Sejarah Disyariatkan Ibadah Korban / Qurban

Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dr hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pd kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dgn dua hari yg lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat al-Nasaai, di dlm Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

raya haji , ibadah korban , ibadah qurban

Aidiladha juga diberi gelaran sbg hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dr amal ibadah yg termasuk di dlm rukun Islam yg lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sbg hari raya qurban (bukan korban yer..qurban makna lain, korban lain jadi qurban lebih sesuai iaitu mendekatkan diri kepada Allah) kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah qurban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yg sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dgn seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sbgmana firman ALLAH S.W.T:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yg membolehkan dia) berusaha bersama-sama dgnnya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dlm mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yg diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yg sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dgn meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dgn kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).

Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yg engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yg berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yg nyata dan KAMI tebus anaknya itu dgn seekor binatang sembelihan yg besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yg harum) di kalangan orang-orang yg datang terkemudian.” – Surah al-Soffaat: 101-108.
Rentetan dr peristiwa ini, saban thn ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yg kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yg sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.
Loading...

Tags: #Disyariatkan #Ibadah #Korban #Qurban #Sejarah

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Sejarah Disyariatkan Ibadah Korban / Qurban"