Sejarah Bagaimana Unification Church Bertapak Di Malaysia..

Loading...

Oleh : Firdaus Wong Wai Hung

PENDEDAHAN! : Bagaimana Agama Baru Itu Tiba Di Malaysia? [Siri 2]

Gerakkan Unification Church di Malaysia bukanlah sesuatu yg baru. Mereka sudah tiba seawal thn 1996 lagi oleh seorang misionari antarabangsa yg berwarganegara Korea Selatan merupakan seorang pengikut tegar Father Moon.

Beliau adalah Dr Yoo Chong Young lahir pd 12 Januari 1933 berasal dr bandar Jeongeup, di Kawasan selatan Korea Selatan. Beliau berkahwin dgn isterinya Kang Chong Cha juga merupakan warga Korea Selatan pd 1962 yg mana mereka merupakan pasangan terawal yg diberi keberkatan oleh Father dan Mother Moon. Dr Yoo salah seorang pengikut Unification Church yg terawal dan beliau menjadi pengikut Father Moon sejak 1950-an.[1]

Malaysia 1 - Sejarah Bagaimana Unification Church Bertapak Di Malaysia..


Dr Yoo mula datang ke Malaysia pd thn 1996 bersama isterinya. Agama Unification Chruch menggelarkan beliau sbg The National Messiah of Malaysia iaitu juru selamat antarabangsa yg menfokuskan kepada negara Malaysia. Misi beliau adalah jelas utk mengembangkan ideologi dan ajaran Unification Church ke Malaysia.

Program dan aktiviti yg dianjurkan oleh beliau ini bertahap, dgn membawa tema “Love”, “True Family”, “Peace” dan “Leadership”. Beliau sangat berhati-hati membawa pendekatan ajaran Unification Church sehinggalah beliau mula memasuki fasa mendapat sokongan dr ahli politik di Malaysia yg turut menyokong aktiviti yg dilakukan di atas nama keamanan dan kepimpinan.

Menurut Dr Yoo di dlm bukunya True Parents and World Peace, aktiviti terawal beliau di Malaysia adalah pd thn 1997 yg mereka mulakan dgn aktiviti Pure Love True Family.[2]

Aktiviti itu dilakukan di atas nama pertubuhan-pertubuhan di bawah agama Unification Church. Dr Yoo telah membawa pertubuhan-pertubuhan tersebut utk ditubuhkan di Malaysia. Antaranya beliau menapakkan gerakkan Unification Church di bawah nama Family Federation for World Peace and Unification Malaysia (FFWPU Malaysia) yg berada di Setapak, Kuala Lumpur. Beliau menjadi penasihat kanan kepada Unification Church di Malaysia. Selain itu, Dr Yoo juga membawa pertubuhan di bawah Unification Church yg lain turut bertapak di Malaysia, antaranya:

1) Gerakkan sayap wanita di dlm Unification Church iaitu Women’s Federation for World Peace Malaysia (WFWP) atau dikenali juga Global Women’s Peace Network (GWPN) Malaysia. Beliau juga sbg penasihat kepada pertubuhan tersebut. Pertubuhan ini berada di Petaling Jaya.

2) Universal Peace Federation of Malaysia (UPF) yg berada di Petaling Jaya. Pertubuhan ini sangat aktif dlm mempromosi atas nama keharmonian dan keamanan. Antara program terbaru mereka adalah Loving Couple Blessing Festival (diadakan di Penang) yg merupakan legasi Father Moon dan Mother Moon dlm memberi rahmat kepada pasangan yg berkahwin.

3) Global Peace Foundation-Malaysia yg juga berada di Petaling Jaya. Akan tetapi Gerakkan GPF ini diasaskan oleh anak Sun Myung Moon iaitu Dr Hyun Jin Moon (Bukan Hyung Jin Moon yg bongsu pengasas Sanctuary Church). Pertubuhan ini lebih kepada mempromosi isu kebersihan dan air bersih terutama kepada orang asal di pendalaman.

4) The Collegiate Association for the Research of Principles (WCARP Malaysia).

Secara umumnya empat pertubuhan di atas nama kebajikan dan keamanan yg berada di bawah Unification Church ini sangat aktif di Malaysia.

Seperti Women’s Federation for World Peace Malaysia (WFWP) dan Univerasl Peace Federation of Malaysia (UPF) ini adalah gerakkan yg paling aktif di Malaysia yg byk membuat program seperti “Leadership Conference” dgn menjemput ahli-ahli politik utk ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan dan juga Hawaii. Di dlm program itu mereka akan mempromosi tentang sejarah dan ajaran Father Moon dan Mother Moon yg dikenali sbg Heavenly Parent membawa keamanan kepada dunia.

Aktiviti-aktiviti itu blh dilihat di laman sesawang utama mereka seperti senarai di bawah:

1) http://familyfedihq.org/tag/malaysia/ (Family Federation for World Peace and Unification HQ)

a) Anjuran larian amal Peace Road bermula thn 2015, sehingga 2018.
b) Students for Peace Leadership Conference yg telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (30 April 2018), di Universiti Putra Malaysia (10 Mac 2018) dan di Universiti Sains Malaysia (6 Oktober 2018).
c) Program Pure Love di sekolah Menengah Taman Sri Rampai (25 May 2016) Dan byk lagi program yg melibatkan muslim dan bukan Islam.

