Sichuan Hot & Sour Sup

Loading...

aIMG 2618 1 - Sichuan Hot & Sour Sup


Sichuan Hot & Sour Sup
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Recipi by Chef Hassan Heng

Bahan A
1 keping dada ayam
1 liter air

Rebus ayam sehingga masak, alihkan ke dlm mangkuk berisi sejuk.
Toskan, apabila sejuk, carik2 kan isi ayam.  Ketepikan.
Tapis air rebusan dan simpan utk membuat sup.

Bahan B – Gaul dan perap
1/2 keping dada ayam, hiris halus memanjang
2 titis minyak bijan
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1/4 kicap cair
1/2 sudu kecil tepung ubikayu

aIMG 2595 - Sichuan Hot & Sour Sup


Bahan C
1/2 blok tauhu
1 keping black fungus, rendam
1 biji cendawan bulat segar
1 tangkai cili merah
1/2 batang carrot
4 hiris halia
4 hiris rebung segar atau dlm tin
1/2 packet cendawan Enoki
2 batang crabstick, carik2 kan
2 tangkai cili padi, jika suka pedas
2 sudu besar minyak utk menumis

Tauhu, black fungus, cendawan, cili, carrot, rebung dan halia di hiris halus memanjang.

aIMG 2620 - Sichuan Hot & Sour Sup

Bahan D
1 1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar cili bean paste, blh di beli di pasaraya
2 sudu besar cuka hitam
1/2 sudu besar cuka apple
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk pati ayam / chicken stock
2 sudu besar bancuhan tepung ubi
1 biji telur, kocok ringan

aIMG 2633 - Sichuan Hot & Sour Sup

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis halia sebentar sehingga naik bau, masukkan perapan isi ayam.
  2. Goreng sebentar sehingga ayam masak.
  3. Masukkan air rebusan dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan carrot, rebung, black fungus, cendawan segar, dan cendawan enoki.
  5. Apabila mendidih masukkan kicap, lada putih, cili bean, cuka, gula, garam dan serbuk pati ayam.
  6. Kacau rata dan masukkan cili hiris dan tauhu.
  7. Masuk bancuhan tepung ubi, kacau rata.
  8. Tuang telur sambil di pusing dgn sudip sehingga rata.
  9. Akhir sekali masukkan isi ayam carik dan crabstick.
  10. Masukkan ke dlm mangkuk, tuang sedikit minyak cili dan taburan daun sup.
  11. Sup blh di mkn begitu saja atau di hidang bersama mee, kwayteow atau di cicah roti.
aIMG 2609 - Sichuan Hot & Sour Sup

Sichuan Hot & Sour Sup
Loading...

Tags: #Sichuan #Sour

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Sichuan Hot & Sour Sup"