Sekolah pertama guna mesin imbas wajah utk kehadiran

6FAD8D27 22D9 4098 BD76 25EF834CC3F7 - Sekolah pertama guna mesin imbas wajah utk kehadiran

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat di Alor Setar, menjadi sekolah pertama di Kedah menggunakan mesin pengimbas wajah bg merekodkan kedatangan pelajar dan guru.

Pengetuanya, Nur’asikin Othman berkata, mesin pengimbas wajah yg dilancarkan pd 27 Ogos lalu, bagaimanapun terhad kepada 100 pengguna sahaja.

Ini kerana, katanya, mesin terbabit adalah alternatif yg diambil bg mengatasi masalah pelajar dan guru yg tidak dpt menggunakan mesin pengimbas jari yg digunakan sebelum ini.

“Ada sesetengah pelajar dan guru yg mempunyai masalah cap jari mereka tidak dpt dibaca oleh mesin berkenaan.

“Jadi mesin pengimbas wajah ini lebih efektif kerana pengguna hanya perlu berdiri di hadapan mesin berkenaan utk diimbas wajah,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan, hari ini.

Nur’asikin berkata, sehingga kini ada lima mesin pengimbas dipasang di sekolah berkenaan, iaitu empat mesin pengimbas jari sekitar perkarangan bangunan sekolah, manakala satu mesin pengimbas wajah di pejabat.

Beliau berkata, kedua-dua mesin itu sangat membantu mengurangkan masalah disiplin dlm kalangan pelajar berikutan pihaknya mewajibkan pelajar bermasalah di sekolah menggunakan mesin pengimbas wajah utk merekodkan kehadiran mereka.

“Jika sebelum ini mereka ambil ringan apabila kita merekodkan kedatangan melalui imbasan cap jari tetapi dgn sistem imbasan wajah ini, mereka akan rasa undang-undang sekolah lebih ketat kerana wajah mereka diimbas di mesin terbabit.

“Ini bermakna sebarang kesalahan yg mereka lakukan, guru dpt mengenal pasti identiti mereka dgn lebih mudah.

“Apatah lagi mesin ini dihubungkan dgn aplikasi Pepatih MySekolah yg mana segala rekod kedatangan dan masalah disiplin pelajar disimpan dlm aplikasi berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nur’asikin berkata, sejak sekolahnya mengambil inisiatif berkenaan, masalah pelajar pulang awal sebelum tamat sesi persekolahan dpt dicegah.

Katanya, peratus pelajar ponteng kelas juga sudah berkurangan, ini kerana semua guru blh membuat laporan ke dlm aplikasi ini sekiranya ada pelajar yg ponteng ketika kelasnya berlangsung.

“Laporan itu pula akan diterima oleh saya dan juga guru disiplin dgn lebih cepat dan mudah,” katanya.

Sementara itu, pelajar Tingkatan Enam, Siti Mahfuzah Hamdan, 18, berkata, dia bangga dgn inisiatif yg diambil sekolah dan ia patut dicontohi oleh sekolah lain.

Katanya, sebelum ini jarinya gagal diimbas mesin cap jari, namun dgn mesin baharu itu, ia dpt merekodkan kehadiran guru dan pelajar lain yg mempunyai masalah yg sama.

Loading...

Tags: #Guna #Imbas #kehadiran #Mesin #Pertama #Sekolah #Wajah

author
Author: 
    Sudah Izin ke Malaikat, Paranormal Ini Sampaikan Pesan Ashraf Sinclair Buat BCL dr Akhirat!
    slidegossip.com – Kabar meninggalnya Ashraf Sinclair masih menjadi perbincangan byk orang. Baru-baru ini,
    Usai Ashraf Meninggal, Indigo Ini Ramal Ada 3 Pria yg Dekati BCL! Salah Satunya Ariel?
    slidegossip.com – Setelah lebih dr seminggu Ashraf Sinclair meninggal dunia, duka masih dirasakan
    Jawab Kabar Pindah Agama, Manohara: Saya Sudah Kristen Selama Bertahun-Tahun!
    slidegossip.com – Artis cantik Manohara Odelia Pinot yg awalnya memeluk Islam, dikabarkan sudah
    Meninggal Tragis, Arwah 6 Artis Ini Dipercaya Jadi Hantu Gentayangan? No 4 Minta Dicium!
    slidegossip.com – Nasib seorang artis tak selalu baik seperti yg dibayangkan orang. Beberapa

    Comments are closed.