Sheikh Abdullah Fahim

Loading...

SheikhAbdullahFahim 1 - Sheikh Abdullah Fahim
Sheikh Abdullah Fahim

1869 – 1961
Keunggulan ilmuan dlm bidang falak(astronomi) terbukti menyerlah apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj  meminta nasihat beliau sebelum pergi ke London utk menuntut kemerdekaan. Beliau Sheikh Abdullah telah mencadangkan kepada Tunku agar memilih tarikh 31 Ogos 1957 sbg tarikh kemerdekaan berdasarkan ketika itu, beliau ialah mufti Kerajaan Pulau Pinang.
Dengan keistimewaan beliau sbg seorang anak ulama Mekah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan utk mempelajari pelbagai ilmu agama di sana sehinggakan gurunya dikatakan mencecah seramai 50 orang. Kecintaan beliau terhadap ilmu agama menjadikan beliau seorang cendekiawan yg disegani dlm pelbagai bidang agama seperti usuluddin, fiqh,tasawuf dan terekat, tafsir Al-Quran,hadis, falak serta ilmu yg berkaitan dgn bahasa dan sastera Arab seperti nahu,arudh dan qafiah. Guru-gurunya yg berbangsa arab termasuklah Syeikh Said Babsail(Mufti Mazhab Syafie), Syeikh Muhammad bin –Sulaiman hasbullah al-Makki, Syed Abu Bakri Syatha(Penyusun kitab I’anah at-Thalibin).

Ulama’ dr dunia Melayu yg paling mempengaruhinya ialah Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud al-Fathani, Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan, al-kalantani dan Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain al-fathani (mempunyai kemahiran sekurang-kurangnya dlm hampir 50 displin ilmu).
Semasa di Mekah Abdullah Fahim telah berguru dgn 15 orang Ulama utk membolehkan beliau menguasai pelbagai displin ilmu. Beliau juga pernah menjadi guru agama di Masjidil Haram dan telah menarik ramai anak murid dr seluruh dunia utk berguru dgnnya. Beliau juga pernah menjalin hubungan persahabatan dgn beberapa tokoh yg terkenal di dunia Melayu seperti Tuan Guru Haji Umar dr Sungai Keladi Kelantan, Syeikh Tahir Jalaluddin dr Minangkabau, K.H Hasyim Asy’ari dr Jawa Timur, Tok Kenali dr Kelantan dan ramai lagi.
Sekembalinya ke Tanah Melayu pd 1915, Abdullah Fahim mengajar ilmu Tauhid(teologi) Islam dirumahnya di Kepala Batas dan Pondok Tuan Haji Wan Sulaiman Wan Sidik, Alor Setar. Ketinggian Ilmu beliau bukan sahaja mendapat tempat dihati masyarakat umum, malah mendapat perhatian pihak Istana apabila Syeikh Abdullah diundang menjadi guru agama di Istana Besar Kedah selama empat thn dan kemudian di jemput oleh Sultan Perak menjadi pengetua Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala kangsar pd 1931.

Peranan Syeikh Abdullah Fahim tidak terhad dlm bidang keilmuan Islam semata-mata, bahkan turut sama dlm bidang politik apabila beliau turut memainkan peranan dlm meniup semangat kebangsaan Tanah Melayu dgn menubuhkan Persatuan Melayu Seberang Prai sbg wadah menentang Malayan Union. Beliau turut mengabungkan persatuan yg diterajuinya du bawah satu lambang perjuangan politik nasional iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) pd 11 Mei 1946.  Beliau juga merupakan ulama’ yg terawal mengalakkan para pelajar sekolah pondok memakai seluar dan songkok serta memperkenalkan sistem pengajian di dlm kelas yg dikenali sbg nizami(bersistem) dan adami(umum).
images2 - Sheikh Abdullah Fahim
Cucu Sheikh Abdullah Fahim

Berikutan sumbangan dan jasa beliau yg amat besar, sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sbg Mufti Pulau Pinang yg pertama pd awal thn 1950-an. Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim meninggal dunia pd 27 April 1961 dlm usia 92 thn. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri Malayisa Kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Loading...

Tags: #Abdullah #Fahim #Sheikh

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Leave a reply "Sheikh Abdullah Fahim"