Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan | Asal-Usul Puasa Bulan Ramadhan

Loading...

Jadwal Puasa Ramadhan 2011 1 - Sejarah Bermulanya Puasa Bulan Ramadhan | Asal-Usul Puasa Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog yg dirahmati Allah sekalian.  Saya pasti ramai diantara tidak mengetahui sejarah permulaan disyariatkan puasa ramadhan. atau dlm erti kata mudah bilakah umat islam mula diwajibkan berpuasa ..

Ibadah Sawm atau berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu drpada rukun Islam yg lima. Memahami dan mengetahui tentang sejarah Tasyri’ ibadah tersebut akan membolehkan kita sampai kepada maksud supaya setiap amal ibadah dilakukan dlm keadaan kita faham dan tahu matlamatnya.

Ibadah puasa Ramadhan telah disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syaaban thn kedua Hijrah dgn terwahyunya firman Allah di dlm surah al-Baqarah ayat ke-183 dan 184:

“Wahai orang-orang yg beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sbgmana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa. Iaitulah pd hari-hari yg ditetapkan. Barangsiapa dr kalangan kamu yg sakit atau bermusafir, maka gantilah puasa yg kamu tinggalkan itu pd hari-hari yg lain (di luar bulan Ramadhan). Dan wajiblah ke atas mereka yg tidak berdaya utk berpuasa itu membayar fidyah iaitu memberi mkn kepada seorang miskin. Maka barangsiapa yg melakukan kebaikan itu secara sukarela maka ia adalah suatu kebaikan bagi dirinya. Sesungguhnya berpuasa itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”

Sebelum turunnya ayat ini, umat Islam berpuasa wajib pd 10 Muharram atau yg dikenali sbg hari ‘Aasyura’. Apabila Nabi SAW tiba di Madinah semasa peristiwa Hijrah, Baginda mendapati orang-orang Yahudi di situ berpuasa pd 10 Muharram.

Lalu Baginda SAW bertanya tentang sebab musabab mereka berpuasa pd hari berkenaan. Orang-orang Yahudi itu menyatakan bahawa, pd hari tersebut, Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Musa Alayhissalaam dan kaumnya drpada serangan Firaun. Oleh yg demikian, Nabi Musa Alaihissalaam telah berpuasa pd 10 Muharram sbg tanda syukur kepada Allah!

Nabi Muhammad SAW mengulas keterangan mereka itu dgn menyatakan bahawa, “sesungguhnya kami (umat Islam) adalah lebih berhak ke atas Nabi Musa berbanding kamu”.

Lalu Baginda SAW berpuasa pd 10 Muharram dan memerintahkan seluruh umat Islam supaya berpuasa sama.Hal ini diperjelaskan oleh riwayat drpada Aishah Radhiyallahu ‘anha yg terdapat di dlm Sahih al-Bukhari dan Muslim

Selepas turunnya ayat 183 dan 184 Surah al-Baqarah itu, puasa 10 Muharram atau puasa Asyura berkenaan bertukar status menjadi sunnah yg digalakkan.

Menurut riwayat oleh al-Bukhari dan Muslim di dlm Sahih mereka (dengan lafaz oleh Muslim) drpada Salamah bin al-Akwa’, apabila turunnya ayat




“Dan wajiblah ke atas mereka yg tidak berdaya utk berpuasa itu membayar fidyah iaitu memberi mkn kepada seorang miskin”,

umat Islam diberi pilihan sama ada utk melaksanakan ibadah puasa Ramadhan berkenaan atau membayar fidyah.Hal ini berterusan sehinggalah turunnya ayat nasakh di dlm Surah al-Baqarah ayat 185,yang bermaksud

 “maka barangsiapa dr kalangan kamu yg menyaksikan anak bulan (Ramadhan) itu, maka hendaklah ia berpuasa”.

Turunnya ayat ini  bagi mengiyakan lagi Rukhsah bagi orang-orang yg sakit dan bermusafir utk berbuka dan menggantikan puasa tersebut demi mencegah bebanan, dan sbg kemudahan yg diberikan oleh Allah SWT sbgmana yg disebut di dlm firmanNya Surah al-Baqarah ayat 185:

“Allah sentiasa menghendaki bagi kamu kemudahan dan Allah tidak menghendaki bagi kamu kesusahan”

Akan tetapi pendapat yg seperti ini disanggah oleh Ibnu Abbas dan mereka yg memilihnya. Menurut Ibnu Abbas, nasakh tidak berlaku kepada ayat ini, bahkan kedua-duanya adalah muhkam. Ayat “Dan wajiblah ke atas mereka yg tidak berdaya utk berpuasa itu membayar fidyah iaitu memberi mkn kepada seorang miskin” itu diturunkan berkenaan orang-orang tua yg tidak mempunyai keupayaan utk berpuasa. Oleh yg demikian, hendaklah mereka itu berbuka dan menggantikan hari-hari tersebut, bagi setiap satunya, pemberian mkn kepada seorang miskin.. Riwayat ini terdapat di dlm Sahih al-Bukhari.

Berdasarkan pendapat Ibnu Abbas ini, ia menjelaskan kepada kita bahawa kedua-dua bahagian ayat puasa Ramadhan ini telah diturunkan serentak dan bukannya secara berasingan.

