Sinopsis Drama Cinta Maya (slot Widuri TV1)

Loading...

Saksikan drama terbaru “Cinta Maya” akan menghiasi slot Widuri TV1 menggantikan drama Ketika Masa Terhenti. Drama arahan Kyoll Hamzah akan menampilkan lakonan mantap Yana Samsudin, Afiq Muiz, Beego, Wan Nor Azlin, Nazeera Sardi dan Zarina Zainudin serta ramai lagi.
%255BUNSET%255D - Sinopsis Drama Cinta Maya (slot Widuri TV1)

JUDUL : CINTA MAYA
EPISOD : 13 Episod
PENGARAH : Kyoll Hamzah
TERBITAN : Bright Network Sdn Bhd
PARA PELAKON : Yana Samsuddin (Wan Alina), Afiq Muiz (Shamsul), Beego (Zainuddin), Nazeera Sardin (Hashimah), Zarina Zainuddin (Puan Sri Haliza), Wan Nor Azlin.

SINOPSIS DRAMA :
Kisah pasangan suami isteri iaitu Shamsul, seorang arkitek dan isterinya, Hashimah yg bertugas sbg doktor mendirikan rumah tangga selama 10 thn. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Adreena berusia 8 thn.
Shamsul seorang yg suka berjenaka, ‘happy go lucky’ dan mudah disenangi sesiapa saja. Berbeza dgn isterinya, Hashimah seorang yg berperwatakan lembut, penyayang dan penyabar. Rumahtangga pasangan ini amat bahagia.
Bagaimanapun, semuanya mula berubah apabila Shamsul menyertai kumpulan WhatsApp rakan sekelasnya semasa di sekolah menengah. Turut berada dlm kumpulan itu ialah bekas kekasihnya, Wan Alina. Mereka sebenarnya sama-sama melangkah ke universiti sehinggalah akhirnya berpisah pd thn terakhir di sana.
Wan Alina seorang usahawan yg menjalankan pelbagai jenis perniagaan berkaitan dgn rawatan dan produk kecantikan. Perniagaannya yg semakin maju secara tidak langsung menimbulkan masalah dgn suaminya, Zainudin yg bekerja sbg jurutera kilang elektronik. Semakin hari mereka kian renggang sehingga tiba kepada proses utk bercerai.
Sejak bertemu semula hubungan mereka kembali berputik. Wan Alina menceritakan masalah rumahtangganya kepada Shamsul lalu menimbulkan simpati bekas kekasihnya itu. Apatahlagi Zainudin mula mengabaikan isterinya.

Dalam diam Wan Alina dicemburui dan difitnah oleh Puan Sri Haliza dan Amran Shah (Am) juga jurugambarnya, Zahari. Di hadapan Wan Alina mereka berpura-pura baik sehingga wanita itu benar-benar mempercayai mereka.
Masa berlalu cerita itu sampai juga ke pengetahuan Hashimah. Dia mengambil keputusan membawa anak mereka keluar dr rumah bagi memberi laluan kepada Shamsul memikirkan masa depan mereka. Dia pasrah sekiranya Shamsul memutuskan utk memilih Wan Alina.
Sebaliknya bagi Zainudin yg akhirnya sedar fitnah yg taburkan bagi memusnahkan hubungannya dgn Wan Alina. Dia mula berubah mencintai isterinya itu. Adakah hubungan mereka mampu diselamatkan? Bagaimana pula dgn Shamsul? Adakah dia mampu membuat keputusan yg terbaik utk keluarganya? 
Drama bersiri “Cinta Maya” menemui penonton bermula 14 September ini, setiap Jumaat sehingga Ahad, pukul 7.00 malam mengisi slot Widuri di TV1.
Loading...

Tags: #CINTA #drama #Maya #Sinopsis #Slot #Widuri

author
Author: 
    Jatuh cinta sungguh dengan material & corak terbaru square shawl dari ni…..
    Jatuh cinta sungguh dengan material & corak terbaru square shawl dari @galeriariani ni..
    Ini Video Rasmi Majlis Perkahwinan Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina
    Beberapa keping foto rasmi majlis perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kembali tersebar
    “Dia Ada Dua Ibu, Doa Ibu Yg Hebat.” – Rata-Rata Puji Erra Fazira Sambut Hari Lahir Anak Bersama Laudya Cynthia Bella.
    Puteri tunggal kepada aktres jelita Erra Fazira, Engku Aleesya baru saja menyambut ulang
    Alamak! Misai Dah Tumbuh La. Ini Jawapan Bersahaja Dari Nur Sajat Apabila Ditanya Tentang Bulu Halus Di Atas Bibir Montok Beliau.
    Ramai peminat terkejut,Jutawan kosmetik dan penyanyi Nur Sajat baru-baru in, dilaporkan mengidap peny4kit

    Leave a reply "Sinopsis Drama Cinta Maya (slot Widuri TV1)"