Selepas Ajak Dan Shahrol Shiro Jadi Juara MLM 2018, Mereka Umumkan Sesuatu Yg Tidak Dijangka.

Shiro 1 - Selepas Ajak Dan Shahrol Shiro Jadi Juara MLM 2018, Mereka Umumkan Sesuatu Yg Tidak Dijangka.

KUMPULAN Shiro yg dianggotai dua tunggak utamanya, Ajak dan Shahrol membuat kejutan apabila mengumumkan akan meninggalkan karier sbg penyampai radio ketika sidang media sejurus selesai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) pd malam Jumaat.

Ajak yg merupakan deejay stesen radio Hot FM memberitahu dia mengambil keputusan itu selepas merasakan sudah tiba masanya dia kembali memberi fokus kepada bidang lakonan dan komedi.

“Sepanjang tiga thn saya bergelar deejay, saya tidak berlakon dan menumpukan sepenuhnya dlm bidang radio.

ShahrolBDanBAjak - Selepas Ajak Dan Shahrol Shiro Jadi Juara MLM 2018, Mereka Umumkan Sesuatu Yg Tidak Dijangka.

Shahrol dan Ajak membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000.


“Bayangkan saya tidak pernah menghantar anak saya ke sekolah dlm tempoh tiga thn ini kerana perlu berada di konti radio pd awal pagi,” katanya kepada mStar Online.

Ajak yg ke udara menerusi segmen Geng Pagi Hot memaklumkan dia akan menamatkan kontraknya pd penghujung Februari ini.

Sementara itu, Shahrol turut memberitahu kontraknya bersama Suria FM selama enam bln sudah berakhir pd 11 Januari lalu dan ia tidak disambung.

Seperti Ajak, Shahrol juga memberitahu ingin kembali aktif dlm bidang komedi dan melihat kemenangan mereka sbg petanda baik utk tujuan itu.

Bocey - Selepas Ajak Dan Shahrol Shiro Jadi Juara MLM 2018, Mereka Umumkan Sesuatu Yg Tidak Dijangka.

Juara dua kali berturut-turut MLM Bocey mendapat tempat kedua.


Selain itu, Shahrol berkata, dia juga akan memberi fokus kepada syarikat produksinya yg ditubuhkan sejak beberapa thn lalu.

“Saya berlapang dada…Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah walaupun tidak lagi bergelar penyampai radio tetapi ada pula rezeki kami utk bergelar juara MLM 2018.

“Ini saya lihat sbg peluang utk saya dan Ajak kembali serius dlm bidang komedi yg sudah agak lama kami tinggalkan,” ujarnya yg ke udara menerusi segmen Team Suria Pagi.

Mengulas kemenangan mereka, Ajak berkata, usaha mereka sebanyak tujuh kali mencuba dlm pertandingan itu akhirnya berbaloi dan kemenangan ini memang dinanti-nantikan.

ZeroBX - Selepas Ajak Dan Shahrol Shiro Jadi Juara MLM 2018, Mereka Umumkan Sesuatu Yg Tidak Dijangka.

Trio adik-beradik berasal dr Sabah Zero mendapat tempat ketiga.


“Tujuh kali kami mencuba nasib dlm MLM…Alhamdulillah segala usaha selama ini akhirnya terbayar dan memang ini yg kami mahukan,” ujarnya.

Shiro membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi manakala Bocey yg dianggotai oleh Abam, Fad dan Achey bergelar naib juara sekaligus menerima hadiah wang tunai RM250,000.

Trio adik-beradik, Zero pula mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM150,000 berserta trofi. – mStar Online

Loading...

Tags: #2018 #Ajak #Dijangka. #JADI #Juara #Mereka #Selepas #Sesuatu #Shahrol #Shiro #tidak #Umumkan

author
Author: 
    Dek Perbincangan Inkues Adib, Ia Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media..
    GOSIP SOSMED | Sembang gosip netizens di sosial media sekarang ialah mengenai seorang
    Live Streaming Sepahtu Reunion Live 2019 Minggu 9
    Live Streaming Sepahtu Reunion Live 2019 Minggu 9.  Malam ni seperti biasa akan
    Drama Encik Imam Ekspress Episod 9 – Episod 12
    Drama Encik Imam Ekspress Episod 9 – Episod 12 : Drama terbaru yg akan

    Leave a reply "Selepas Ajak Dan Shahrol Shiro Jadi Juara MLM 2018, Mereka Umumkan Sesuatu Yg Tidak Dijangka."