Siang Penuntut Perubatan, Malam Jadi Imam Kerana Tidak Mahu Lupa 30 Juzuk Al-Quran

Loading...

imam viral 1024x538 1 - Siang Penuntut Perubatan, Malam Jadi Imam Kerana Tidak Mahu Lupa 30 Juzuk Al-Quran
Muhammad Syazwan Mohd Basil, 25 adalah penuntut thn akhir jurusan perubatan dan pembedahan dr Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS). Anak kedua drpada empat beradik ini menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika menuntut di Darul Quran dan kini menjalani latihan praktikal di Hospital Putrajaya sbg persediaan sebelum bergelar doktor perubatan.

“Jika kita ada al-Quran, apa saja laluan dipilih lebih mudah,” kata Muhammad Syazwan.

imam1 1024x577 - Siang Penuntut Perubatan, Malam Jadi Imam Kerana Tidak Mahu Lupa 30 Juzuk Al-Quran

Biarpun sibuk dgn rutin pd siang, setiap hari jadual harian sepanjang malam Ramadan terisi dgn tugasan mengimamkan solat tarawih selain membimbing qiamullail di masjid dan surau sekitar Lembah Klang termasuk memenuhi jemputan imam di Sungai Petani, Kedah.

JADI IMAM RAWATIB SEJAK 2015

Muhammad Syazwan dr Pulau Pinang berkata, kesibukan sbg penuntut tidak menghalangnya utk mengimbangkan dunia dan bekalan akhirat termasuk melaksanakan tugas sambilan sbg Imam Rawatib di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

“Sebenarnya saya akui mencabar apabila bergelar penuntut dan dlm masa sama, perlu mengimbangkan tugasan sambilan sbg Imam Rawatib sejak 2015 di masjid itu.

“Sepanjang Ramadan, saya mengimamkan solat tarawih bergilir dgn imam lain di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah selain memenuhi jemputan imam solat tarawih dan qiamullail antaranya di Putrajaya, Puchong, Shah Alam, Klang dan Kedah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada masa sama, Muhammad Syazwan berkata, memandangkan siang hari sibuk dgn latihan praktikal di hospital, dia mengambil masa selepas sahur atau selepas solat Subuh utk melakukan persediaan mengimamkan solat tarawih pd malam.

“Saya mengambil masa setengah jam utk membaca al-Quran bg melancarkan bacaan ketika mengimamkan solat.

“Untuk bacaan surah di dlm solat, imam baca satu juzuk bg 20 rakaat setiap hari.

“Sebagai penuntut, saya rasa mencabar tetapi saya akan pastikan kelas habis petang utk bersiap bg tugasan malam sbg imam solat tarawih,” katanya.

DUNIA DAN AKHIRAT DISEIMBANGKAN

Mengulas lanjut, Muhammad Syazwan berkata, tugasan sambilan sbg Imam Rawatib juga membantunya memastikan 30 juzuk al-Quran yg dihafaznya sentiasa diingati dan diamalkan.

“Bagi saya, al-Quran ini adalah amalan kita setiap hari utk bekalan akhirat dan kerjaya doktor di dunia ini diseimbangkan.

“Al-Quran bukan bebanan utk berjaya di bidang lain kerana ia lebih memudahkan pilihan kita,” katanya.

Sumber :Kashorga

The post Siang Penuntut Perubatan, Malam Jadi Imam Kerana Tidak Mahu Lupa 30 Juzuk Al-Quran appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #ALQUR'AN #Imam #JADI #Juzuk #kerana #Lupa #Mahu #malam #penuntut #Perubatan #Siang #tidak

author
Author: 
    Gak Ada Gembar-Gembor, Lulu Tobing Hari Ini Menikah dgn Cucu Konglomerat?
    slidegossip.com – Kabar bahagia sekaligus mengejutkan datang dr artis Lulu Tobing. Seperti dilansir
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln
    Muat Turun Toolkit PdP KBAT Terbitan BPK, KPM
    Toolkit PdP KBAT adalah satu manual pelaksanaan yg lengkap bg sekolah utk membudayakan
    Vanessa Angel, Apa Kau Lupa Surgamu Dimana? Mengapa Kau Blokir Instagram Ayahmu?
    slidegossip.com – Kabar hubungan Vanessa Angel dgn sang ayah, Doddy Soedrajat yg disebut-sebut

    Comments are closed.