Sinopsis Drama Aurora Aisyah (slot Bidadari TV3)

Drama bersiri terbaru berjudul Aurora Aisyah akan mengisi slot Bidadari TV1. Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini akan dibintangi oleh Mawar Rashid, Shafie Naswip, Esma Daniel, Erwnin Dawson, Leeza Zain, Daniella Sya, Hanis Kamal Bakar dan ramai lagi.
E7FADB53 B041 4069 8BBF DEFDE3400BA8 - Sinopsis Drama Aurora Aisyah (slot Bidadari TV3)

JUDUL : AURORA AISYAH
EPISOD : 26 Episod
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PARA PELAKON : Daniella Sya (Siew Lee @ Aisyah), Hanis Kamal Bakar (Zafran), Mandy Chong (Cheoh Bak Ee), Leeza Zain (Mak Biah), Esma Daniel (Zafran), Mawar Rashid (Eryna), Syafie Naswip (Eryman), Syafnida Shuhaimi (Sherry), Erwin Dawson (Hariz), Chew Kin Wah (Ah Chong), Soosan Hoh (Bak Ee), Sharisa Haris (Sara)
SINOPSIS AURORA AISYAH
Mengisahkan perhubungan antara sebuah keluarga berbangsa Melayu dan keluarga Tionghua yg menetap di sebuah kampung. Mereka menjalani kehidupan harmoni malah Zafran mula bekerja di kebun

 Ah Chong. Siew Lee berminat pd Zafran dan mahu mendalami Islam.

Dia cuba mempelajari agama Islam drpada ibu saudaranya, Soo Ling (Ain) yg telah memeluk agama Islam. Siew Lee mula membaca buku panduan bersolat yg diberikan oleh Ain. Ah Chong sedar mengenai perkara ini dan tiada halangan kepada perhubungan di antara anak perempuannya dengan Zafran. Sebaliknya ibu Siew Lee, Bak Ee menentang keras dan mahu memisahkan kedua-dua remaja ini.

Siew Lee sentiasa dimarah oleh ibunya, Bak Ee kerana persahabatannya dgn Zafran. Bermacam cara dilakukannya utk memisahkan hubungan mereka. Siew Lee sedih dan ayahnya turut berasa susah hati melihat anaknya dlm keadaan begitu. Ain berjumpa dgn Siew Lee utk membincang mengenai masalah yg dihadapinya. 

Siew Lee pula mencadangkan kepada Zafran supaya mereka berkahwin. Zafran membincangkan perkara ini dgn ibunya, Biah, dan mendapat restunya. Dgn bantuan Ain dan suaminya, Siew Lee memeluk agama Islam secara rasminya menukar nama kepada Aisyah. Zafran dan Aisyah melangsungkan perkahwinan secara rahsia. 
Selepas lima bulan Aisyah disahkan mengandung dan perkara itu dihidu Bae Ee yg kemudiannya mengamuk besar setelah menemui dokumen berkaitan dgn pertukaran agama dan perkahwinan Aisyah. Bak Ee membuat helah utk membawa Aisyah ke kedai sinseh utk mendapat ubat bagi Aisyah.
Niat Bak Ee sebenarnya ialah utk membelikannya ubat bagi mengugurkan kandungannya. Aisyah terdengar perbualan Bak Ee dgn sinseh pd saat terakhir tetapi masih sempat melarikan diri dr kedai itu ke rumah Biah, ibu mentuanya.

Bak Ee kemudiannya membuat helah dan berjaya memujuk Aisyah utk melahirkan anak di rumah mereka. Dia akhirnya berjaya mengurung Aisyah. Tanpa bantuan sesiapa Aisyah melahirkan anak kembar diberi nama Eryna dan Eryman.
Aisyah tidak berjaya diselamatkan dan meninggal dunia. Bae Ee benar-benar kecewa dan menyerahkan cucu-cucunya kepada Biah. Selepas itu, dia dan suaminya memindah barang-barang rumah dan meninggalkan kampung itu.
Masa berlalu dua beradik itu sudah dewasa. Eryna menyara keluarga sbg tukang jahit dan bekerja dr rumahnya. Eryman pula menuntut di Universiti. Sementara itu, Zafran diserang angin ahmar dan lumpuh separuh badan. Beliau tidak dapat bercakap dan sentiasa duduk di kerusi rodanya.

Saksikan drama bersiri Aurora Aisyah akan menemui penonton bermula pd 1 Februari 2019, setiap Isnin sehingga Jumaat, jam 3.05 petang di slot Bidadari TV1.


Carian Berkaitan

drama bersiri aurora aisyah tv1
Loading...

Tags: #Aisyah #Aurora #Bidadari #drama #Sinopsis #Slot

author
Author: 
    Setelah Cinta Itu Pergi Episod 17
    Drama Setelah Cinta Itu Pergi Episod 17 : Tamat sudah drama Jika Masih Ada
    Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam KFC
    Resepi Mashed Potato Noxxa Mudah Siap 15 Minit Tekstur lembut Dan Sedap Macam
    Download Jodoh-jodoh Annisa
    Salam drama,Siapa jejaka pilihan Annisa?Sinopsis -Jodoh-jodoh Annisa Download drama. Ep 1 follow admya
    Ulasan Filem: Velvet Buzzsaw (2019)
    Tahun Terbit | 2019Pengarah | Dan Gilroy Pelakon | Jake Gyllenhaal, Natalia Dyer,

    Leave a reply "Sinopsis Drama Aurora Aisyah (slot Bidadari TV3)"