Sinopsis Drama Aku Yg Kau Tinggalkan (slot Widuri TV1)

Loading...

Nantikan drama adaptasi novel Aku Yg Kau Tinggalkan karya Alina Haizar akan datang di slot Widuri TV1. Dibintangi oleh Ungku Ismail Aziz dan Elizad Sharifuddin, Aedy Ashraf, Husna Mustaffa, Liza Zain dan ramai lagi.
AkuBYangBKauBTinggalkan - Sinopsis Drama Aku Yg Kau Tinggalkan (slot Widuri TV1)

JUDUL : AKU YANG KAU TINGGALKAN
EPISOD : 30 episod
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid & Ab Zarith
PENULIS NOVEL : Alina Haizar
PENGARAH : Azri
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PARA PELAKON : Ungku Ismail Aziz (Zaril Ikhwan), Elizad Sharifuddin (Nia Athirah), Aedy Ashraf (Zainal Azman), Husna Mustaffa (Hajer), Liza Zain (Pn Hanida), Syaffiq Sahli (Shahid), Amirul Faqeem (Nizam), Natasya Mahyan (Ani), Laila Nasir (Mak Cik Rosnah), Adam Shadan (Sazali), Safwan Nazri (Syafiq), Sharifah Husna (Raihana), Izzat Mushtaq (Maximo)

SINOPSIS :
Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang utk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang utk menjaga dirinya yg sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dgn suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yg lara ke Turin utk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin, Italy lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yg terbuku di dlm hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yg dipendam, demi utk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yg terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yg sebenarnya telah ditinggalkan. Apakah rahsia yg dipendamkan itu ?

Drama terbitan Global Stations Sdn Bhd ini akan temui penonton bermula pd 6 Mei 2019, setiap hari sepanjang bulan Ramadan, jam 7 malam di slot Widuri TV1.


Carian Berkaitan

wallpaper sarah viloid language:id
Loading...

Tags: #drama #Sinopsis #Slot #Tinggalkan #Widuri

author
Author: 
    Disindir Soal 80 Juta, Vanessa Angel: Sekarang Udah Naik 800 Juta!
    slidegossip.com – Vanessa Angel seolah tak ada hentinya menuai sensasi usai dirinya bebas
    Dulu Artis Cantik Ini Bangga Punya Pacar Tajir! Putus, Hadiah Mobil Mewah pun Dikembalikan!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, artis cantik Angela Lee tampak bangga karena dirinya
    Bukan Cewek Sembarangan! Ini Profil Putri Tanjung yg Ditunjuk Jadi Staf Ahli Jokowi!
    slidegossip.com – Presiden RI Joko Widodo (Jokowi) akhirnya menunjuk Putri Tanjung sbg salah
    Erick Dwi Guna Yulianto Nangis Setelah Ketahuan Merekam Cewek Ganti Baju Di Mal
    Surabaya –Infokanlah.com Erick Dwi Guna Yulianto, pria perekam video di ruang pas atau

    Comments are closed.