Di peringkat awal ibadah puasa ini difardhukan, umat Islam dibenarkan mkn, minum dan menyetubuhi isteri selepas berbuka, sehinggalah mereka menunaikan solat Isya’ atau tidur. Apabila mereka menunaikan solat Isya’ atau tidur, maka tidaklah lagi mereka dibenarkan mkn, minum atau menyetubuhi isteri sehinggalah waktu berbuka. Hal ini telah menimbulkan kesulitan yg amat berat kepada umat Islam, bahkan ramai yg telah terjebak kepada larangan tersebut.

Al-Imam Ahmad di dlm Musnad beliau, membawa riwayat drpada Muadz bin Jabal di dlm suatu Hadith yg panjang berkenaan hal solat dan zakat telah menyebut: Pd masa itu, mereka mkn, minum dan menyetubuhi isteri masing-masing selagi mana mereka tidak tidur. Apabila mereka tidur, maka mereka ditegah drpadanya.

Ketika itu, terdapat seorang lelaki Ansar bernama Ibnu Qays atau lebih dikenali sbg Shirmah (ﺔﻣﺭﺼ). Beliau bekerja sehingga petang dan kemudiannya beliau telah kembali kepada keluarganya dan bersolat Isya’ dan terus tidur dlm keadaan tidak mkn dan minum sehinggalah menjelang subuh. Keesokan harinya Baginda SAW melihat beliau di dlm keadaan yg amat perit.

Begitu juga suatu peristiwa yg berlaku kepada Umar al-Khattab Radhiyallahu ‘anhu. Beliau telah menyetubuhi isterinya selepas tidur dan hal ini mendatangkan sesalan yg amat besar kepada Umar lantas beliau pergi bertemu Rasulullah SAW di dlm keadaan menangis.

Ekoran drpada hal ini, Allah SWT telah menurunkan ayat yg seterusnya iaitu di dlm Surah al-Baqarah ayat 187:

Dihalalkan bagi kamu pd malam bulan puasa itu utk kamu menyetubuhi isteri-isteri kamu. Mereka adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula adalah seumpama pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yg telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan carilah apa-apa yg telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan mkn serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dr benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beri’tikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa”.

Dengan turunnya ayat ini, ibadah puasa Ramadhan mencapai sifatnya yg muktamad seperti yg ada sekarang. Keterangan ini adalah berasaskan kepada riwayat Abu Dawood, al-Hakim dan lain-lain.

Sesungguhnya Allah SWT memfardhukan ibadah puasa secara berperingkat seperti itu dgn hikmah yg besar. Pendekatan yg sama blh dipertimbangkan di dlm proses pendidikan tentang ibadah puasa khususnya kepada saudara yg baru memeluk Islam.

Begitu juga kepada anak-anak kecil, ibu bapa hendaklah menggalakkan ibadah puasa secara berperingkat melalui kaedah-kaedah yg banyak. Namun bagi yg telah mencecah umur taklif, janganlah sekali-kali ibadah puasa ini diabaikan.

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, Rasulullah SAW telah bersabda (Allah SWT bersabda :

Setiap amalan anak Adam itu adalah utknya kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah utk-Ku dan Akulah yg memberikan balasan secara khusus utknya. Puasa itu adalah perisai. Apabila ada di kalangan kamu yg berpuasa, maka janganlah berkata-kata yg keji dan janganlah kamu mudah menjadi berang. Jika kamu dicela oleh seseorang atau diajak bergaduh, maka katakanlah: sesungguhnya aku berpuasa. Demi (Tuhan) yg jiwa Muhammad itu di tanganNya, sesungguhnya bau mulut orang yg berpuasa itu adalah lebih elok di sisi Allah drpada bau kasturi. Bagi orang-orang yg berpuasa itu dua kegembiraan. Apabila beliau berbuka, maka beliau bergembira dgn berbukanya itu. Dan apabila beliau bertemu dgn Tuhannya, maka beliau gembira dgn puasanya). Muttafaq ‘alayh dgn lafaz oleh al-Bukhari.

Semoga Ramadhan thn ini ditempuh oleh kita semua di dlm keadaan yg ada peningkatan ke arah kesempurnaan. Selamat menyambut Bulan Ramadhan dgn penuh kesempurnaan iman dan muhasabah.

Loading...

Tags: #AsalUsul #Bermulanya #Bulan #Puasa #Ramadhan #Sejarah

author
Author: 
    Pengambilan Guru Interim SK & SJKC Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Thn 2020
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yg berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam utk
    Singgung Soal Pamer, Maia Estianty dan Sandra Dewi Tertawa Lps! Sindir Syahrini?
    slidegossip.com – Maia Estianty dikenal sbg artis yg sering melontarkan kata-kata bijak. Baru-baru
    Jokowi Kunjungi Lokasi Kebakaran Hutan di Riau, Ernest Prakasa: Awww Basi Banget!
    slidegossip.com – Presiden Joko Widodo (Jokowi) akhirnya menyempatkan diri utk mengunjungi lokasi kebakaran
    Craving Masakan Melayu Asli? Datang Je Restoran Sisik Ikan Bakar Klang
    Assalamualaikum & hi kawan-kawan.. Last week BBL pergi satu kedai masakan Melayu Asli

    Comments are closed.