Seri Kaya Pandan Gula Hangus

Loading...

IMG 6502 1 - Seri Kaya Pandan Gula Hangus

Masuk hari ini, telah seminggu saya kembali bekerja. Betul lah kata doktor yg merawat saya, saya merasa penat kerana terlalu lama berehat. Otot otot tidak bekerja menjadikan saya mudah penat. Sehinggakan selepas solat juga, saya akan terasa sangat penat dan jantung seolah berdenyut laju. 

Setiap hari, sesampai sahaja di rumah, saya terus tertidur di sofa. Jadi memang tak ada masa dan tak ada mood pun utk mengupdate blog. OK sekarang kita masuk sedikit bab seri kaya. Mana tahu kalau ada yg mahu menyediakan sendiri di rumah di hujung minggu ini.

Teringat dulu dulu setiap kali menginap di hotel, saya suka mkn roti yg disapu dgn butter dan seri kaya waktu bersarapan di cafe hotel. Saya akan letak juga telur dadar di dlmnya. Sehingga kini saya masih suka mkn roti macam tu. 

Setiap kali mkn roti bakar di mana mana kopitiam juga, saya pasti akan mengambil masa utk menikmati seri kaya yg sedap dgn mkn perlahan lahan. Mkn dgn penuh nikmat gitu. Memang dapat dirasa perbezaan seri kaya yg beli ready made atau seri kaya yg disediakan sendiri. Seri kaya yg disediakan sendiri semestinya lebih sedap dan lebih lemak berkrim. 

Hari ini saya ingin kongsikan resepi seri kaya yg saya sediakan sendiri. Sangat sedap sehingga waktu saya bercuti sakit, saya memilih utk bersarapan dgn roti di rumah kerana mahu menikmati seri kaya yg disediakan sendiri ini. 
IMG 6503 - Seri Kaya Pandan Gula Hangus

Menyediakannya tidaklah susah cuma perlu sabar kerana ketika memasak utk mengeringkannya, ia akan merecik recik dan terkena tangan juga. 

Tetapi berbaloi baloi kerana hasilnya, sebalang seri kaya homemade yg sangat sedap tersedia di dapur rumah kita utk dinikmati bersama keluarga. Dapat satu balang besar juga. Bila disediakan sendiri, kita dapat menjamin kebersihannya.

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…
IMG 6504 - Seri Kaya Pandan Gula Hangus

Serikaya Pandan Gula Hangus 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
5 biji telur gred C
Sedikit kicap pekat Jalen

Cara cara:
Masak gula utk dijadikan gula hangus. Tutup api dan masukkan air daun pandan. 
IMG 6490 - Seri Kaya Pandan Gula Hangus

IMG 6493 - Seri Kaya Pandan Gula Hangus

Pukul telur dan masukkan santan dan sedikit kicap pekat. Masukkan ke dlm kuali air gula tadi. Dgn menggunakan api perlahan kacau sehingga pekat. 
IMG 6494 - Seri Kaya Pandan Gula Hangus


Masukkan sedikit garam. Jika berketul, blh kisar supaya menjadi halus.  
IMG 6495 - Seri Kaya Pandan Gula Hangus

Tuang semula dlm kuali. Kacau sehingga pekat. 
IMG 6499 - Seri Kaya Pandan Gula Hangus

Nota:
Boleh letak tepung jagung/tepung ubi utk memekatkannya dgn cepat. 
IMG 6506 - Seri Kaya Pandan Gula Hangus


Loading...

Tags: #Gula #HANGUS #Kaya #Pandan #Seri

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Seri Kaya Pandan Gula Hangus"