“Shaken Baby Syndrome” – Kenapa Anda Dilarang Mengoncang Bayi Dan Buai Laju-Laju Dlm Buaian.

Loading...

Oleh : Bel Nawhen

Pernah dengar SHAKEN BABY SYNDROME?
 
1. 95% kejadian berlaku kepada bayi berusia kurang dr 1 thn. Ia merupakan perdarahan yg berlaku di bahagian luar otak kanak-kanak yg berumur 2 thn kebawah dipanggil ‘Subdural Haemorrhage’. Ia dikenalpasti beserta dgn keretakan tulang dada dan perdarahan di dlm mata.

ShakenBBabyBSindrom - "Shaken Baby Syndrome" - Kenapa Anda Dilarang Mengoncang Bayi Dan Buai Laju-Laju Dlm Buaian.


2. Perkara ini blh terjadi kerana kanak-kanak/bayi mempunyai kawalan leher yg lemah disebabkan tekanan kuat yg diberi lalu menyebabkan kecederaan. Goncangan kuat menyebabkan gegaran di bahagian lembut tengkorak lalu memberi tekanan kepada saluran darah di otak – menyebabkan ia pecah lalu berlakulah perdarahan subdural.

3. Kejadian blh berlaku jika;

– Kanak-kanak/bayi digoncang-goncang. samaada semasa didukung, dibuai laju dlm buaian,

– Kanak-kanak/bayi dilempar ke dinding,



– Kanak-kanak/bayi jatuh tidak sengaja kelantai.


– Kanak-kanak/bayi ditampar.

** Kurang kesabaran dlm menghentikan tangisan bayi yg berterusan menyebabkan perkara di atas terjadi.

** Selain itu, punca tekanan hidup atau pergaduhan ibu dan bapa, menyebabkan mereka cepat berasa marah ditambah lagi anak-anak yg meragam. Ia juga menyebabkan perkara di atas blh terjadi.

Tanda-tanda kanak-kanak/bayi dgn ‘shaken baby syndrome’;

❗ Kurang menyusu, tiada selera mkn
❗ Muntah-muntah
❗Demam yg rendah
❗Sawan
❗Resah gelisah yg akut
❗Kurang tindakbalas
❗Tidak sedarkan diri (coma)
❗Pernafasan tidak sekata

Bayi kes yg tidak kelihatan tanda fizikal, ia blh dikenalpasti apabila kanak-kanak/bayi kelihatan pucat, perdarahan di lapisan mata (retinal haemorrhage), retakan ditulang dada, retakan di tengkorak kepala.

**Retinal Haemorrhage hanya blh dikesan melalui pemeriksaan mata iaitu funduscopy, tanda menjadi nyata jika bayi/kanak-kanak dicekik terutama bg kes penderaan.

Shaken Baby Syndrome ini, jika tidak menyebabkan kematian pun; ia akan menyebabkan kecacatan kekal pd penglihatan (buta), cerebral palsy, terencat akal, sawan yg berterusan, kelewatan dlm perkembangan serta pertuturan, pekak.

Faktor risiko kejadian ini terjadi kebiasaannya berlaku kepada;

* Ibu Bapa yg muda kurang ilmu serta kesabaran dlm memenuhi keinginan bayi.

* Stress
* Pengaruh alkohol/Dadah
* Penderaan/Domestic Violence
* Institusi kekeluargaan yg tidak stabil
* Kemurungan

Sebagai ibu bapa, jika kanak-kanak/bayi menangis dan gagal menghentikan tangisan mereka, anda blh;

~ Menenangkan diri dahulu.

~ Pastikan punca bayi menangis contoh, kembung perut atau mungkin ada mengalami luka atau kecederaan yg menyakitkan mereka.

~ Berhenti dr menyalahkan diri sendiri yg menjadi punca tangisan bayi atau; menyalahkan bayi.

~ Dukung anak bg memberikan keselesaan kepada bayi, peluk dan bawa bayi berjalan sebentar.

~ Cuba utk bercakap dgn bayi; kalau menyanyi blh menenangkan bayi, lakukan ia.

~ Jika tidak berjaya; serahkan bayi kepada pasangan atau panggil ahli keluarga lain yg dikenali bayi nagi tujuan memberi moral support atau membantu memujuk bayi

~ Jangan terus membuat kesimpulan bahawa anda bukanlah ibu bapa terbaik. Anda perlu tahu bahawa bayi akan kerap menangis dan menangis merupakan ekspresi utama mereka.

Anda perlu tahu, bayi mungkin menangis kerana;

✔ Lapar
✔ Pampers penuh
✔ Kembung perut
✔ Merasa terlalu panas/sejuk
✔ Merasa kurang sihat
✔ Kurang selesa kerana ruam lampin
✔ Baru mahu tumbuh gigi
✔ Letih
✔ Diberikan gangguan tanpa henti
✔ Terluka/Tercedera.

Ada kes kejadian Shaken Baby Syndrome ini disebabkan Non Accidental Injury ataupun kecederaan secara tidak sengaja. Kes dibawa oleh ibu bapa kerana bayi/anak mereka kelihatan kurang aktif atau ada lebam di kepala. Byk kes sebegini terjadi dan menimbulkan tanda tanya kepada kami di bahagian kesihatan. Apakah punca kejadian ini berlaku?.

Sebenarnya, bayi tidak mudah cedera jika cara pengendalian kita adalah betul. Tidak renyah sebenarnya menjaga kanak-kanak atau bayi, pokok pangkalnya diri sendiri.

Sebab tu Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya: “Jika salah seorang drpada kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, makahendaklah ia berbaring.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah).

Loading...

Tags: #anda #baby #Bayi #Buai #Buaian #Dilarang #Kenapa #LajuLaju #Mengoncang #Shaken #Syndrome

author
Author: 
    Jadi Sarang Hantu, Anang Hermansyah Ingin Jual Rumahnya Seharga Puluhan Miliar?
    slidegossip.com – Rumah yg ditempati Anang Hermansyah dan Ashanty bersama anak-anak mereka yg
    Kunjungi Korban Gempa di Ambon, Nikita Mirzani Tuai Pujian, Jokowi Malah Kena Sindiran!
    slidegossip.com – Artis sensasional Nikita Mirzani kembali jadi perbincangan publik. Namun kali ini
    Guru ditahan terlibat aktiviti pengganas LTTE
    GURU sebuah sekolah di Banting, Selangor, Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri
    GPK HEM maut selepas rebah daki gunung
    LELAKI tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendaki Bukit Beruang, Melaka hari

    Leave a reply "“Shaken Baby Syndrome” – Kenapa Anda Dilarang Mengoncang Bayi Dan Buai Laju-Laju Dlm Buaian."