Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba.

Loading...

tauhu 9 1 - Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba.

Tauhu sumber protien yg murah dan sedap, utk itu apa kata korang pelbagaikan menu sumber protein ini sbg hidangan sihat utk keluarga. Selain, murah, cara memasaknya juga ringkas dan senang. Malah rasanya juga  tidak pernah mengecewakan. Anda yg ingin mencuba, ini ada 10 resipi menu berasaskan tauhu yg blh  korang semua cuba.

tauhu 5 - Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba.

TAUHU CENDAWAN KUKUS SOS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tauhu | hancurkan
  • 1 tiup tauhu Jepun | hancurkan
  • 1 biji telur | pecah dan kacau rata
  • 4 biji cendawan Shitake | cincang halus
  • 1/2 biji bawang Holland | cincang halus
  • 1/2 biji cili Benggala | cincang halus
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam halus secukup rasa

BAHAN SOS:

  • 4 sudu mkn sos cili Thai
  • 1 su mkn madu
  • 1 sudu mkn perahan jus lemon
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 ulas baudwang putih | cincang halus
  • Sedikit cili Benggala | dadu halus
  • Sedikit minyak masak

 CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan di dlm mangkuk besar, gaul rata dan pastikan ia secukup rasa.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Sementara itu, sudukan bahan adunan tauhu dlm acuan kuih lompang.
  4. Kemudian, susun dlm pengukus dan kukus sehingga masak lebih kurang 10-15 minit.
  5. Sementara itu, panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih, kemudian masukkan cili Benggala.
  6. Setelah layu masukkan sos cili Thai, madu dan jus lemon.
  7. Seterusnya perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Tutup api.
  8. Keluarkan tauhu kukus dan susun dlm pinggan.
  9. Tuangkan sos di atas tauhu dan sedia dihidangkan.

tauhu7 - Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba.

TAUHU GORENG MENTEGA RANGGUP

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu biasa | potong dadu
  • 1 cawan serbuk roti
  • 3 sudu mkn tepung jagung
  • 6 ulas bawang putih | cincang halus
  • 5 biji cili padi | hiris halus
  • 1 pokok daun bawang | hiris 2cm
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu mkn mentega
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tauhu yg telah dipotong dadu digaulkan dgn tepung jagung dan sedikit garam. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak, goreng tauhu sehingga garing angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali lain, panaskan mentega bersama 1 sudu mkn minyak masak.
  4. Tumiskan bawang putih dan cili padi sehingga wangi.
  5. Masukkan serbuk roti, tumis sehingga kekuningan.
  6. Tambahkan di dlmnya hirisan daun bawang dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  7. Setelag garing tutup , masukkan tauhu dan gaul rata.
  8. Sedia dihidangkan panas-panas.

tauhu6 - Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba.

TAUHU TELUR BERSAMA CENDAWAN SHITAKE TUMIS SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 tiup tauhu Telur | hiris bulat dan gaulkan dgn sedikit tepung gandum
  • 3 biji cendawan shitake | hiris
  • Sedikit hirisan batang seleri
  • 1/2 biji cili Benggala Merah | hiris
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 2 sudu mkn minyak masak | untuk menumis
  • Minyak Masak secukupnya utk menggoreng tauhu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, kemudian goreng tauhu sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang besar dan  putih sehingga wangi.
  3. Masukkan cendawan, kacau seketika tambahkan dgn hirisan cili Benggala dan batang Seleri. Kacau rata.
  4. Setelah layu masukkan hirisan tauhu yg telah digoreng, sos tiram, serbuk lada sulah dan pati ayam.
  5. Gaul rata dan tutup api dan sedia dihidangkan.

tauhu - Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba.

TAUHU KUKUS SAMBAL DAGING KISAR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 pek tauhu Jepun
  • 150gm daging kisar
  • 2 ulas bawang merah | cincang halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu mkn pes cili kering
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit hirisan halus cili Benggala
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu mkn minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus, kemudian kukus tauhu Jepun lebih kurang 5-7 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan pes cili, hirisan daun limau purut dan cili benggala, kacau sehingga pecah minyak,
  4. Seterusnya masukkan daging kisar, kacau rata sehingga daging bertukar warna dan  air daging kering.
  5. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah siap, tuangkan sambal daging ini di atas tauhu yg telah dikukus tadi.
  7. Tauhu sedia dihidangkan.

tauhu4 - Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba.

TAUHU TUMIS TAUCHU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tauhu | potong dadu dan goreng
  • 1/2 batang timun Jepun | potong dadu
  • 1/2 batang lobak merah | potong dadu
  • Sedikit  biji gajus | goreng
  • Sedikit  udang kering
  • 5 biji cili kecil merah | belah hujung
  • 5 biji bawang merah | belah dua
  • 4 ulas bawang putih  | belah dua
  • 2cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 2 sudu mkn tauchu
  • 1 sudu mkn pes cili kering
  • 1 sudu mkn cuka
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu mkn minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili pdi sehingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan tauchu dan cuka.
  3. Setelah pecah, masukkan hirisan lobak merah dan timun.
  4. Kacau sehingga layu, masukkan tauhu goreng dan gajus.
  5. Perasakan dgn sedikit gula.
  6. Kacau rata dan tutup api.
  7. Tauhu sedia dihidangkan.

 tahu3 - Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba.

