SEMBAHYANG JENAZAH

Loading...

BOLEHKAH MAYAT DI SEMBAHYANGKAN DI TEMPAT MANDI MAYAT.

Soalan:
Bolehkah mayat itu disembahyangkan di tempat memandikan mayat, sedangkan tempat itu diragui kebersihannya. Ini adalah disebabkan mayat itu masih keluar darah.
JAWAB:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله واله وصحبه ومن والاه اللهم هداية للصواب.
1.     Tempat niat mandi mayat iaitu mula-mula ketika memandikan mayat itu.

2.     Orang yg mendengar Ayat-Ayat Surah Yassin itu atau sengaja mendengar itu dia dpt pahala mendengar atau sengaja mendengar. Sebaik-baiknya ada orang membaca Yassin dan ia sedekahkan seperti pahala membaca Yassin itu kepada mayat itu.
3.     Orang yg ada hutang dgn si mati berkata saya izinkan, maka saya tiada mengerti perkataan izinkan yg disebut oleh orang ramai.
Kiranya orang mati itu ada hutang kepada orang, maka hendaklah waris-warisnya membayar hutang itu, atau orang ada hutang kepada orang mati itu, maka hendaklah orang itu bayar hutang itu kepada waris-waris orang mati itu.
Orang ramai berkata si mati ini orang baik.
Berkata Al-Imam Annawawi  محرر المذهب الشافعى   berkata setengah-setengah ‘Ulama: erti hadis itu  (المؤمن شهداء الله فى الأرض دان أنتم شهداء الله (فى الأرض .  iaitu puji orang-orang yg ada kelebihan dlm ugama puji yg baik kepada orang mati itu dan puji itu bersetuju dgn apa yg ada pd orang mati itu, maka orang mati itu orang Ahli syurga, dan kiranya puji itu tiada bersetuju dgn apa yg ada pd orang mati itu, maka tiadalah puji itu kena pd tempatnya, begitu juga sebaliknya.
Berkata al-Imam Annawawi: Sebenarnya hadis itu ertinya tiada begitu, hadis itu, bererti cara umum, bahawa siapa orang mati maka Allah Ta‘ala akan ilhamkan manusia puji akan dia dgn perkara-perkara yg baik, maka puji orang kepada orang mati itu suatu dalil bahawa orang mati itu adalah ia seorang Ahli Syurga, samada kelakuan orang mati itu sebab ia masuk syurga atau tiada, kerana amal manusia itu tertakluk pd eradat dan masyi‘ah Allah Ta‘ala.
Dan ilham Allah kepada manusia memuji orang mati itu suatu dalil menentukan hal orang mati itu, maka dgn yg demikian nyatalah faedah manusia memuji orang mati itu.
Tamat.
دري وسائل الرحمات فيما يطلب لمن مات اوله العلامة الشيخ احمد بن احمد بن اسماعيل الحلوانى الخليجي يع ماتي تاهون 1308 هـ .

والله أعلم
YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
AWANG HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ,
Mufti Kerajaan,
Negara BruneiDarussalam.
Pejabat Mufti, Brunei
Mufti Kerajaan Brunei

Loading...

Tags: #JENAZAH #Sembahyang

author
Author: 
    [Video] Tular di media sosial, kenali insan istimewa ini secara lebih dekat
    Luar biasa. Walaupun dilahirkan tanpa tangan, Puan Nor Farrah Syahirah Shah Ikon Inspirasi
    Kementerian Pendidikan digesa ambil tindakan penganjur Debat Piala Tun Razak
    SHAH ALAM – Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
    Katanya Berseteru, Atta Halilintar dan Bebby Fey Tertangkap Basah Lagi Dugem di Klub Malam!
    slidegossip.com – Sudah bukan rahasia umum lagi kalau Atta Halilintar dan Bebby Fey
    Jadi Sarang Hantu, Anang Hermansyah Ingin Jual Rumahnya Seharga Puluhan Miliar?
    slidegossip.com – Rumah yg ditempati Anang Hermansyah dan Ashanty bersama anak-anak mereka yg

    Leave a reply "SEMBAHYANG JENAZAH"