SENARAI PELAKON VILA GHAZARA

VilaBGhazara - SENARAI PELAKON VILA GHAZARA

SENARAI PELAKON VILA GHAZARA

Duduk rumah agam tak semestinya bahagia.. ya kebenaran tu memang ada benarnya . Drama terbaru Vila Ghazara bersiaran mulai 17 September ini, setiap Isnin sehingga Jumaat, jam 7.00 malam di Slot Akasia TV3. Senarai pelakon Vila Ghazara diantaranya :  Syukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Aidil Aziz, Hafeez Mikail dan ramai lagi. Drama 40 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader. 

PELAKON VILA GHAZARA

PELAKON WATAK
Shukri Yahaya Hariz
Azira Shafinaz Ariana
Mustapha Kamal Dr Ghaz (Ghazaly Baqri)
Haleeda Zaharah (Zara)
Syed Aiman Zarul
Aidil Aziz Adrian
Hafeez Mikail Dazrin
Amirul Faqeem Azrel
Elly Mazlein Maria
Tunku Hanis Sofea
Puteri Rafasya Alia
Riena Diana Anggerik
Qaralyana Ellie
Cik Maggis Mastura
Sophia Liana Hanie
Hamizul Hafeez Rahmat

LAGU TEMA / OST

Tenung – Ebba
Hanya Dunia : Adam Malik
Kalimat Kita – Parasit
Bila Nanti – Elica

SINOPSIS VILA GHAZARA

Vila Ghazara teratak yg diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yg juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). Siapa sangka Vila Ghazara yg terlihat indah di luarannya, para penghuninya tidak sebahagia yg disangka.
Kejayaan Dr. Ghaz sbg seorang doktor kosmetik yg tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dlm menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dgn keluarga sempurna di mata ramai, selama lima thn lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).
Kerana sikapnya yg mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak utk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sbg zuriatnya. Membawa diri selama 15 thn, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yg blh dibanggakan berbanding anak-anaknya yg lain
Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan utk cucu tunggalnya iaitu Alia yg kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yg juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alia.
Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Ariana (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yg terdesak mencari pekerjaan utk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alia di rumah. Rupa-rupanya, Ariana dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Ariana kerana Ariana pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham.
Apakah kesudahan konflik keluarga dlm Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dgn Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Ariana dan Hariz akan membibitkan rasa cinta?

GAMBAR PELAKON

senaraiBpelakonBvilaBghazara - SENARAI PELAKON VILA GHAZARA
pelakonBvilaBghazaraB1 - SENARAI PELAKON VILA GHAZARA

pelakonBvilaBghazara - SENARAI PELAKON VILA GHAZARA
watakBpelakonBvilaBghazara - SENARAI PELAKON VILA GHAZARA

Loading...

Tags: #Ghazara #pelakon #Senarai #Vila

author
Author: 
    Lirik Lagu Dulu Kita Masih SMA Ost DILAN 1990
    Lirik Lagu Dulu Kita Masih SMA Ost DILAN 1990 Dulu kita masih remaja
    Qua Qnwary : Kapten Kito (Dikir Barat Piya)
    https://www.facebook.com/greatggofficial Lagu asal ini nyanyian kumpulan NagaSari bertajuk Nur Ain dan telah ditukar
    Filem melayu terbaru 2018 – Angin Cinta
    hello guys, please subscribe Me And And Leave A Like, If You Like
    Biodata Fattah Amin
    Fattah Amin (nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin, lahir 14 September 1990)

    Leave a reply "SENARAI PELAKON VILA GHAZARA"