Sinopsis Drama Anugerah Cinta Aisyah (TV Okey RTM)

Loading...

Drama bersiri 13 episod Anugerah Cinta Aisyah menampilkan lakonan Ruhainies, Idris Khan, PU Rizz dan Hanna Aqeela. Disiarkan mulai mulai 8 Mei, setiap hari, pukul 10.00 malam di TV Okey saluran 109.
IMG 1557321614875 1 - Sinopsis Drama Anugerah Cinta Aisyah (TV Okey RTM)

JUDUL : ANUGERAH CINTA AISYAH
EPISOD : 13 episod
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik
PENGARAH : Khairul Anwar
PRODUKSI : Zeel Production
PARA PELAKON : Ruhainies (Aisyah), Idris Khan (Zahril), Haris Ismail (Syazwan), Hanna Aqeela (Nadihah), Ali Reza (Andre), Puteri Khareeza (Serena)

SINOPSIS ANUGERAH CINTA AISYAH
Mengisahkan Aisyah graduan dr Mesir dan bertugas sbg ustazah guru sandaran sekembalinya ke Malaysia. Aisyah kemudian mengambil alih tugas ayahnya, Ustaz Saleh menggantikan tempatnya mengajar agama di rumah Dato’ Khaleed dan Datin Zariah. Mereka pernah ‘hanyut’ dan berhasrat utk kembali bertaubat. Anak mereka, Zahril bersikap liar dan mempunyai teman wanita bernama Serena, penyanyi di kelab.

Sementara itu Aisyah sebenarnya menunggu kepulangan Syazwan, kekasihnya ketika mereka belajar bersama di Mesir dan berjanji akan berkahwin dgnnya. Sikap liar Zahril ditegur oleh ayah ibunya yg mahukannya bertaubat. Ibunya meminta Zahril memutuskan hubungannya dgn Serena. Situasi tersebut telah mencetuskan konflik dlm keluarga Dato’ Khaleed.

Kedatangan Aisyah disambut mesra oleh Datin yg sukakan keperibadian Aisyah dgn ciri-ciri gadis muslimah. Serena mula bertekak dgn Zahril yg tidak menyokong tawaran nyanyian yg diterimanya ke Budapest. Perbalahan Zahril dgn ayah dan ibunya berterusan ditambah dgn kehadiran Aisyah yg tidak disukainya.

Perbalahan tercetus kerana keluarganya melarang Zahril menemani Serena ke Budapest bagi mengembangkan karier nyanyiannya. Serena meneruskan niatnya ke Budapest dan meninggalkan Zahril yg kecewa dgn keputusan Serena. Aisyah menasihati Zahril sebaliknya ia menaikkan lagi kemarahan Zahril pdnya. Selepas insiden tersebut, Zahril mula membenci Aisyah dan akan bertekak apabila mereka bertemu di rumahnya.

Syazwan tiba di Malaysia setelah menamatkan pengajiannya di Mesir. Mak Yan, ibunya merancang menjodohkan Syazwan dgn Nadihah, sepupu yg menumpang di rumahnya. Nadihah sememangnya menyintai Syazwan. Datin meminta bantuan Aisyah utk cuba mengubah sikap Zahril yg membuatkannya serba salah.

Zahril memberi amaran kepada Aisyah agar jangan datang lagi ke rumahnya. Zahril menyalahkan Aisyah tentang sikap ayah dan ibunya yg dikatakan berubah selepas kehadiran Aisyah mengajar ibunya mengaji agama di rumah. Zahril sering bergaduh dgn Aisyah selepas tertekan akibat terlalu memikirkan Serena yg ditemani Andre di Budapest.

Mak Yan kecewa apabila Syazwan menganggap Nadihah sbg adik sahaja. Zahril panik apabila menerima panggilan telefon Serena dgn nada yg cemas sebelum talian telefon terputus. Serena cuba melarikan diri drpada Andre selepas merasakan ada sesuatu yg tidak kena. Datin dan Dato’ semakin menyenangi sikap dan peribadi Aisyah yg banyak membantu keluarga mereka.

