SEMBAHYANG HAJAT SEBELUM JUMAAT

SEMBAHYANG HAJAT BERJEMA‘AH SEBELUM  JUMAAT PADA HARI JUMAAT DI MASJID-MASJID NEGARA BRUNEIDARUSSALAM.

Soal :

Sebagaimana Pehin sedia maklum, bahawa sembahyang hajat berjemaah pd hari Jumaat di masjid-masjid seluruh Negara Brunei ini telah lama berjalan ( jika tidak silap semenjak drpada selepas peruntukan thn 1962 ). Bersabit dgn inilah sembahyang hajat itu diadakan bg memohonkan kepada Allah agar Bruneidijauhkan dr malapetaka dan bencana. Hingga sekarang, Alhamdulillah , Negara Brunei telah menikmati keamanan dan kemakmuranya, dan dgn lembaran barunya yg gilang-gemilang dan bersejarah mencapai semula taraf  kemerdekaan yg tulen lagi penuh berdaulat, iaitu satu lagi tanda jelas yg menunjukkan negara ini semakin matang dan teguh, terlepas dr segala unsur kekacauan dan krisis, iaitu suatu rahmat dan nikmat drpada Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada rakyat dan penduduk yg kebanyaknnya beragama Islam di bawah pimpinan Kebawah Duli Yg Maha Mulia Paduka Seri Bgnda Sultan dan Yg Dipertuan selaku pewaris yg teguh beragama kepada ayahanda Bgnda, raja yg soleh lagi bijaksana Kebawah Duli Yg Teramat Mulia Paduka seri Begawan Sultan Haji Sir Muda ‘Omar Ali Saifuddin Sa‘dul Khairi waddien.

2.   Berdasarkan para (1) di atas serta utk mengambil  sukut sempena baik kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pd awal thn 1984 ini, maka apakah sesuai ataupun tidak mulai drpada tarikh tersebut kita tidak lagi mengadakan sembahyang hajat di masjid-masjid pd tiap-tiap hari Jumaat sbg salah satu drpada cara kita melahirkan kegembiraan dan kesyukuran kita keluar dr suasana dan keadaan yg kurang menyenangkan kepada suatu suasana dan keadaan baharu yg bahagia ?

3.   Dipohonkan ulasan dan fatwa Pehin mengenainya.

Jawab :

 الحدلله حمدا يوافى نعمه ويكافى مزيده ، اَللَّهُمَّ صل وسلم على سيدنا محمد واله وصحبه كلما ذكره الذاكرون وغفل عن ذكره الغافلون.

Berhubung dgn berlaku angkara yg tiada  diingini pd bln November 1962, di Negara BruneiDarussalam , maka Allahyarham Mulia Pengiran Syahbandar Qadhi Besar Negara Brunei Darussalam, telah mengesyor dan meminta diadakan Sembahyang  Jumu‘ah , di masjid-masjid seluruh Negara Brunei Darussalam, dan berjalanlah sembahyang Hajat itu seluruh Negara sehingga hari ini.

Dalam peperangan dunia yg kedua di Timur Jauh dan Tenggara Asia dan di dlm masa darurat di Malaya Semenanjung Tanah Melayu yg berakhir pd thn 1960, maka dlm Negeri Johor, bahawa Jabatan Agama Johor telah memerintahkan segala masjid-masjid dlm Negeri Johor dan orang-orang Islam supaya membaca Qunut Nazilah dlm sembahyang waktu, memohon supaya diselamatkan dr segala kesusahan, sengasara kezaliman, aniaya dan bala yg terbit dr peperangan dan darurat pengganas itu.

Apabila darurat diangkat pd thn 1960, maka Qunut Nazilah dibatalkan dgn rasminya dr Negeri Johor.

Membaca Qunut Nazilah dlm sembahyang Fardhu yg lima itu  adalah sunat apabila berlaku sesuatu kesusahan ke atas orang-orang Islam seperti ketakutan dan kebimbangan dan kemarau dan banjir.

Berkata Al-Imam An-Nawawi dlm Al-Minhaj :

Disyara‘kan( yakni sunat ) membaca Qunut dlm segala sembahyang Fardhu yg lima, kerana ada sesuatu kemalangan yg berat menimpa ke atas orang-orang Islam dan tiadalah disyara‘kan Qunut semata-mata Qunut sama ada kemalangan yg berat atau yg tiada kemalangan yg berat seperti qaul Al-Masyor ( yakni salah satu dr qaul Al-Imam As-Syafi‘e yg dipilih dan ditarjihkan ).

Berkata Al-Imam As-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu  dalam kitab Al-Umm dlm masalah sembahyang Jumu‘ah :

Mereka telah menghikayatkan bilangan sembahyang Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam Sembahyang Jumu‘ah , maka saya tiada ketahui seseorang drpada mereka telah menghikayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam Qunut dlm Sembahyang Jumu‘ah , melainkan jika qunut itu masuk dlm kumpulan qunut-qunut yg ada di dlm sembahyang Fardhu yg lima ketika Qunut sebab pembunuhan ke atas sahabat-sahabat di dlm kemalangan di tempat بئر معونة   , dan tiadalah ada qunut pd sesuatu yg lain dr sembahyang yg lima melainkan qunut pd sembahyang Shubuh, melainkan ada berlaku kemalangan berat menimpa ke atas orang-orang Islam, maka disyara‘kan qunut dlm semua sembahyang Fardhu itu, kiranya imam sembahyang suka berbuat begitu.

