Sijil Amalan Guaman bukan dibawah KPM – Menteri Pendidikan

FB IMG 1554029218814 1 - Sijil Amalan Guaman bukan dibawah KPM - Menteri Pendidikan

JOHOR BAHRU: Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bg tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) bukan dilakukan Kementerian Pendidikan, kata Menteri Maszlee Malik.

“CLP bukan bawah kementerian, CLP bawah undang-undang. Anda tidak blh menyuruh saya bercakap bg pihak peguam negara,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Ketua Masyarakat Pakatan Harapan Simpang Renggam hari ini.

Perkara berkaitan UEC bawah kementerian blh dirujuk kepada Pasukan Petugas Dasar UEC yg ditubuhkan utk mengemukakan maklumat dan mengemukakan syor berhubung isu pengiktirafan sijil itu, katanya.

Menurut Maszlee, sidang media mengenai UEC sudah diadakan pihaknya baru-baru ini dan pihak media diminta merujuk semula kenyataan yg dibuat pd sidang media itu.

“Kita telah tubuh satu jawatankuasa khas (Pasukan Petugas Dasar UEC) dan baru-baru ini kita sudah mengadakan sidang media. Pasukan petugas ini dipengerusikan Pengasas Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional Melayu (Pusaka) Eddin Khoo Bu Eng serta dianggotai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim dan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China, Tan Yew Sing.

UEC merupakan sijil yg dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan silibusnya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan. Pengiktirafan UEC antara janji dlm Manifesto Pakatan Harapan (PH) pd Pilihan Raya Umum ke-14 lps.

Jumaat lalu, Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB) Tommy Thomas yg juga peguam negara mengumumkan kelayakan UEC pd tahap “Senior Middle 3” blh diterima sbg memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM dan A-Levels bg tujuan menduduki peperiksaan CLP.

Menurut Tommy mulai 1 Januari 2021, syarat menduduki CLP bg pemegang sijil UEC ialah lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran pd peringkat “Senior Middle 3” dan memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat SPM atau 0-Levels atau setaraf yg diperoleh dlm satu peperiksaan yg sama.

Sumber: Free Malaysia Today


Loading...

Tags: #Amalan #Bukan #Dibawah #Guaman #Menteri #Pendidikan #sijil

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.