Semakan Kelayakan Kad Perak Prihatin.

Tahukah anda baru-baru ini kerajaan Perak telah melancarkan skim Program Perak Prihatin utk golongan yg berpendapatan rendah?

PerakBPrihatin - Semakan Kelayakan Kad Perak Prihatin.

APAKAH TUJUAN PROGRAM?

👉 Memberikan khusus utk warga Perak yg berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar kategori B40.


👉 Meringankan bebanan kos sara hidup.

BAGAIMANA IA DILAKSANAKAN?

👉 Perkhidmatan pembelian barangan mknan asas
👉 Perkhidmatan rawatan perubatan

RINGKASAN

Pada thn 2019, kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM22 juta ringgit bg 17,000 penerima bantuan seluruh Perak. 

Sungguhpun jumlah yg layak melebihi dr 17,000 penerima bagaimanapun utk thn 2019, kerajaan negeri hanya berkemampuan memperuntukan 22 juta ringgit sahaja. Jumlah ini mungkin berbeza utk thn-tahun mendatang berdasarkan kepada kemampuan kerajaan.

Bagaimanapun sasaran kerajaan bukanlah utk terus menerus menyalurkan bantuan sebaliknya kerajaan negeri tetap berusaha mencari jalan utk mengeluarkan mereka yg berpendapatan rendah dr kumpulan miskin tegar.

Setakat ini program ini tidak terbuka kepada pihak luar utk pendaftaran.

17,000 yg layak ini datangnya dr;

👉 Penerima bantuan JKM

👉 Penerima bantuan Baitulmal

👉 Kategori e-kasih

Semua 17,000 yg layak ini telah diberikan satu Kad Perak Prihatin dan ianya perlu diaktifkan sendiri oleh penerima bantuan.

Terdapat tiga cara utk mengaktifkan kad, iaitu;

1. Secara atas talian. 

Layari : https://www.perakprihatin.com/

Pilih aktifkan Kad Perak Prihatin. Ia terdapat dibahagian bawah portal, sebelah kiri.

2. Melalui SMS.

 

WBC<jarak>PACT<jarak>No.Kad (6 digit terakhir sahaja)<jarak>No.Kad Pengenalan (6 digit terakhir sahaja) Hantar ke 33555.

Contoh : WBC PACT 111111 222222  

3. Pengaktifan kad menerusi pusat panggilan.

Hubungi pusat Khidmat Pelanggan Perak Prihatin di talian 1800 22 6600 atau email ke admin@selcare.my

Bagaimanakah bantuan diagihkan?

👉 Bantuan mknan RM80 sebulan. Wang akan dikreditkan ke dlm kad Perak Prihatin. Penerima blh membeli barangan mknan asas tertentu di pasaraya yg berdaftar dgn program yg ini.

👉 Rawatan kesihatan berjumlah RM300 setahun. Penerima blh menerima rawatan di klinik-klinik terpilih dan tunjukkan kad Perak Prihatin sbg ganti kepada bayaran rawatan. Had maksima adalah RM300 sahaja. 

Penerima blh melakukan semakan utk melihat;

SENARAI KEDAI RUNCIT BERDAFTAR

SENARAI KLINIK PANEL BERDAFTAR

Bagi memudahkan urusan.

Perincian bantuan adalah seperti berikut;

BELIAN MAKANAN ASAS

👉 Setiap bln akan dikreditkan RM80 setiap penerima.

👉 Baki terdahulu tidak akan dibawa ke hadapan.

👉 Penerima hanya blh membeli barangan mknan asas seperti yg diluluskan sahaja.

Senarai;

PerakBPrihatinB2 - Semakan Kelayakan Kad Perak Prihatin.

👉 Baki kad akan disemak terlebih dahulu sebelum pembayaran dilakukan.

👉 Wang akan ditolak bg pembelian mknan asas yg diluluskan.

👉 Barangan lain yg tidak diluluskan perlu dibayar menggunakan kaedah lain.

👉 Ketika membuat pembayaran, penerima perlu memasukkan nombor pin bg tujuan memproses bayaran. Oleh itu pastikan jangan lupa nombor pin. 

KHIDMAT RAWATAN KESIHATAN

👉 Had pembiayaian adalah sebanyak RM300 setahun.

👉 Setiap kali rawatan nilainya tidak blh melebihi RM50.

👉 Tiada had atau jenis rawatan bg kesihatan asas.

👉 Hanya penerima kad Perak Prihatin sahaja yg layak (nama atas kad, nama penerima bantuan – bukannya seisi keluarga).

👉 Kad perlu dibawa ketika menerima rawatan.

👉 Rawatan yg diterima akan direkodkan bg tujuan tuntutan pembayaran.


Carian Berkaitan

Senarai klinik panel perak prihatin
Loading...

Tags: #Kelayakan #PERAK #Prihatin. #Semakan

author
Author: 
    Drama Curi-Curi Cinta Episod 13
    Drama Curi-Curi Cinta Episod 13 : Cik akak pernah baca novel ini. Memang kisah
    Ramadan Mubarak Sayings
    Ramadan sayings, ramadan sayings and quotes english, ramadan sayings with image, ramadan sayings
    Greeting Card Lebaran Day Bahasa Inggris
    Greeting card clearance, greeting card brands, greeting card brand list, greeting card brand
    Ramadan 2019 Jumma Mubarak Images
    Ramadan 2019 june 5, ramadan 2019, ramadan 2019 calendar, ramadan 2019 dates, ramadan

    Comments are closed.