Sekolah bukan “tempat ajaib” utk selesai semua perkara – NUTP

84691B37 C3CF 4B88 9AAE 3B2FE63B22BD - Sekolah bukan “tempat ajaib” utk selesai semua perkara - NUTP
Imej hiasan via FB SK Bota Kiri Excellent

Sekolah bukanlah “tempat ajaib” yg mampu menyelesaikan semua masalah, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya Aminuddin Awang berkata demikian ketika mengulas cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) agar subjek mengenali agama lain diperkenalkan di sekolah dan universiti.

Ia bg meningkatkan kefahaman dan keharmonian penganut pelbagai agama di Malaysia.

“Elakkan semua pihak jadikan sekolah sbg tempat ajaib bg menyelesaikan semua masalah.

“Iaitu dgn cuba memperkenalkan mata pelajaran baru setiap kali ada isu yg timbul,” kata Aminuddin ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

NUTP sebaliknya setuju dgn kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa kegiatan melibatkan penghayatan terhadap budaya, kaum dan agama di sekolah dan universiti blh meningkatkan keharmonian.

“Apa yg lebih penting, wujudkan lebih byk ruang utk semua murid lebih mengenali budaya kaum lain.

“Aktiviti kokurikulum sekolah blh menjadi medium terbaik bg mewujudkan perpaduan dan seterusnya perasaan hormat menghormati,” katanya lagi, sambil menggesa kegiatan kokurikulum diperkasakan utk tujuan itu.

Selain kegiatan seperti kokurikulum dan program antara sekolah berbeza aliran, Maszlee juga berkata beberapa subjek sedia ada memang menerapkan tentang agama dan budaya berbeza.


Loading...

Tags: #ajaib” #Bukan #NUTP #Perkara #Sekolah #SELESAI #Semua #Tempat

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.