Selepas Maszlee, Teoh Nie Ching juga perlu letak jawatan

F52FDF29 BE38 45F7 9B8B DE2FBBA59768 - Selepas Maszlee, Teoh Nie Ching juga perlu letak jawatan
TIDAK adil buat Maszlee Malik sahaja yg perlu memikul segala tanggungjawab di atas kegagalan Kementerian Pendidikan, sedang timbalannya Teoh Nie Ching blh lps laku.

Peletakkan jawatan Teoh Nie Ching akan membuktikan bahawa parti DAP yg diwakilinya betul-betul mementingkan integriti.

Sebelum ini saya telah tulis bahawa Maszlee akan kena kerat satu hari nanti dan akhirnya beliau dinasihatkan meletakkan jawatan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau meletakkan jawatan selepas pemimpin DAP Lim Kit Siang menyerangnya berhubung isu soalan peperiksan di UniMAP yg berkaitan dgn pendakwah bebas Zakir Naik.

Maszlee memulakan kerjaya sbg Menteri Pendidikan dgn membuat kenyataan yg menimbulkan kemarahan rakyat apabila dan dipersenda kerana menukar kasut sekolah drpada putih kepada hitam bermula thn ini.

Kerana naifnya beliau dgn politik dan pengurusan kementerian menyebabkan Maszlee menjadi punca kemarahan masyarakat dan turut menjadi bahan persendaan pihak pembangkang.

Selepas itu satu demi satu isu timbul termasuk terbaharu beliau memasang papan tanda yg mempunyai gambar sendiri dan gagal menangani isu soalan peperiksaan di UniMAP.

Penasihat media kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin menyelar beliau kerana tindakan memasang papan tanda itu sbg gagal menghayati tugas sebenar kerajaan.

Kadir berkata kerajaan adalah soal program dan rakyat, dan bukannya tentang memuja pemimpin.

Persoalannya apakah semua kesalahan itu harus diletakkan sepenuhnya di bahu Maszlee semata-mata, bagaimana pula dgn peranan Timbalan Menteri dan Ketua Pengarah Pendidikan.

Oleh itu Teoh Nie Ching juga perlu bertanggungjawab kerana menjadi punca buku berunsur komunis yg diedarkan di sekolah-sekolah serta membuat kenyataan sekolah menengah Tamil akan ditambah sedangkan sekolah vernakular sedang dicabar di mahkamah.

Loading...

Tags: #Ching #Jawatan #Juga #Letak #Maszlee #Perlu #Selepas #Teoh

author
Author: 
    3 Artis Terkenal Ini Siap Jadi Donor Mata Saat Meninggal, No 3 Sudah Daftar Sejak SD!
    slidegossip.com – Kehidupan artis tak melulu bersinggungan dgn dunia gemerlap dan kemewahan. Buktinya,
    (Video) Ibu biadap, paksa ustazah anaknya merangkak keliling kelas!
    Tular sebuah video menyaksikan seorang Ustazah dipaksa merangkak keliling kelas sambil diperhatikan oleh
    Saman ibu paksa ustazah merangkak keliling kelas!
    Ini biadab. Sangat! Seorang ibu dipercayai ke sekolah anaknya dan memaksa ustazah merangkak
    Arti Kata Gaul Titit Meong
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Titit Meong, baik itu di

    Comments are closed.