Sinopsis Drama Encik Imam Ekspres (slot Megadrama Astro Ria)

Drama terbaru berjudul Encik Imam Ekspres akan menghiasi slot Megadrama di Astro Ria (104). Drama ini arahan Pali Yahya diadaptasi dr novel Dia Encik Imam Ekspres karya Cik Tet. Dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Nelydia Senrose, Isaac Iman, Elisya Sandha, Ben Amir dan ramai lagi.
2BD840DB 5457 4B60 BBEB 5999A4DA41C7 - Sinopsis Drama Encik Imam Ekspres (slot Megadrama Astro Ria)
JUDUL : ENCIK IMAM EKSPRES

EPISOD : 14 episod
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Nelydia Senrose (Diyana Aqilah), Fikry Ibrahim (Engku Razil), Isaac Iman (Awish), Elisya Sandha (Atun), Ben Amir (Engku Riyad), Adrianna Qasmia, Ruzana Ibrahim, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Sherry Ibrahim, Faiz Nor
SINOPSIS ENCIK IMAM EKSPRES

Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yg terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yg paling dlm kerana si dia itu bakal menjadi milik orang.
Tiga thn berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dgn lara di hati lantaran kesakitan yg ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi.
Namun, bagi Engku Razil pula, peluang yg muncul takkan dilepaskan lagi begitu sahaja. Cukuplah tiga thn dia memendam rasa. Kehadiran si cilik, Sarah Akisya yg comel dgn pelatnya melancarkan lagi misi memikat Engku Razil.

“Sebab Kisya aje?”~ Diya “Sebab… hati abang juga inginkan Umi Kisya ada di sini. Hati abang cakap, jangan sesekali lepaskan Umi Kisya pergi dr sini.” ~ Engku Razil
Ketika hati sudah bersedia utk menerima, sebuah musibah mula menguji kedua-duanya. Lain yg diimpikan, lain yg berlaku. Walaupun mereka bersatu, namun rasa kecewa di hati mengatasi segala-galanya sehingga Diya ambil keputusan utk menjauh.
Cinta itu memang sudah lama ada. Rindu itu juga sudah lama memekar. Tapi bila acap kali diuji, hati Diya jadi nanar!

“Abang dah tiupkan penawar yg paling mujarab utk luka di jari isteri abang ni. Cuma abang tak pasti, penawar yg sama akan berjaya utk mengubati luka di hati Diya. Tapi abang takkan berputus asa. Abang akan terus mencari dan terus merawat sehingga luka di hati isteri abang ni sembuh tanpa tinggal segaris parut.” ~ Engku Razil.
Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yg ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.
Drama 14 episod terbitan Suhan Movies ini akan menemui penonton pd setiap hari Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam bermula pd 11 Mac 2019 di saluran Astro Ria (104).
Loading...

Tags: #Astro #drama #Ekspres #encik #Imam #Megadrama #Sinopsis #Slot

author
Author: 
    KURASi – Fashion Terkini Semua Original Dari Jepun
    Assalamualaikum & hai semua…  Pengalaman travel ke Osaka Jepun thn lps sangat bermakna
    Lina eks Sule Diduga Korban Pembunuhan Berencana, Teddy Malah Bahas Soal Hutang Piutang!
    slidegossip.com – Hingga saat ini pihak kepolisian masih menyelidiki kasus kematian mantan istri
    Ashanty Sakit Karena Disantet? Nyai Kidul: Orang Sunda, Pernah Berharap Jadi Istri Mas Anang!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan menghampiri artis cantik Ashanty. Istri Anang Hermansyah itu diketahui
    Modul lengkap KPM Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee Di Sekolah
    Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yg berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    Leave a reply "Sinopsis Drama Encik Imam Ekspres (slot Megadrama Astro Ria)"