Semakan Skim Peduli Sihat PeKa B40.

Pada 15 April 2019 kerajaan secara rasminya telah melancarkan skim peduli sihat PEKA B40 yg mensasarkan warga emas berusia 50 thn dan ke atas. 

Skim ini menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan dan faedah perubatan yg percuma buat mereka yg layak.
 

Peka2 1 - Semakan Skim Peduli Sihat PeKa B40.

PeKa B40 diwujudkan atas fakta-fakta berikut;

👉 Beban Penyakit Tidak Berjangkit : 47.6% kumpulan B40 berumur 50 thn dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yg belum didiagnosis.

👉 Kesihatan Mental : 3 drpada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yg lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bg kumpulan bukan B40. 

👉 Beban Kanser : Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pd peringkat lewat, di mana peluang utk sembuh adalah lebih rendah.

👉 Rawatan Kanser : Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.

👉 Kos Alat Perubatan : Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yg tinggi drpada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos utk perentak jantung, implan utk tulang belakang, dan sbgnya. Ini menambah beban kewangan kepada mereka yg kurang berkemampuan.

👉 Masalah Pengangkutan : Ramai pesakit yg kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan utk membayar tambang pengangkutan.


KONSEP PEKA B40;

👉 RM100 juta diperuntukkan melalui Belanjawan 2019 utk PeKa B40.

👉 Bermula sbg projek perintis dan dianggarkan dpt menampung 800,000 penerima sbg permulaan.

👉 Ianya adalah percuma kepada penerima PeKa B40.

👉 Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yg berada dlm lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yg dikenali sbg kumpulan B40. 

Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut;

👉 Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yg berdaftar.


👉 Berumur 50 thn dan ke atas.

👉 Penyertaan adalah secara automatik dan tiada pendaftaran diperlukan.

Untuk menyemak kelayakan masing-masing sila layari portal : https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
 

Loading...

Tags: #B40. #Peduli #peka #Semakan #Sihat #Skim

author
Author: 
    Vocabulary: Jobs and Occupation Flashcards
    You can find here several pictures presenting different jobs and occupations with wordcards.
    Early Reading Comprehension (Grade 1)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is
    Wajah Cantik Lucinta Luna Berubah Total Saat di Penjara! Tumbuh Kumis dan Jenggot Juga?
    slidegossip.com – Akibat kasus narkoba yg menjeratnya, Lucinta Luna kini tengah menjalani masa
    Reading: Short Stories with questions (Part 1)
    Although many children can read, the act of reading and the act of

    Comments are closed.