SEMBAHYANG SUNAT TASBIH

HARUSKAH SEMBAHYANG SUNAT TASBIH 

DILAKUKAN SECARA BERJEMAAH?

Soalan:

Pada masa ini kebanyakkan masjid-masjid mendirikan solat sunat tasbih dgn berjemaah bg mengisi acara pd malam-malam 10 terakhir bln Ramadan.  Sejauh yg kaola tahu bahawa tidak ada nash Al-Qur‘an dan hadis yg kaola pernah baca dlm kitab-kitab / buku fiqh yg membolehkan solat sunat tasbih didirikan dgn berjemaah.  Solat sunat tasbih ini dikategorikan termasuk solat yg dilakukan secara bersendirian sahaja.  Persoalannya, apakah perkara ini tidak menyalahi sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam jika ia dilakukan dgn berjemaah dan mungkinkah hal ini termasuk perkara bid‘ah, apakah tindakan pihak Jabatan Pehin mengenai hal ini utk pihak kaola dpt sampaikan kepada pengetahuan pihak Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  Kalau pula ia diharuskan dan tidak bertentangan dgn sunnah, dptkah dgn ihsan pihak Pehin menyatakan dalil yg menyatakan keharusan berjemaah itu.

Daripada:

Mudim Haji Amran bin Haji Md. Salleh,

Masjid Omar Ali Saifuddien,

Bandar Seri Begawan,

Negara Brunei Darussalam.

Jawapan:

الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى الى الحق والصواب, اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما اغلق والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق والهادى الى صراطك المستقيم صلى الله عليه وآله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم

Selain drpada sembahyang fardhu, ada juga sembahyang sunat yg disebut dlm kitab fiqh sbg shalat at-Tathauwu‘ dan an-Nawafil.

Sembahyang-sembahyang an-Nawafilitu menurut  pengertiannya dr segi bahasa ialah tambahan kerana ia merupakan tambahan ke atas sembahyang-sembahyang yg telah difardhukan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala.  Ia terbahagi kepada dua bahagian:

1.     Disunatkan melakukannya secara berjemaah iaitu seperti sembahyang Hari Raya, sembahyang Gerhana Bulan dan Matahari, sembahyang Meminta Hujan, sembahyang Tarawihdan sembahyang Witir pd bln Ramadan.

2.     Tidak disunatkan melakukannya secara berjemaah iaitu seperti Ar-Rawatib yg mengiringi sembahyang-sembahyang fardhu dan yg tidak mengiringi sembahyang fardhu iaitu seperti sembahyang Witir bukan di bln Ramadan dan sembahyang Dhoha, begitu juga dgn Ghair     Ar-rawatib seperti sembahyangTahajjud, Tasbih dan seumpamanya.

Ketika mengulas tentang sembahyang sunat yg tidak disunatkan berjemaah Asy-Syeikh Muhammad Al-Khatib Asy-Syirbini dlm kitab beliau Mughni Al-Muhtaj menjelaskan bahawa adapun sebab ianya tidak disunatkan berjemaah kerana muwazhabah(kebiasaan) Bgnda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya secara bersendirian.  Adapun sunatnya itu hendaklah tidak dilakukan secara berjemaah walaupun ianya harus dilaksanakan secara berjemaah tanpa dihukumkan makruh kerana Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma pernah mengikut Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallambersembahyang sunat Tahajjud di rumah emak saudaranya, Maimunah. (1:219-220)

Imam Jalaluddin Al-Mahalli dlm Syarah Al-Minhaj berkata ketika menjelaskan bahagian sembahyang sunat yg tidak disunatkan berjemaah:

لا تسن فيه الجماعة، فلو صلى جماعة لم يكره، قاله فى الروضة
(حاشيتان، قليوبى – عميرة 1:240)

Maksudnya: “Bahagian yg tidak disunatkan berjemaah itu, jika dilaksanakan secara berjemaah  tidaklah makruh. Demikian menurut Imam An-Nawawi   di dlm kitab Ar-Raudhah”

Asy-Syeikh Qalyubiy di dlm Hasyiyatan ketika mengulas perkataan Imam Jalaluddin Al-Mahalliلم يكره) di atas, katanya:

بل هو خلاف الأولى والمراد أنه لا تسن الجماعة فيه على الدوام

Maksudnya: “Bahkan ia (bersembahyang sunat yg tidak disunatkan berjemaah jika dilakukan secara berjemaah) menyalahi yg utama خلاف الأولىdan maksudnya tidak disunatkan dilakukan berjemaah secara berterusan.

Dengan penjelasan di atas, maka dptlah dirumuskan bahawa sembahyang Sunat Tasbih walaupun tidak disunatkan berjemaah, namun apabila ia dilakukan secara berjemaah tidaklah ia makruh, dan jauh sekali dianggap sbg bid’ah, hanyalah ia خلاف الأولى yakni menyalahi yg utama sahaja.

Orang ramai blh memilih melakukannya secara berjemaah atau pun bersendirian. Melakukannya      secara berjemaah itu tetaplah mendapat pahala kerana berjemaah, sbgmana telah dinaqal oleh Asy-Syeikh Abdul Hamid Asy-Syarwani drpada Ali Asy-Syibramalissi katanya:

ويثاب على ذلك مطلقا لكن الأولى ترك الجماعة

Ertinya: “Dan diberi ganjaran pahala berjemaah secara mutlak, akan tetapi adalah awla (lebih utama) meninggalkannya yakni berjemaah itu.”

(Hawasyi Asy-Syarwani Wa Ibn Qasim Al-‘Abbadi 2:220).

وَاللهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ

[PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO PADUKA SERI SETIA

USTAZ HAJI AWANG ABDUL AZIZ BIN JUNED]

Mufti Kerajaan,

Negara Brunei Darussalam.


Loading...

Tags: #Sembahyang #Sunat #TASBIH

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.