SEMBAHYANG QADHA DAN TUNAI

Loading...

PERKARA: MANA LEBIH AFDAL DIDAHULUKAN SEMBAHYANG QADHA DAHULU KEMUDIAN BAHARU SEMBAHYANG TUNAI

Soalan:
Apabila masuk waktu sembahyang , yg mana lebih afdhal, adakah sembahyang qadha dahulu kemudian baharu sembahyang tunai atau sembahyang tunai dahulu baharu sembahyang qadha.
Jawapan:

الحمدلله

Berkata Al-‘Allâmah Bi Afdhal (العلامة بافضل) dan Ba’isyan (باعشن): Sunat bersegera pd mengadhakan sembahyang yg telah diluputkan dgn ada uzur syar‘ie seperti tidur dan lupa yg tiada melampaui pd keduanya, bg segera menyelesaikan tanggungan dan kerana ada perintah berbuat begitu, dan sunat juga ditertibkan pd qadha sembahyang itu (seperti dahulukan Zuhur dr Asar, dan Asar dr Maghrib, dan Maghrib dr Isyak, dan Isyak dr Subuh), dan sunat dahulukan sembahyang qadha yg ada uzur dr sembahyang tunai yg telah sedia ada, yg tiada takut luput waktu sembahyang yg sedia ada, dan wajib disegerakan sembahyang qadha yg diluputkan dgn tiada apa-apa uzur. Dan wajib didahulukan qadha sembahyang yg luput, dr qadha sembahyang yg luput dgn ada uzur, sekalipun dgn tertib pdnya.
Maka menurut nash ulama yg di atas ini, maka wajib dibuat sembahyang qadha lebih dahulu jika sembahyang itu luput dgn tiada apa-apa uzur, sekalipun sudah masuk waktu sembahyang fardhu yg lain, kiranya waktu sembahyang fardhu yg lain itu tiada luput dgn mengerjakan qadha dlm waktu sembahyang yg lain itu, dan sunat disegerakan sembahyang qadha yg luput dgn ada uzur itu dr mengerjakan sembahyang fardhu yg lain yg sudah masuk waktunya seperti qadha sembahyang Subuh dlm waktu Zuhur.
وَاللهُ اَعْلَمْ بِالصَّوَابِ

[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam

Pejabat Mufti, Brunei
Mufti Kerajaan Brunei
Loading...

Tags: #QADHA #Sembahyang #Tunai

author
Author: 
    Katanya Berseteru, Atta Halilintar dan Bebby Fey Tertangkap Basah Lagi Dugem di Klub Malam!
    slidegossip.com – Sudah bukan rahasia umum lagi kalau Atta Halilintar dan Bebby Fey
    Jadi Sarang Hantu, Anang Hermansyah Ingin Jual Rumahnya Seharga Puluhan Miliar?
    slidegossip.com – Rumah yg ditempati Anang Hermansyah dan Ashanty bersama anak-anak mereka yg
    Kunjungi Korban Gempa di Ambon, Nikita Mirzani Tuai Pujian, Jokowi Malah Kena Sindiran!
    slidegossip.com – Artis sensasional Nikita Mirzani kembali jadi perbincangan publik. Namun kali ini
    Guru ditahan terlibat aktiviti pengganas LTTE
    GURU sebuah sekolah di Banting, Selangor, Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri

    Leave a reply "SEMBAHYANG QADHA DAN TUNAI"