Selepas Dikecam Kerana Kutuk Bomba Tak Pandai Buat Kerja, Chuah Chun Howe Akhirnya Minta Maaf.

“Saya amat kesal dgn percakapan melulu semalam mengenai ahli bomba malaysia. Saya telah mengambil tanggungjawab utk memohon maaf kepada pihak bomba Jalan Perak Penang dan telah mendapat ampunan drpada Tuan Ismail.

Saya berjanji tidak akan bercakap yg tidak baik lagi mengenai anggota beruniform Malaysia. Tuan Ismail sendiri menjelaskan byk perkara mengenai kes ini dan juga kes kes lain, serta apa yg perlu dilalui oleh anggota bomba.

Saya harap semua orang tidak akan buat comment negative terhadap ahli beruniform mcm saya, jika tidak tahu apa yg dilalui oleh mereka. Sekali lagi saya ikhlas memohon maaf kepada semua warga beruniform di seluruh Malaysia.

Buat sementara waktu account saya telah di suspended-kan disebabkan oleh reports yg di terima. Saya tidak bekerja di Exabytes sejak 5 thn lalu,” itulah kenyataan maaf Chuah Chun Howe kepada pihak bomba selepas komen negatifnya terhadap badan beruniform itu menjadi tular di sosial media sejak semalam.

Chuah pd awalnya dilihat mempertikaikan pihak bomba yg gagal menyelamatkan mangsa kemalangan, Moey Yun Peng, 20 thn yg terbabas jatuh ke laut dlm satu nahas kemalangan pd pagi isnin.

Chuan4 1 - Selepas Dikecam Kerana Kutuk Bomba Tak Pandai Buat Kerja, Chuah Chun Howe Akhirnya Minta Maaf.

“Pasukan penyelamat bomba teruk, dah dekat mcm tu pun tak blh nak keluarkan lagi, semua tidur dan mkn sahaja,” katanya dlm kenyataan itu.

Komen itu kemudiannya ditangkaplayar dan disebarkan secara berleluasa.

Chuan3 - Selepas Dikecam Kerana Kutuk Bomba Tak Pandai Buat Kerja, Chuah Chun Howe Akhirnya Minta Maaf.

Chuah kemudiannya dikecam bertubi-tubi oleh warganet yg tak berpuas hati dgn tindakan Chuah mengecam anggota bomba yg sedang bergadai nyawa bg menyelamatkan mangsa.

darshan - Selepas Dikecam Kerana Kutuk Bomba Tak Pandai Buat Kerja, Chuah Chun Howe Akhirnya Minta Maaf.


“Saya kira Encik Chuah tidak biasa menyelam. Kedalaman 15 meter bukan cetek. Tambahan pula bukan menyelam utk riadah tetapi operasi menyelamat. Bergadai nyawa. Kurang ajar bila berkata Skuad Bomba mkn dan tidur sahaja,” kata seorang warganet yg dikenali sbg LovelyDarshan.

Menyedari dirinya telah terlanjur kerana mengeluarkan komen yg tidak sepatutnya, Chuah lantas berjumpa dgn pihak bomba dan membuat permohonan maaf secara berdepan.

Chuah2 - Selepas Dikecam Kerana Kutuk Bomba Tak Pandai Buat Kerja, Chuah Chun Howe Akhirnya Minta Maaf.

Diharapkan perkara ini menjadi iktibar kepada semua pihak. Sekurang-kurangnya janganlah mengecam pasukan bomba dan penyelamat berkaitan skop kerja mereka, seolah-olah anda yg lebih berkepakaran dan berkemahiran dlm menyelamatkan mangsa sedangkan pengalaman menyelamatkan kucing pun tak pernah ada. Hihi. – 22 Januari 2019.

Loading...

Tags: #Akhirnya #Bomba #Buat #Chuah #Chun #Dikecam #Howe #kerana #Kerja #Kutuk #Maaf #Minta #Pandai #Selepas

author
Author: 
    Jawapan Kepada Puan Asiah Jalil Berkaitan Hadis Nabi Di Gua Hira’.
    Oleh : Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith [Jawapan Kepada Puan Asiah Jalil Berkaitan
    Azhan Rani Kongsi Siapa Sebenarnya Pelacur RM30 Yg Buat Penonton Geram
    Sesiapa yg menonton siri tv Nur 2 pastinya merasa geram dgn perangai Ustaz
    GENIUS : Bahasa Melayu Atau Tidak?
    Oleh : KU SYAFIQ GENIUS : BAHASA MELAYU ATAU TIDAK? Kritikan terhadap pertukaran
    Penjualan Android Box Tidak Sah Diharamkan, Ini Apa Yg Anda Perlu Tahu.
    Nampaknya kerajaan telah mengenakan peraturan baru bg mengawal akses kepada kandungan Android Box

    Leave a reply "Selepas Dikecam Kerana Kutuk Bomba Tak Pandai Buat Kerja, Chuah Chun Howe Akhirnya Minta Maaf."