Serimuka Gula Merah yg sangat sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
Salam Ramadhan, jom kita tengok resepi serimuka yg sangat sedap ini.
serimukaB1 - Serimuka Gula Merah yg sangat sedap

serimukaB2 - Serimuka Gula Merah yg sangat sedap



Serimuka Gula Merah (loyang 7×7 inci)
Oleh : Surianti Ramli
.
Lapisan Bawah :
1 cawan pulut (rendam 1 jam, toskan)
1 1/4 cawan santan cair
Secubit garam
-kukus semua bahan selama 30 minit.
-sapu loyang dgn sedikit minyak, alas loyang dgn plastik (saya pakai plastik saiz 12×12 inci), letakkan pulut yg telah dikukus tadi, tekan sehingga pdt.
.
Lapisan atas :
3/4 cawan gula merah
1/2 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
(satukan daun pandan, gula merah dan air, masak sehingga gula larut. Ketepikan biar sejuk)
2 biji telur (saya pakai saiz A)
1 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung gandum
2 sb tepung jagung
Secubit garam
-satukan air gula yg telah sejuk dgn semua bahan utk lapisan atas, kacau sebati. Tapis. Masak sekejap atas api perlahan sekadar panas dan naik wap saja, jangan sampai mendidih.
.
Cara penyediaan serimuka :
Panaskan periuk kukusan, balut tudungnya. Curah perlahan lapisan atas kepada pulut. Kukus selama 30 minit. Selepas itu, buka tudung periuk dan kukus lagi 10 minit tanpa tudung utk mengeringkan air pd permukaan. Matikan api. Tunggu sejuk selepas 3 atau 4 jam baru blh dipotong.
*bahagian kepala tu lembut & lemak (tak keras tau)


serimukaB3 - Serimuka Gula Merah yg sangat sedap

serimukaB4 - Serimuka Gula Merah yg sangat sedap



Loading...

Tags: #Gula #Merah #sangat #Sedap #SERIMUKA

author
Author: 
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:
    Tomat Lebay – Nasi Goreng !
    Ini Video Waktu Tomat Lebay masih kecil heheh … Tomat Lebay – Bakwan
    Tutorial memasak TERONG BALADO – Resep memasak Terong Balado
    Cara Membuat: Iris terong ungu masing-masing menjadi 4 bagian kira-kira 10cm, tiap bagian
    Cara Membuat Bihun Kuah – Resep Mudan dan Enak
    Cara Membuat Bihun Kuah – ingin membuat masakan yang stu ini tapi masih

    Leave a reply "Serimuka Gula Merah yg sangat sedap"