SEMBAHYANG JUMAAT DI SURAU

 Surau atau balai ibadat mendirikan sembahyang Juma’at.

Soalan :

1.                 Sebilangan masyarakat merasa ragu tentang kedudukan surau yg mendirikan Sembahyang Fardhu Jumaat, adakah kita disunnatkan menunaikan Sembahyang Sunnat Tahiyatul Masjid, atau tidak, sedangkan gelaran tempat kita sembahyang itu bukan gelaran masjid.
2.                 Dinegara ini terdapat beberapa surau/balai ‘ibadat yg menunaikan Sembahyang Fardhu Juma’at, perlukah ditukar nama surau atau nama balai ‘ibadat itu menjadi masjid jika surau atrau balai ‘ibadat itu mendirikan Sembahyang Fardhu Juma’at.

Jawab :
الحمد لله،
1.                 Jika bangunan itu diwakafkan utk dijadikan masjid, maka ia jadi masjid dan jika bangunan itu diwakafkan kerana sembahyang maka bangunan itu jadi waqaf kerana sembahyang dan tiada jadi masjid dan jika tuan punya bangunan itu wakafkan kerana sembahyang serta niatkan dlm hati jadikan masjid maka jadilah ia masjid.
2.                 Apabila bangunan itu jadi masjid maka shah ‘itikaf didalamnya dan haram berhenti didalamnya bg orang Junub dan Sunnat Sembahyang Tahiyatul Masjid didalamnya.
3.                 Mendirikan Jumaat shah diman-mana bangunan, kiranya bangunan ada didalam tempat kediaman orang-orang yg sembahyang Juam’at itu.

والله أعلم بالصواب
[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam

Loading...

Tags: #Jumaat #Sembahyang #Surau

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "SEMBAHYANG JUMAAT DI SURAU"