Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019

Loading...

P1150192 1 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019


Assalamualaikum gais..


Teringat lg zaman sekolah menengah thn 2003, habis je waktu sekolah pukul 2 petang mcm tu mesti pergi cyber cafe (CC) main game Counter Strike, Maple Story, Warcraft 3 & GTA online. Siap ajak member kelas join sekali, baru syok ada geng sekepala. Meriah pusat cc bila ada mini tournament antara group sekolah lain. Tapi setakat jaguh kampung jelah. 

Aduh kenangan remaja dulu memang lain dgn teknologi sekarang..setuju tak kalu anda pernah membesar sekitar thn awal 2000’an

P1150179 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019
P1150164 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019


Compare lately sekarang esport kat Malaysia dah satu step ke depan. Dulu siapa yg main games komputer orang kata buang masa & membazir. Sekarang BBL tengok dunia esport blh jadi satu hobi atau pekerjaan blh beri pulangan duit. Sbg contoh, kalu anda fans Dota mesti kenal pemain 343, nama sebenar Adam Shah yg menjana pendapatan RM1.4 juta sbg pemain professional Dota sejak 2 thn lalu. 

Impressive kan Malaysia kini ada team esport spt Fnatic dlm permainan Dota. Itu baru satu game, belum campur lg beberapa permainan popular spt Counter-Strike : Global Offensive, Fortnite, League of Legends, StarCraf II, Heroes of the Storm, Overwatch & byk lg. Ramai je remaja tempatan kita ada bakat utk jadi pemain esport namun sebab kurang pendedahan, tidak digilap & peluang terhad menjadi halangan semua ini.

Sebab itulah Taiwan Excellence membawakan Taiwan Excellence Esports Cup (TEEC) 2019 utk mencungkil bakat & memberi peluang anak muda dlm dunia esports. Siang tadi BBL pergi Battle Arena tengok preminary tournament ni. 

TaiwanBExcellenceBEsportsBCupB2019 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019
P1150169 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Boleh tahan ramai fans e-games datang tengok preliminary team. Mostly masih sekolah menengah & student universiti. Lagi super excited bila mereka yg datang blh menang hadiah gaming stuff dr Taiwan Excellence mcm keyboard, mouse, headset & mouse pad. Untung biasa datang blh dpt hadiah ni kan..
TEECB10thBQualifierBTournament - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019
Oh ya, TEEC turut disokong oleh jenama Taiwan popular spt Acer, Asus, MSI, ADATA, Gigabyte, InWin, TeamGroup, Thermaltake, Transcend & ZADAK utk memberi jaminan pengalaman terbaik semasa bermain game. At least anak muda tempatan kita blh feel perasaan sebenar spt player international.

Lebih 10, 000 penyertaan TEEC terima utk tournament ni. Ada yg datang dgn team masing-masing & secara individu. Pemilihan telah dibuat seluruh Malaysia sejak awal thn ni. Mereka akan berentap pd pertandingan Grand Finale di Berjaya Time Square KL bermula 11-13 Oktober depan. Ganjaran hadiah RM 113,000 menanti tau. Siapa akan menang nanti ye?

TaiwanBExcellenceBEsportsBCupB2019BGrandBFinale - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019


Pemain akan beraksi menentang kumpulan lain dlm beberapa game termasuk Dota2, League of Legends, CS:GO, PES 2019, Super Smash Bros, Mobile Legends, and Tekken 7. Masing-masing akan bersaing dlm ketegori mobile, pc & console. Fuh excited BBL tak sabar tunggu bln 10 nanti.

Okay BBL belanja sikit suasana dlm Battle Arena sewaktu preliminary. Jangan terkejut ada supporters dr kalangan lelaki & jugak perempuan. Baru syok!

P1150170 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019
P1150166 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019
P1150181 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019

Sementara tu BBL sempat ushar produk gaming dr Taiwang spt komputer, keyboard gaming, headphone, kad grahic, telefon & berapa lg. Pastinya blh beri kepuasan & satu pengalaman menyeronokkan semasa bermain game. Gaming stuff paling menarik pd BBL semestinya dr Republic Of Gamers (ROG)

ROG Strix Scar III – Paparan 240Hz 3ms pertama di dunia dgn teknologi ROG Keystone

P1150160 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019


Mampu beri kepuasan sejati dgn ROG Strix Scar III, direka utk bersaing bersama Window 10 Pro. Lengkap penyejuk pintar berkuasa Intel 9 Int Core CPU & grafik GeForce RTX. Paling menarik pastinya paparan laptop 240Hz / 3ms terpantas di dunia supaya anda blh bermain pd kelajuan pro. 

Semestinya Wi-Fi RangeBoost yg kukuh mudah bg korang switch multiple game dgn senang. Malah keyboard bat cahaya teknologi Aura Sync wraparound. Laptop ni mampu melindungi privasi data dgn ROG Keystone baru khas bg setiap pemilik. 

ROG Phone – Game Changer

P1150158 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019
P1150157 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019


Telefon pintar ROG memang satu next level special penggemar games. Rekaan telefon sangat dinamik, paparan skrin AMOLED, chip 2.96GHz Qualcomm Snapdragon 845 Mobile Platform & Adreno 630 GPU serta mempunyai AeroActive Cooler terbina bersama. Tak payah risau kalu telefon cepat panas bila bermain game. Perfect utk mobile gamer sejati

ROG Strix Helios 

helios - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019
P1150154 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019


ROG Strix Helios ni  premium mid-tower gaming case dgn tiga panel kaca, cover aluminium bahagian luar & lengkap pencahayaan RGB. Mesti lg seronok & excited main game favorite korang dgn smooth

ROG Strix XG32VQR – the Sweet Sport For Gaming

XG32VQ - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019
P1150218 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019


ROG Strix XG32VQR ni desktop melengkung dgn paparan WQHD 32-inci, tambahan 144Hz refresh rate, teknologi Radeon™ FreeSync 2 HDR  & teknologi High Dynamic Range (HDR). Malah turut ada teknologi Shadow Boost utk meningkatkan detail dlm adegan dlm kawasan gelap tanpa terlalu mendedahkan kawasan terang – memberikan kelebihan tambahan yg diperlukan utk menang! Setuju kan

ROG Strix Scope – Built For Action

buitBforBaction - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019
P1150153 - Seronok Tengok Preliminary Game Taiwan Excellence Esports Cup 2019


Rasanya tak complete aksesori tanpa keyboard ROG Strix Scope.  Rekaan Xccurate – kunci Ctrl yg lebih luas utk ketepatan FPS. Tambah lg feature lampu warna RGB Aura Sync yg berwarna-warni menyerlahkan identiti sorang pemain gamer sejati.


Siapa yg kaki gamer memang haruslah ada salah satu eksesori atas ni kan

Jangan lupa bookmark tarikh Grand Finale Taiwan Excellence Esports Cup (TEEC) 2019 dlm kalender korang. Detail blh click – http://taiwanexcellence.com.my/teec2019   
Loading...

Tags: #2019/ #Esports #Excellence #Game #Preliminary #Seronok #taiwan #Tengok

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Comments are closed.