Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup sehingga Jumaat

Loading...

18919sairien1 1568777987 - Semua sekolah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditutup sehingga Jumaat

PUTRAJAYA – Semua sekolah dan tadika di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup selama dua hari bermula esok, umum Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek, hari ini.

Beliau berkata, penutupan sekolah dan tadika di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya dibuat ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yg semakin tinggi dan berbahaya, manakala di Selangor pula penutupan sekolah dibuat Jawatankuasa Bantuan dan Bencana Selangor.

“Bagi guru-guru yg terlibat dgn penutupan sekolah, mereka diberi pilihan utk bekerja dr rumah atau hadir ke sekolah,” katanya pd sidang media sempena Majlis ‘Meet and Greet Pasukan Malaysia Warrior and Malaysia Tiger’, di sini hari ini.

Maszlee berkata, semua pengumuman dan penutupan sekolah akan dilakukan setiap hari selewat-lewatnya pukul 6 petang.

Guru besar juga diberi kebenaran utk mengumumkan penutupan sekolah sekiranya mereka berpandangan keadaan jerebu semakin teruk berdasarkan trend bacaan IPU pd hari berkenaan dan keputusan tersebut hendaklah dimaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, katanya.

Bagi sekolah diumumkan tutup setelah murid-murid berada di sekolah, murid-murid dibenarkan berada di sekolah dan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan berjalan seperti biasa sehingga habis waktu persekolahan bg sesi tersebut kecuali ada permintaan waris utk membawa anak mereka pulang, katanya.

“Semua sekolah yg terlibat dgn penutupan juga tidak perlu diganti kerana dikategorikan sbg cuti bencana,” katanya.

Maszlee berkata, keputusan penutupan mana-mana Institut Pengajian Tinggi adalah terletak kepada keputusan pengurusan universiti masing-masing. – Bernama

Loading...

Tags: #Ditutup #Jumaat #Kuala #Lumpur #Pinang #Pulau #Putrajaya #sehingga #Sekolah #Selangor #Semua

author
Author: 
    Bibir Bengkak, Barbie Kumalasari Disantet? Mbah Mijan: Dari Orang yg Ditolak Cintanya!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Barbie Kumalasari. Baru-baru ini bibir Barbie Kumalasari
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah
    Lepas Hijab Karena Pindah Agama? Intan Hardja: Saya Lahir Muslim, Mati pun Muslim!
    slidegossip.com – Intan Hardja rupanya masih belum mau bicara byk tentang alasan keputusannya
    Surat mansuh aliran sains, sastera diedar ke sekolah
    KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sudah menghantar surat kepada sekolah menengah di seluruh negara

    Comments are closed.