2) http://www.upf.org/chapters/malaysia (Universal Peace Federation HQ)

a) Senarai program yg melibatkan pimpinan Malaysia yg menghadiri Leadership Conference di luar negara.
b) Program interfaith dikalangan pelbagai penganut agama di Malaysia. Dan byk lagi.

Kebanyakkan program yg mereka anjurkan ini tidak akan lps dgn ajaran unsur yg dibawa oleh agama Unification Church dan peserta akan disajikan dgn sejarah perjuangan dan ajaran Father Moon.

Jika dibuat carian di arkib akhbar di Malaysia, sebenarnya telah ada pendedahan tentang kedatangan Dr Yoo dan isterinya ke Malaysia. Di dlm Utusan Malaysia laporan bertarikh 2/11/1999 bertajuk ‘Kang Yoo Cintakan Keharmonian dan Perpaduan’.[3] Di mana laporan ini menyatakan “mereka suami isteri merasa seronok menetap di Malaysia sejak lebih tiga thn lalu utk terus memupuk semangat perpaduan dan persefahaman dgn penduduk setempat.”

Mengikut laporan: “Chong Cha Kang Yoo dan suaminya Dr. Yoo Chong Young begitu tertarik dgn gaya hidup rakyat Malaysia.”

Tidak hairanlah memandangkan beliau memiliki misi sbg The National Messiah of Malaysia di bawah Unification Church utk menyampaikan ajarannya ke Malaysia. Laporan itu menyebut lagi:

“Kang Yoo dan suaminya adalah Penasihat Kanan Persatuan Perdamaian Keluarga Se-Dunia (WFWP) yg beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. WFWP sebuah badan bukan kerajaan yg tidak berbau politik, agama atau mencari keuntungan bermatlamat utk memperkasakan unit-unit keluarga di negara-negara seluruh dunia bg melindungi mereka drpada menghadapi berbagai gejala sosial dlm kehidupan seharian.”

Mengatakan WFWP sebuah badan yg tidak berbau agama itu adalah suatu fakta yg tidak benar kerana mereka jelas mempromosi keagamaan di bawah agama Unification Church.

Selang beberapa bln selepas dr laporan ini, di Utusan Malaysia juga laporan pd 29/2/2000 bertajuk “Moon Malaysia Juga Menjadi Sasaran”. Di dlm laporan ini sudah cukup membuktikan kebimbangan tentang gerakkan agama baru ini yg telah mensasarkan Malaysia, disebut :

“Penulis menerima jemputan drpada WFWP atau Woman Federation for World Peace utk membuat liputan mengenai kebaikan konsep keluarga tulen yg menjadi asas kedamaian dan kebahagian hidup penduduk dunia sejagat di Washington DC selama tiga hari baru-baru ini.”

“Atas konsep keluarga bahagia itulah kami yg dijemput dr Malaysia bersedia mendengar dan mengikuti persidangan itu utk disebarluaskan pemikiran terbuka itu dan tidak sedikit pun mencurigai matlamat sebenar badan itu utk mempopularkan ajaran Unification Church yg dipelopori oleh Reverend Moon.”

“Gerakan amal melalui sayap wanita dan remaja atau Youth Movement mereka begitu teratur dan kemas dgn pembiayaan yg lumayan kerana Reverend Moon dan pengikut setianya sudah kaya raya dan rela berhabisan demi agama mereka.”

“Mereka menyarankan agar penyatuan pelbagai kepercayaan agama tentang keluarga tulen drpada anak-anak kepada ibu bapa dan seterusnya di akhirat memang cukup menarik utk direnungkan tetapi cukup kuat utk para muslimin menafikannya kerana jelas menyeleweng drpada akidah.”

Para pembaca blh membaca laporan penuh di : info.asp?y=2000&dt=0229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_02.htm

Jelas di sini, kebimbangan tentang ajaran Unification Church dan taktik yg digunapakai adalah sama seperti yg dilakukan oleh Dr Yoo Chong Young yg mewakili ajaran ini di Malaysia.

Mutakhir ini mereka telah mensasarkan kepada pelajar-pelajar Universiti malah ada beberapa kelab dibawah Universiti dan sekolah ditubuhkan antaranya:

1) Peace Loving Youth Assembly 2 (PLYA2)
2) Youth Students for Peace Club (YSP)
3) Ajar-Ajar Malaysia
4) Multicultural Youth Service MCYS Malaysia
5) Peace Owner Society (POS)

Dikalangan pelajar, tidak kira bangsa dan agama apa akan turut menjadi sasaran utk mempromosi gerakkan yg dibawa oleh Unification Church. Salah satu caranya di peringkat universiti adalah dgn memberi anugerah ‘Youth Ambassadors for Peace’ kepada mana-mana pimpinan mahasiswa atau mahasiswi dr lain-lain Universiti di Malaysia dan pelajar yg mendapat anugerah itu, dia blh mengajak beberapa orang rakan yg lain utk menghadiri program “Student Leadership Conference & Exploring Korean Development and Culture Tour”. Yg mana program tersebut akan diadakan di Korea Selatan. Peserta hanya perlu menyediakan pembelanjaan tiket penerbangan sahaja manakala yg lain-lain akan ditanggung oleh Women’s Federation for World Peace (WFWP).

