Sinopsis Drama Dian; Glamadrama NTV7

DianBntv7 - Sinopsis Drama Dian; Glamadrama NTV7

SINOPSIS DIAN
Dian seorang wanita yg hanya berpegang kepada prinsip hidupnya terkilan dgn ibunya yg tidak memberi restu atas pilihan hatinya. Dan disebabkan itulah dia terpaksa mengharungi pelbagai pancaroba dan halangan dlm kehidupannya.

Dian telah memilih Hisham sbg pasangan hidupnya walaupun ditentang oleh ibunya Yon Aishah. Sebenarnya, ibu Dian mempunyai perancangan utk mengahwinkan anak perempuannya itu dgn Faris yg merupakan seorang doktor berjaya. Tapi apakan daya, Dian keras kepala dan tetap ingin berkahwin dgn Hisham.

Selapas mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya itu, Dian dan Hisham telah dikurniakan dgn dua orang anak iaitu Fiqa dan Aiman. Dian tidak sangka bahawa hisham ialah seorang kaki judi dan suka membazir masa dan wang di kelab-kelab judi setiap malam. Ketagihan berjudi Hisham semakin menjadi-jadi sehingga Dian terpaksa memilih cara alternatif utk memberi wang kepada suaminya itu.

Suatu hari, Hisham bertengkar besar dgn Dian setelah Dian sudah tidak dapat bertahan dgn perangai buruk suaminya itu. Dlm pergelutan, Hisham tertikam dan Dian pula dipenjarakan selama 10 thn atas cubaan utk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri.

Ketika Dian meringkuk dlm penjara, Hisham telah mengambil kesempatan utk berkahwin dgn Nisa. Nisa terpaksa menjadi ibu kepada Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya benci mereka berdua. Tabiat buruk Hisham yg obses dgn judi itu masih belum dapat dibuang, dan masih kerap membuang masa di kelab judi.

Siapa sangka walaupun sudah berbini dua, Hisham berkahwin pula dgn Eva Raisya. Malangnya Eva tidak tahu bahawa Hisham hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaannya. Masa berlalu dgn pantas sekali. Pejam celik, sudah 10 thn Dian dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Dian mempunyai misi utk mencari kedua-dua anaknya semula. Hisham yg gila talak pula ingin memenangi hati Dian kembali setelah mengetahui bahawa Dian kini sudah bebas.

Banyak kejadian yg berlaku apabila Dian cuba menjejaki anaknya. Adakah Dian akan bertemu semula degnan Fiqa dan Aiman? Inginkah Dia utk pulang semula ke pangkuan Hisham? 


Loading...

Tags: #Dian #drama #Glamadrama #ntv7 #Sinopsis

author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Leave a reply "Sinopsis Drama Dian; Glamadrama NTV7"