TAUHU UDANG BERLADO

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tauhu | potong dadu
  • 200gm udang | buang kulit dan kepala dan belah belakang
  • 2 sudu mkn pes cili kering
  • 3 biji cili merah | kisar kasar
  • 1/2 biji bawang besar | potong dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu mkn air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng tauhu sehingga garing. Angkat dan tos.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit utk menumis.
  3. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi.
  4. Seterusnya masukkan pes cili dan cili merah kisar. Kacau rata.
  5. Setelah pecah minyak, masukkan udang, kacau sehingga udang bertukar warna kemerahan.
  6. Masukkan air asam Jawa dan tauhu. Kacau lagi.
  7. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  8. Setelah cukup rasa dan masak.
  9. Tauhu sedia dihidangkan.

 Untitled design 29 - Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba.

TOMYAM TAUHU POK BERSAMA UDANG

BAHAN-BAHAN

  • 6 biji tauhu pok  | belah empat
  • 5 ekor udang | saiz sederhana
  • 1/2  batang  Seleri | hiris serong
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 5 biji cili padi | titik
  • 2 batang serai | titik
  • 1/2 biji bawang Holland | hiris
  • 2 sudu mkn pes tomyam
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dlm periuk bersama pes tomyam, cili padi, hirisan bawang, serai titik.
  2. Kacau rata dan masak atas api sehingga mereneh.
  3. Masukkan udang dan tauhu pok di dlmnya, kacau rata.
  4. Setelah mereneh, perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api,masukkan hiris batang seleri dan tomato.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

tauhu8 - Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba.

JEJARI TAUHU BERDAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu | hancurkan
  • 1 keping tauhu Jepun  | hancurkan
  • 1biji telur
  • 2 sudu mkn tepung jagung
  • 150gm daging kisar
  • 1/2 hirisan daun bawang
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng

BAHAN SOS MASTARD

  • 2 sudu mkn sos mustard
  • 1 sudu mkn mayones
  • 1 sudu mkn jus lemon
  • 1 sudu mkn madu
  • 2 biji cili padi | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan utk Jejari Tauhu. Gaul rata.
  2. Masukkan dlm loyang yg beralas plastik dan kukus sehingga masak lebih kurang 10-15 minit.
  3. Setelah sejuk, potongkan bentuk jejari.
  4. Gaulkan dlm tepung gandum yg telah dicampurkan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak dlm kuali, kemudian goreng Jejari Tauhu sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  6. Untuk menyediakan sos campurkan semua bahan dan kacau rata.
  7. Hidangkan Jejari Tauhu bersama Sos Mustard.

tauhu 10 - Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba.

NAGGUT AYAM SOS LEMON

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu
  • 1 tiup tauhu Jepun
  • 1 cawan isi ayam | carik halus
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu mkn serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng

BAHAN SOS LEMON

  • 1 sudu mkn pati oren Sunquick
  • 1 biji lemon | ambil jus sahaja
  • 1 sudu mkn tepung jagung | bancuh dgn 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • 1 sudu teh mentega

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan utk naggut. Gaul rata.
  2. Masukkan dlm loyang yg beralas plastik dan kukus sehingga masak lebih kurang 10-15 minit.
  3. Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dlm tepung yg dicampurkan dgn sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak dlm kuali, kemudian naggut sehingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  5. Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih sehingga wangi.
  6. Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
  7. Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
  8. Kacau rata sehingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
  9. Setelah siap hidangkan nuggat dgn sos lemon.

tauhu 9 1 - Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba.

ROLADE TAUHU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tauhu | kukus dan hancurkan
  • 150gm isi ayam kisar
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar | cincang halus
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu mkn mentega

BAHAN TELUR DADAR:

  • 2 biji telur
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak atas api sederhana, tumis bawang besar dan putih sehingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata.
  3. Seterunya masukkan pula tauhu yg telah dihancurkan.
  4. Perasakan dgn garam dan lada sulah secukup rasa, Angkat dan ketepikan.
  5. Untuk menyediakan telur dadar, pecahkan telur dlm mangkuk, tambah sedikit garam dan kacau rata.
  6. Panaskan kuali leper saiz sederhana yg tidak melekat.
  7. Tuangkan bancuhan telur, dan layangkan bancuhan telur agar memenuhi bulatan kuali, tutup api apabila permukaan telur kering.
  8. Pindangkan telur atas papan pencanai, lapiskan di atasnya dgn campuran tauhu dan isi ayam tadi.
  9. Perlahan-lahan gulungkannya dgn kemas.
  10. Balut gulungan atau rolade dgn aluminium foil.
  11. Apabila sedia digunakan buka bungkusan dan potong bentuk bulat dan Rolade sedia dihidangkan dgn pelbagai cita rasa  yg anda suka.
Loading...

Tags: #Cuba #GORENG #Korang #Resipi #Sambal #Sedap #Selain #TAUHU

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Selain Goreng & Sambal, Ini 10 Resipi Tauhu Yg Sedap Korang Blh Cuba."