Zahril yg memandu dlm keadaan mabuk telah terlanggar Aisyah menyebabkannya lumpuh separuh badan apabila kakinya tidak dapat bergerak. Zahril segera menuduh Aisyah mereka cerita utk mendapatkan wang pampasan. Zahril terkejut apabila keluarganya tidak menghiraukannya lagi. Sementara itu, Andre memaksa Serena terlibat dlm kegiatan pelacuran yg didalangi olehnya.

Aisyah mula menjalani rawatan fisioterapi dan Zahril sering menjenguknya atas arahan Datin. Semasa di hospital, Zahril mula membantu Aisyah bergerak. Syazwan hairan apabila Aisyah tidak bercakap panjang dgnnya. Nadihah menjadi jururawat diupah oleh Datin utk menjaga Aisyah. Aisyah terkejut apabila tiba-tiba Datin melamarnya utk Zahril. Datin mahu Zahril bertanggungjawab dgn apa yg berlaku pd Aisyah. Aisyah tidak bersetuju utk berkahwin dgn Zahril dan masih memikirkan Syazwan.

Zahril cuba memujuk Aisyah agar berkahwin dgnnya. Dia berjanji menjaga Aisyah sebaiknya. Akhirnya Aisyah bersetuju dan pernikahan dilangsungkan di hospital. Sebenarnya Zahril merancang utk menceraikan Aisyah sebaik sahaja beliau sembuh. Datin mengharapkan agar Zahril berubah dgn perkahwinan bersama Aisyah. Datin dan Dato’ gembira apabila melihat Zahril mula berbaik dgn Aisyah dan kaki Aisyah telah pun sembuh.

Nadihah berkongsi kisah dgn Aisyah tentang perasaannya pd Syazwan dan begitu juga halnya dgn Aisyah tanpa mengetahui identiti sebenar lelaki yg dimaksudkan mereka. Datin terkejut apabila melihat Zahril membantu Aisyah di dapur dan beliau juga mula bersolat.

Syazwan yg pd mulanya setuju berkahwin dgn Nadihah berubah fikiran sebaik bertemu semula dgn Aisyah. Syazwan kembali mengharapkan cinta Aisyah walaupun beliau sudah menjadi isteri Zahril. Aisyah mahukan Syazwan melupakan dirinya. Zahril terkejut apabila melihat Aisyah bertemu dgn Syazwan dan fikirannya mula terganggu. Zahril bertekak dgn Aisyah mengenai sikap curang beliau di belakangnya. Aisyah cuba menerangkan keadaan sebenar namun tidak dipedulikan Zahril.

Aisyah mengambil keputusan mengajak Zahril ke Budapest utk mencari Serena tetapi Zahril tidak bersetuju dan menuduh Aisyah merancang utk berkahwin dgn Syazwan selepas berjaya bertemu dgn Serena. Akhirnya Zahril akur dan mereka ke Budapest dgn misi mencari Serena. Syazwan terkejut apabila mendapat berita drpada Ustaz Saleh bahawa Aisyah berada di Budapest bersama Zahril. Syazwan turut ke Budapest utk membawa Aisyah pulang.

Hubungan Zahril dgn Aisyah terus dingin ketika mereka berada di Budapest. Zahril mengajak Aisyah pulang ke Malaysia namun tidak dipersetujui Aisyah yg tetap mahu mencari Serena. Nadihah berkongsi dgn Dato’ dan Datin tentang rancangan Syazwan utk mencari Aisyah. Zahril terkejut dan kecewa apabila Aisyah akhirnya mengaku yg dirinya mencintai Syazwan. Pengakuan Aisyah jelas memberi tamparan buat dirinya dan beliau mula terasa kehilangan cinta Aisyah. Antara Zahril dan Syazwan, siapakah yg menjadi pilihan Aisyah?

Loading...

Tags: #Aisyah #ANUGERAH #CINTA #drama #Okey #Sinopsis

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Comments are closed.