Sikap ibu bapa antara punca kemorosotan jumlah pelajar STEM

Loading...

20180403ZZ science outlook 1 - Sikap ibu bapa antara punca kemorosotan jumlah pelajar STEM
(Kiri) CEO Akademi Sains Malaysia, Hazami Habib

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yg memberi isyarat salah mengenai mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) antara punca merosotnya jumlah pelajar yg mengambil mata pelajaran itu saban thn.

Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia, Hazami Habib, berkata ini membimbangkan kerana ibu bapa yg memberi isyarat salah mengenai STEM blh ‘mematikan’ minat pelajar terhadap subjek itu.

“Situasi ini juga menjelaskan antara sebab sistem pendidikan negara kehilangan sekurang-kurangnya 6,000 pelajar berpotensi dlm bidang STEM setiap thn,” katanya.

Beliau berkata, kekurangan pendedahan mengenai aplikasi subjek sains dan matematik dgn kehidupan seharian juga menjadi antara sebab penurunan ketara pelajar dlm bidang STEM drpada 203,391 orang pd 2012 kepada 167,962 orang pd 2018.

Baru-baru ini Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengakui jumlah pelajar yg mengambil mata STEM merosot saban thn.

Maszlee berkata, walaupun peranan STEM berkait rapat dgn pekerjaan baharu muncul dan industri digital yg berkembang pesat, namun penawaran bakat dlm bidang STEM agak membimbangkan.

Menyentuh sikap ibu bapa yg terlalu mengambil langkah selamat agar anak mereka lulus cemerlang dlm peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Hazami menyifatkan tindakan itu hanya akan merugikan potensi sebenar yg ada pd pelajar berkenaan.

“Semua ibu bapa mahukan yg terbaik utk masa depan anak mereka sehingga mengambil langkah selamat, iaitu tidak membenar atau menggalakkan mengambil subjek Matematik Tambahan kerana dianggap susah dan hanya akan menjejaskan keputusan peperiksaan.

Hazami mencadangkan agar subjek Sains diperkenalkan dr peringkat prasekolah dan dlm masa yg sama, ibu bapa turut diberi pendedahan kepada kepentingan subjek itu yg tidak terhad penggunaannya dlm Sains sahaja.

“Kerjasama antara guru, ibu bapa, agensi, penggiat industri dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan sangat penting bg mengurangkan pandangan negatif masyarakat terhadap STEM dan sekali gus memastikan kehilangan pelajar STEM setiap thn dpt diatasi,” katanya.

Sementera itu, Pengerusi National STEM Movement, Prof Datuk Dr Noraini Idris, berkata penurunan ketara itu dpt dilihat drpada bilangan kelas aliran sains di sekolah yg sebelum ini bilangannya empat atau lima tetapi kini hanya satu atau dua kelas sahaja.

“Apabila dibuat kajian sejak beberapa thn lalu, nyata masalah itu bukan semata-mata berpunca drpada pelajar tetapi pelbagai faktor, termasuk pengurusan sekolah yg dilihat kurang yakin dgn keupayaan guru dan pelajar dlm bidang STEM ini,” katanya baru-baru ini.

Noraini berkata, antara kerenah pengurusan sekolah ialah sukar memberi kerjasama kepada guru yg mengajar subjek Sains dan Matematik utk lebih kreatif dlm kaedah penyampaian pembelajaran dan pengajaran.

Beliau berkata, latar belakang pengetua serta pengurusan sekolah yg bukannya drpada bidang STEM juga menyukarkan guru menggunakan kreativiti mereka utk manfaat pelajar.

“Jangan terkejut jika ada pengetua atau pengurusan sekolah yg masih lagi tidak faham standard makmal yg diperlukan bg pembelajaran STEM. Ini bukan bermaksud utk menyalahkan mana-mana pihak tetapi bg menjayakan STEM ini, kita mohon semua orang bersikap terbuka.

“Jika ada pula yg bimbang mengenai kos, rasanya guru STEM rata-ratanya kreatif utk menggunakan bahan di sekeliling mereka, terutama bahan kitar semula. Cuma apa yg diperlukan ruang dan peluang utk bidang STEM berkembang dlm kalangan pelajar,” katanya.

Tambahnya, trend pengurangan jumlah pelajar aliran STEM ini juga akan memberi implikasi terhadap daya tampung tenaga profesional bg pembangunan negara pd masa depan.

“Secara mudahnya, kekurangan pelajar dr peringkat menengah ini akan memberi kesan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) kerana pd waktu ini sebanyak 11,000 tempat dlm pelbagai jurusan berkaitan STEM di IPT tidak dpt diisi, dgn akhirnya pengeluaran jurutera, saintis, doktor yg berkualiti tidak menjadi kenyataan,” ulasnya. – BERNAMA

Loading...

Tags: #Antara #bapa #jumlah #kemorosotan #Pelajar #Punca #Sikap #STEM

author
Author: 
    Kokos Jiang Alias Kokos Leo Lim Mafia Koruptor Yg Merugikan Negara Rp 477 Milyar
    Jakarta, Infokanlah.com  Kokos Jiang atau juga dikenal Kokos Leo Lim merugikan negara Indonesia
    Cikgu Izzudin sudah tiada…
    “SAYA minta maaf. Sesiapa yg sudah membuat bayaran utk tempahan tag nama, saya
    Ibu bapa beratur sendiri beri hadiah kepada murid sempena Hari Apresiasi
    Setiap kali menjelang hujung thn, kesibukan sekolah menganjurkan majlis apresiasi kepada murid-murid mereka
    NUTP bantah mesyuarat guru di pertengahan cuti sekolah akhir thn
    SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bantah tindakan segelintir sekolah di

    Leave a reply "Sikap ibu bapa antara punca kemorosotan jumlah pelajar STEM"