Sesungguhnya Cinta Itu Buta. Lelaki Ini Pilih Gadis OKU Kategori Kerdil Sbg Permaisuri Hidup

Loading...

x 5 - Sesungguhnya Cinta Itu Buta. Lelaki Ini Pilih Gadis OKU Kategori Kerdil Sbg Permaisuri Hidup

Ungkapan cinta itu buta sesuai menggambarkan hubungan dua insan yg menyulam kasih sehingga ke jinjang pelamin walaupun seorang drpada mereka dikategorikan Orang Kurang Upaya (OKU).

Mohd Azran Zainal Abidin, 27, memilih Siti Sarah Osman, 27, yg OKU kategori kerdil selepas menyulam cinta sejak 2010.

Pasangan istimewa itu disatukan di rumah Siti Sarah di Jalan Melati, Kampung Sura, Dungun, 10 malam Jumaat lalu.

Menurut Mohd Azran, dia tidak melihat kekurangan pd isteri sbg halangan utk mereka melangsungkan perkahwinan.

“ Saya tidak melihat paras rupa, warna kulit dan kesempurnaan fizikal kerana kelemahan itu menjadi indah dan sempurna apabila adanya rasa cinta.

“ Sepenuh hati saya mencintainya dan menerima dia seadanya kerana dia cukup istimewa serta sempurna utk saya,” katanya yg berasal dr Kampung Telaga Papan, Semerak, Pasir Putih, Kelantan.

Menceritakan kembali detik pengenalan mereka, Mohd Azran berkata, mereka mula berkawan selepas berjumpa ketika sama-sama menyertai Kem Motivasi Tingkatan Enam di Besut pd 2010 sebelum menjadi rapat.

“ Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut sementara isteri pula pelajar Sekolah Menengah Agama Maarif, namun kami sekadar berkawan pd awal perkenalan sebelum timbul perasan sayang selepas merasai byk keserasian.

“ Saya tidak kisah apa pandangan orang lain terhadap kami dan saya bersyukur apabila isteri menerima lamaran saya,” katanya yg bekerja sbg pembantu pemasaran farmasi.

Bagi Siti Sarah pula, kesungguhan dan keikhlasan suami sepanjang perhubungan mereka membuatkan dia menerima lamaran lelaki terbabit.

“ Biarpun ada kekurangan, namun suami tidak melihat kelemahan itu dan bersedia utk berkahwin dgn saya.

“ Saya tidak pernah menagih simpati dgn kekurangan yg ada sebaliknya menjadikan ia sbg motivasi dan dorongan utk berjaya.

“ Malah, saya sendiri tidak pernah menyangka akan berkahwin secepat ini, ternyata Allah SWT sentiasa adil dlm mencorakkan kehidupan setiap hambanya,” katanya yg berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Kolej Universiti Insaniah Kedah.

xx 2 - Sesungguhnya Cinta Itu Buta. Lelaki Ini Pilih Gadis OKU Kategori Kerdil Sbg Permaisuri Hidup

Sementara itu, jurugambar perkahwinan, Wan Muhammad Amiirullah Wan Mansor, 22, berkata, keserasian pasangan berkenaan sangat sempurna sehingga menghasilkan gambar yg unik dan menarik.

“ Ini kali pertama saya mengambil gambar pasangan seperti ini dan saya kagum melihat kasih sayang antara mereka.

“ Kebiasaannya orang bercinta kerana paras rupa tetapi pasangan ini membuktikan cinta tidak hanya berlandaskan paras rupa dan fizikal tetapi keikhlasan hati, ” katanya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : hmetro

Loading...

Tags: #Buta. #CINTA #gadis #Hidup #Kategori #Kerdil #Lelaki #Permaisuri #PILIH #Sesungguhnya

author
Author: 
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika
    Pelajar Tingkatan 2 cipta peranti tangani kes dera, strok haba
    Ariff Amir Ali (kanan) bersama guru Mohd Razif Abdul Razak (tengah) dan rakannya

    Leave a reply "Sesungguhnya Cinta Itu Buta. Lelaki Ini Pilih Gadis OKU Kategori Kerdil Sbg Permaisuri Hidup"