Sinopsis Drama Ammar Dan Opie (slot Zehra TV3)

Nantikan drama terbaru berjudul Ammar dan Opie akan datang di slot Zehra TV3. Sebuah arahan Raja Mukhriz ini menampilkan lakonan Hazama, Irfan Rajali, Datuk Awie, Syerinie Myra, Kodi Rasheed, dan ramai lagi. 
%255BUNSET%255D - Sinopsis Drama Ammar Dan Opie (slot Zehra TV3)

JUDUL : AMMAR & OPIE
EPISOD : 13 Episod
P. SKRIP : Nurull Halawati
PENGARAH : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin

TERBITAN : Excellent Pictures Sdn Bhd
PARA PELAKON : Hazama (Amar Kefli), Irfan Rajali (Opie), Datuk Awie (Tok Wie), Syerinie Myra (Wardah), Kodi Rasheed (Nizam), Aril Pilus (Malik), Riz Amin (Jay), Adam Malek, Sharifah Shahora, Rafasya
SINOPSIS DRAMA :
Ammar dikenali orang ramai dan menganggap popularitinya itu adalah tanda baik utk peningkatan kerjayanya sbg seorang penyanyi. Namun begitu, populairiti juga mampu menghanyutkan sekaligus memusnahkan kerjaya seseorang artis. Itulah yg telah berlaku kepada Ammar, dan fitnah yg tercetus membuatkan dia terus terdampar kecewa.
Selepas menerima berita tentang kematian ibunya, Ammar terpaksa berdepan dgn sebuah fitnah yg membabitkan dirinya. Pengalaman pahit ini menyebabkan karier nyanyian Ammar hancur, lantas membuatkan dia kemurungan serta mengalami tekanan perasaan yg teruk sekali.

Ammar sangkakan bahawa dia masih mempunyai peluang utk menaikkan namanya kembali, apabila dia menerima tawaran baharu mengenai sebuah konsert di Thailand. Apakan daya, setelah tiba di negara jiran, Ammar sedar yg sebenarnya dia telah ditipu. Tidak mempunyai apa-apa selain gitarnya, kehidupan Ammar semakin berantakan sehingga dia terpaksa menjadi gelandangan. 
Ketika Ammar sedang termenung mengenangkan nasibnya yg malang itu, seorang pengemis cilik bernama Opie telah muncul dan menyerahkan sebungkus mknan kepada Ammar. Siapa sangka, pertemuan dgn Opie ini memberikan harapan baharu baginya. Sejak itu, mereka berdua sering menyanyi di jalanan sama-sama demi sesuap nasi. Kembara baharu Ammar ini banyak mengajarnya tentang erti sebenar kehidupan, serta kembali ke pangkal jalan.
Adakah Ammar bertul-betul sudah berubah? Mampukah dia meraih kembali popularitinya seperti sebelum ini? Jangan lupa utk mengikuti kisah Ammar dan sahabat ciliknya Opie, dlm drama Ammar & Opie, pukul 9.00 malam, setiap Rabu dan Khamis, hanya di TV3!

Carian Berkaitan

Sinetron amar dan opi
Loading...

Tags: #Ammar #drama #Opie #Sinopsis #Slot #Zehra

author
Author: 
    Drama Terbaik Dariku Episod 8 | Episod 9 | Episod 10- Samarinda TV3
    Drama Terbaik Dariku Episod 8 | Episod 9 | Episod 10- Samarinda TV3
    Selafaz Cinta Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9
    Selafaz Cinta Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8
    Apa Beza Filem ‘One Two Jaga’ Versi Tanpa Potongan Di Netflix Dan Versi Wayang?
    One Two Jaga kini sudah ditayangkan di Netflix bermula 1 Disember 2018. Filem
    Kerana Dia Manusia Biasa
    Drama adaptasi novel – Kerana Dia Manusia Biasa,akan datang di TV3. Kita Sneakpeek

    Leave a reply "Sinopsis Drama Ammar Dan Opie (slot Zehra TV3)"