Sinopsis Drama Hola Hermosa (slot Kejora TV1)

Saksikan drama terbaru berjudul Hola Hermosa akan menghiasi slot Kejora TV1. Drama hasil arahan Muralikrishnan Munian ini akan dibintangi oleh Zahiril Adzim, Zara Zya, Miera Leyana, Ramona Zam Zam, Azrel Ismail dan Nizen Ayob. 
JUDUL : HOLA HERMOSA (Hello, Si Cantik)
EPISOD : 26 Episod

PENGARAH : Muralikrishnan Munian
TERBITAN : Smart Global Media Sdn Bhd
PARA PELAKON : Zahiril Adzim (Rizuan), Zara Zya (Myza), Miera Liyana, Romana Zam Zam, Azrel Ismail, Nizen Ayob, Tunku Hanis, Arash Mohamed, Zila Bakarin, Marisa Yasmin
SINOPSIS DRAMA : 
“Hola Hermosa” yang bermaksud ‘Hello, Si Cantik’ dlm bahasa Sepanyol. Drama ini bermula dgn watak utama, Rizuan yg melanjutkan pengajian seni bina di Mexico City. Rizuan meninggalkan Myza, isteri yg dinikahinya secara rahsia di Malaysia atas permintaan keluarga Rizuan. Myza diambil sbg anak angkat oleh Rizuan setelah ibu dan ayahnya meninggal dunia.

Masa berlalu Rizuan mempunyai ramai kenalan di sana dan mengabaikan Myza. Myza pula berjaya diterima mengikuti kursus Bahasa Sepanyol selama enam bulan tajaan Kedutaan Mexico. Myza gembira dapat bersama dgn suaminya. Namun sebaliknya pula bagi Rizuan.
Dia menghargai kebebasan diri di sana dapat menguruskan projek syarikat Nuri Wijaya di Mexico dan kembali menjalin hubungan dgn Sheerin, anak Dato’ Nasir, pemilik syarikat tersebut. Pd masa sama turut mempunyai kekasih bernama Melissa, warga Mexico.
Syameel, kawan Rizuan seorang jurugambar berdedikasi cuba didekati Aliyah, model terkenal namun dia tidak menunjukkan minat. Usaha dilakukan Aliyah mendekatinya sia-sia. Muncul Rafiah, model yg berminat membantunya mendapatkan penaja bagi projek penggambaran di Mexico.

Sementara itu, Aaron kawan serumah Syameel terjebak dlm permasalahan bapa kekasihnya, Sarina yg berhutang dgn Along. Ibu Sarina kecewa dgn suaminya, Borhan memutuskan mereka bercerai tapi dihalang Sarina dan Aaron. Aaron cuba mendapatkan kerja utk Borhan. Malangnya tidak lama kerana Borhan terjebak dgn skim pelaburan pula.

Sarina merancang menerbitkan novel namun malangnya ditolak penerbit. Syameel dan Aaron berjanji mahu membantu menukar novel Sarina kepada drama atau filem. Sarina tinggal bersama Rafiah kerana mahu menjauhkan diri drpada ayahnya. 
Dato’ Nasir mendesak keluarga Rizuan menjodohkan Rizuan dgn Sheerin walaupun sedar isterinya Datin Sally mahu mengahwinkan anak mereka dgn Tengku Danny. Dato’ Nasir juga tersepit dgn desakan Rosmaria, pekerjanya yg merasakan dia lebih layak menguruskan projek di Mexico berbanding Sheerin.
Myza dilayan dingin oleh Rizuan. Namun dia menyembunyikan kebenaran drpada pengetahuan keluarga tentang layanan hambar suaminya itu. Rizuan cemburukan Myza keluar dgn rakan lelaki sekolejnya. Namun bila ditanya tentang Sheerin dia mengaku rapat dgn wanita itu dgn alasan keluarga Sheerin banyak membantunya selama ini.

Di Mexico, Myza terserempak dgn Sheerin yg memberitahunya dia akan berkahwin dgn Rizuan dlm masa terdekat. Myza cuba mendapatkan kepastian Rizuan. Rizuan menegaskan kepada Myza dia tidak mahu terikat dgn mana-mana perempuan namun tidak sekali-kali akan menceraikan Myza kerana menunaikan janjinya kepada emak dan ayahnya.

Myza kecewa dgn Rizuan dan menghilangkan diri. Situasi itu membuatkan Rizuan tidak keruan. Puas dia mencari isterinya itu namun gagal. Aaron menasihati Syameel agar tidak menuduh Rafiah mempunyai teman lelaki tanpa usul periksa dan berterus-terang meluahkan perasaan cintanya terhadap gadis itu.
Rizuan pulang ke Malaysia atas arahan Dato’ Nasir. Sheerin pula diarahkan ayahnya terus tinggal di Mexico. Rizuan dgn berat hati berterus-terang kepada keluarganya tentang ‘kehilangan’ Myza. Rizuan juga membuka rahsia perkahwinannya dgn Myza kepada Syameel dan Aaron. Mereka terkejut.


Myza memutuskan utk terus tinggal dan bekerja di Mexico. Rizuan pula serba salah bila didesak berkahwin dgn Sheerin. Datin Sally pula cuba meneka siapakah bapa kepada anak yg dikandung oleh Rosmaria.

Namun adakah jodoh Myza dan Rizuan bersatu semula atau kehadiran Sheerin mengubah segalanya? Bagaimana kesudahan cinta Syameel yg keliru memilih Rafiah atau Aliyah? Begitu juga dgn Aaron dan Sarina yg berterusan cuba menyelesaikan konflik keluarga Sarina.

Saksikan drama 26 episod ini bermula pd 23 Januari 2019, setiap Isnin sehingga Khamis, jam 11:30 pagi menerusi slot Kejora di RTM TV1.
Loading...

Tags: #drama #Hermosa #Hola #Kejora #Sinopsis #Slot

author
Author: 
    Viral Video Surat Cinta dr Corona! Masihkah Manusia Berani Sombong dan Lupa Adab?
    slidegossip.com – Baru-baru ini, sebuah video yg berisi surat cinta dr virus corona
    Anies: Korban Corona Meninggal 283, Pusat: 123, Netizen: Rakyat Harus Percaya Siapa?
    slidegossip.com – Baru-baru ini, rakyat dibuat bingung dgn transparansi pemerintah pusat dlm menyampaikan
    Ganjar Pranowo Kaget Lihat Kiriman Bantuan APD Dari China, Ternyata Buatan Indonesia!
    slidegossip.com – China mengirimkan bantuan sebanyak 10 ribu Alat Pelindung Diri (APD) utk
    4 Artis Ini Kesal Dgn Lambannya Pemerintah Dlm Menangani Corona, No 4 Diisolasi!
    slidegossip.com – Wabah virus corona atau covid-19 semakin menjadi momok dunia karena sudah

    Leave a reply "Sinopsis Drama Hola Hermosa (slot Kejora TV1)"