Sembahyang Hajat itu ialah tujuan mohon sesuatu drpada Allah Ta’ala atau minta sesuatu drpada manusia, maka barangsiapa ada sesuatu hajat drpada Allah Ta’ala atau drpada manusia sama ada hajat mustahak atau tiada mustahak sama ada perkara agama atau perkara dunia, maka ia mengambil wudhu’ dgn sempurna dgn membawa segala wajib-wajibnya dan sunat-sunatnya, kemudian ia sembahyang dua raka‘at, kemudian ia memuji Allah Ta’ala seperti katanya :

الحمدلله حمدا يوافى نعمه ويكافئ مزيده ، يا ربنا لك الحمد كما ينبغى لجلال وجهك وعظيم سلطانك ، الحمدلله حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه   dan berselawat di atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian ia  :

لا اله الا الله الحليم الكريم ، سبحان الله رب العرش العظيم ، الحمدلله رب العالمين ، أسألك وجبات رحمتك ، وعزائم مغفرتك ، والعصمة من كل دنب ، والغنيمة من كل بر ، والسلامة من كل إثم ، لا تدع لى ذنبا إلا غفرته ، ولا هما إلا فرجته ، ولا حاجة هى لك رضا إلا قضيتها ، يا آرحم الراحمين ربنا آتنا فى الدنيا حسنة ةفى الآخرة حسنة وقنا عذاب النار .

Bagaimana tersebut dlm Al-Azkar dan syarahnya Al-Futuhat Ar-Rabbaniyah.

Kemudian disudahkan dgn selawat dan Alhamdulillah.

Maka dr nash dua kitab Al-Imam As-Syafi‘e dan Al-Imam An-Nawawi Radhiallahu ‘anhuma, tiadalah disyara‘kan sembahyang Hajat apabila ada kemalangan berat menimpa umat Islam.

Adapun Sembahyang Hajat yg dibuat sebelum Sembahyang Jumu‘ah itu, adalah permohonan minta  jauhkan bala. Maka tiada mengapa dibuat akan tetapi Qunut Nazilah adalah disyara‘kan dan diutamakan menurut dalil di atas ini kerana memohon tolak bala yg akan datang dan tolak kemalangan berat yg disangka akan berlaku dan blh berlaku, dr sebab itu kata sesetengah ulama : Sunat dibaca qunut itu di dlm Witir yg akhir pd tiap-tiap malam, kerana dlm qunut ada permohonan hidayah mohon masukkan dlm golongan hamba-hamba Allah yg mndapat hidayah, mohon afiat dr segala kekurangan sama ada zahir dan batin, sama ada dunia dan Akhirat, mohon  masukkan dlm golongan hamba-hamba  Allah yg afiat , mohon perlindungan dan peliharaan, mohon masukkan dlm golongan hamba-hamba Allah yg mendapat peliharaan mohon berkat, mohon jauhkan dr qada yg jahat. Maka Qunut Nazilah ini lain dr qunut sembahyang Shubuh yg dibaca itu.

Qunut Nazilah itu seperti di bawah ini :

اَللَّهُمَّ إنا نستعينك ونستغفرك ،  ونسئ عليك الخير كله ولا نكفرك ، ونخلع ونترك من يفجرك ، اَللَّهُمَّ إياك نعبد ونصلى ونسجد ، وإليك نسعى ونحفد ، نرجو رحمتك ونخشى عذابك ، إن عذابك بالكفارملحق .

اَللَّهُمَّ احفظنا والمسلمين ، وقنا وإياهم شر المخاوف أجمعين ، واحفظنا من الفتن والوبآء وشرور الحرب وصولة الظالمين ، واجعلنا من شر ما قضيته سالمين ، وصلى الله على سيدنا محمد واله وصحبه أجمعين والحمدلله رب العالمين .

Sekarang Sembahyang Hajat telah dibuat lama dan kemalangan berat seperti yg berlaku tiada berlaku. Maka tiadalah sebab diteruskan Sembayang Hajat itu dan lagi pula Sembahyang Hajat itu tiadalah dia lebih utama dr Qunut Nazilah yg disyara‘kan itu dan Negara Brunai Darussalam semenjak angkara itu sentiasa dlm aman damai dan pd sempena menyambut Hari Kemerdekaan pd 1 Januari 1984, Maka sayugialah ditamatkan Sembahyang Hajat pd hari Jumaat di masjid-masjid Negara Brunei Darussalam.

Molek perkara yg di atas ini dibawa ke depan Majlis Mesyuarat Agama.

والله أعلم

[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA

HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]

Mufti Kerajaan,

Negara BruneiDarussalam

Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei


Loading...

Tags: #Hajat #Jumaat #Sebelum #Sembahyang

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "SEMBAHYANG HAJAT SEBELUM JUMAAT"