games and fun with serious systematic grammar practice.

    Comments are closed.