Sinopsis Drama Aku Cinta Dia (slot Lestary TV3)

Saksikan drama Aku Cinta Dia akan menghiasi slot Lestary menggantikan drama Raisha 2 di TV3. Drama arahan Bahri Umar manakala skrip oleh Sofia J Rhyland ini akan dibintangi oleh Hannah Delisha, Aiman Hakim, Ikmal Amry, Elly Mazlein dan ramai lagi.
E1A58709 A725 41F8 9D05 A5CBFC0B47E0 - Sinopsis Drama Aku Cinta Dia (slot Lestary TV3)
JUDUL : AKU CINTA DIA
EPISOD : 20 Episod
SKRIP : Sofia J. Rhyland
PENGARAH : Bahri Umar
TERBITAN : Sapphire Screen Sdn Bhd
PARA PELAKON : Hannah Delisha (Laila), Aiman Hakim (Affan), Nadia Brian (Sarina), Ikmal Amry (Akbar), Fahad Iman (Ikhwan), Hafiz Bahari (Ili), Catriona Brian Ross (Puan Zaity), Fauzi Nawawi (Dr Azhar), Nasz Sally (Bib), Elly Mazlein (Rima), Raja Hakim, Zul Huzaimy (Luq), Yuna Rahim (Isya), Natasha Elyzza (Ariana)
SINOPSIS AKU CINTA DIA :
Kisah hidup seorang gadis yg bernama Laila dlm meneruskan kehidupannya walaupun cinta yg dibina bersama bakal suaminya, Ikhwan, putus di tengah jalan.
Laila kecewa Ikhwan tidak hadirkan diri di majlis pernikahan. Lantas dia membawa diri ke luar negara seorang diri utk mendapatkan ketenangan hati. Dia juga terpaksa menanggung malu tetapi bernasib baik kerana mendapat sokongan penuh drpada ibunya.
Tersalah membuat penempahan bilik adalah antara cabaran yg terpaksa dihadapi Laila setibanya di Amsterdam. Setelah mendapatkan tempat tinggalnya, dia keluar bersiar-siar.
Laila berkenalan dgn Sarina, seorang yg peramah dan popular di media sosial Instagram. Laila diberi kesempatan menyewa bilik di rumah penginapan Sarina setelah menceritakan apa yg telah berlaku.
Pertemuan Laila bersama Affan yg baru tiba dr Malaysia utk melawat Sarina telah menemukan Laila dgn instacrushnya itu. Masing-masing tidak tahu sebab sebenar Laila di sana. Mereka bertiga semakin rapat.
Laila membuka cerita kedatangannya ke Amsterdam kerana suka melihat posting Instagram yg dimuat naik Affan. Tanpa diduga, Affan menawarkan diri utk membawa Laila ke tempat-tempat tersebut.
Affan menunaikan janjinya. Laila hampir lupa kisah yg telah ditinggalkannya di Kuala Lumpur dan dia berasa amat gembira dgn semuanya sehinggalah dikejutkan dgn berita perkahwinan Ikhwan bersama rakan serumahnya sendiri iaitu Nel. Berita ini mengundang sedih dan Laila akhirnya menceritakan perkara itu kepada Affan.
Perasaan suka mula timbul. Affan memutuskan utk melamar Laila dan ingin bernikah secepat mungkin. Laila terkejut dgn lamaran itu. Mereka berkahwin di Amsterdam. Pd masa yg sama, Sarina ingin mencari ayah kandung mereka di Malaysia tetapi tidak mendapat persetujuan dr Affan.
Laila pula runsing memikirkan penerimaan keluarganya. Dapatkah Sarina berjumpa dgn ayah kandungnya? Bagaimanakah reaksi Dr. Azhar dan Puan Zaity tentang perkahwinan anak mereka di Amsterdam?

Drama 20 episod terbitan Sapphire Screen Sdn. Bhd. akan bermula 26 Disember 2018, bersiaran pd setiap Rabu sehingga Jumaat, jam 9 malam di slot Lestary TV3.

Loading...

Tags: #CINTA #drama #Lestary #Sinopsis #Slot

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Sinopsis Drama Aku Cinta Dia (slot Lestary TV3)"