Oleh kerana undang-undang dan perlembagaan Malaysia melarang ajaran bukan Islam disebarkan kepada orang Islam maka salah satu caranya utk tidak tertakluk kepada undang-undang itu adalah dgn membawa orang Islam di Malaysia ke luar Malaysia utk disebarkan ajarannya. Inilah modus operandi yg mereka lakukan sejak dr dahulu lagi.

Oleh kerana byk pihak yg kabur tentang pendakyahan mereka ini di atas nama “Peace”, “Leadership”, “True Family” dan sbgnya telah menyebabkan ramai yg terjebak di dlm mengaktifkan gerakkan mereka secara tidak langsung. Bermula dr pimpinan tertinggi sehinggalah kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah, mereka telah berjaya melakukan misi utk menyampaikan ajaran Unification Church di Malaysia.

Ramai yg tidak dpt mengesan gerakkan keagamaan Unification Church kerana mereka tidak menggunakan simpton-simpton seperti “Jesus” atau simbol salib dan sbgnya seperti gerakkan Kristian kerana Unification Church adalah agama baru, malah bg mereka tidak perlu utk mereka ucapkan nama Jesus kerana bg mereka Father Moon itu sendiri dianggap lebih hebat drpada Jesus. Demikian itu, jika mereka asyik menyebut nama Father Moon dan Mother Moon maka ramai yg tidak mengesyaki ia adalah tokoh ‘Nabi’ atau Mesiah kerana ramai yg tidak mengenalinya. Lalu mereka menganggap ia hanya sekadar tokoh pembawa ideologi keamanan sedangkan jelas gerakkan Unification Church ini adalah sebuah agama yg kompleks seperti agama-agama lain.

Kesannya, selama 11 thn mereka sudah berjaya masuk ke dlm pelbagai sektor terutama di dlm Kementerian dan pimpinan di Malaysia yg menyokong aktiviti mereka dek kerana kabur akan misi keagamaan yg dibawa oleh Unification Church. Gerakkan WFWP dan UPF ini memiliki dana yg cukup besar dan gerakkan mereka juga mendapat sokongan dr United Nation (UN) sehingga mendapat kredit yg tinggi di kaca mata dunia. Manakala mereka juga memiliki pimpinan dr peringkat Asia iaitu Dr. Chung Sik Yong, Pengerusi Universal Peace Federation Asia. Maka dgn faktor-faktor inilah menyebabkan ramai yg tidak sedar akan aktiviti gerakkan mereka.

Pada thn 2018 ini mereka telah mensasarkan 13 Universiti dan 3000 pelajar Universiti.[4] Kumpulan pertama di kalangan mahasiswa yg dijemput berprogram di Korea Selatan adalah dlm sekitar 50 orang pelajar Malaysia termasuk Melayu, Cina dan India dr pelbagai Universiti seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan byk lagi. Program tersebut adalah “Student for Peace Leadership Conference & Exploring Koean Culture Tour” yg diadakan di Yong Pyeong Ski Resort pd tarikh 30 Julai sehingga 5 Ogos 2018.

Di dlm program tersebut pelajar-pelajar Malaysia diajar utk menyebut “Father Moon” utk mengantikkan “Cheers” sebelum mkn dan minum… Bersambung ke siri 3.

Untuk pendedahan siri 1 sila baca di sini: https://bit.ly/2IbN5KJ

Nota akhir:
_____________________________________

[1] Lihat Dr Yoo Chong Young, (2018). True Parents and World Peace, cetakkan ketiga, hlm 7
[2] Lihat Ibid
[3]Lihat http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1102&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_04.htm
[4] http://familyfedihq.org/2018/03/malaysia-students-for-peace-leadership-conference/

R&D Team Multiracial Reverted Muslims

Loading...

Tags: #Bagaimana #Bertapak #Church #Malaysia #Sejarah #Unification

author
Author: 
    Lagu Negaraku versi Arab: Polis rakam keterangan pihak terlibat
    KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti lokasi klip video tular yg memaparkan
    5 Artis Cantik Ini Pernah Diturunkan di Tengah Jalan, No 4 Gara-Gara Salah Culik Orang!
    slidegossip.com – Bayangan orang-orang tentang kisah hidup artis yg sepertinya selalu terlihat enak
    Puteri Ramli Si Selir Dirut Garuda Bisa Membuat Seorang Atasan Jadi Office Boy!
    slidegossip.com – Sepak terjang Puteri Novitasari Ramli yg disebut-sebut sbg selir alias wanita
    Mirip Lisa Blackpink, Selingkuhan Petinggi Garuda Ini Oplasnya Lebih Berhasil dr Puteri?
    slidegossip.com – Kasus penyelundupan Harley Davidson dan sepeda Brompton yg melibatkan mantan Dirut

    Comments are closed.