Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku (Akasia TV3)

Drama adaptasi novel Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto akan mengisi di slot Akasia TV3. Drama ini arahan Pali Yahya akan menggantikan drama Halalkan Hati Yg Ku Curi. Dibintangi oleh pelakon Zahirah Macwilson, Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Izzue Islam dan Amelia Henderson.
%255BUNSET%255D - Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku (Akasia TV3)

JUDUL : JANGAN BENCI CINTAKU
EPISOD : 28 Episod
SKRIP : Farhana Fauri
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

PARA PELAKON : Zahirah Macwilson (Rafeeqa Huda), Saharul Ridzwan (Shahrizal), Izzue Islam (Syazwi), Niena Baharun (Husna), Amelia Henderson (Damia), Daler Yusuf (Irwan), Luqman Hafidz (Faris), Azizah Mahzan (Nek Pah), Azhar Amir, Catriona Ross (Puan Azlin), Dilla Ahmad (Zaida), Esma Daniel (Tuan Shariman)

SINOPSIS DRAMA :
Rafeeqa terpaksa berkahwin dgn Shahrizal, calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda. Bagi Shahrizal, tiada sebab utk dia tidak jatuh cinta pd Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dgn berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dgn keputusannya.

Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dgn baik. Namun, segalanya berubah pd thn terakhir pengajian Rafeeqa. Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yg lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna. Dgn sokongan rakannya Damia, Rafeeqa tidak mengalah utk kembali memikat si suami. 

Namun tidak semudah itu, dgn kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yg tak pernah mengiktiraf kedudukannya sbg cucu menantu dan juga Irwan yg tak habis-habis menempel utk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

Drama 28 episod terbitan Suhan Movies akan bermula 29 June 2018, setiap Isnin sehingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia TV3.
Loading...

Tags: #Akasia #BENCI #CINTAKU #drama #Jangan #Sinopsis

author
Author: 
    Ini Video Rasmi Majlis Perkahwinan Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina
    Beberapa keping foto rasmi majlis perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kembali tersebar
    “Dia Ada Dua Ibu, Doa Ibu Yg Hebat.” – Rata-Rata Puji Erra Fazira Sambut Hari Lahir Anak Bersama Laudya Cynthia Bella.
    Puteri tunggal kepada aktres jelita Erra Fazira, Engku Aleesya baru saja menyambut ulang
    Alamak! Misai Dah Tumbuh La. Ini Jawapan Bersahaja Dari Nur Sajat Apabila Ditanya Tentang Bulu Halus Di Atas Bibir Montok Beliau.
    Ramai peminat terkejut,Jutawan kosmetik dan penyanyi Nur Sajat baru-baru in, dilaporkan mengidap peny4kit
    Rock Bro! Full Movie
    Rock Bro! merupakan sebuah filem arahan Mamat Khalid yg dibintangi oleh Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Azmi

    Leave a reply "Sinopsis Drama Jangan Benci Cintaku (Akasia TV3)"