Sejak bila kurikulum pendidikan perlu restu politik?

Loading...

mohd hasan27 1509107573 1 - Sejak bila kurikulum pendidikan perlu restu politik?

Banyak yg telah dibahaskan tentang khat Jawi di Malaysia akhir-akhir ini. Yg jelas, isu ini telah begitu dipolitikkan sehingga tersasar dr perkara sebenar.

Kita mesti jelas kenapa khat diperkenalkan. Yg pasti bukan utk tujuan Islamisasi. Islamisasi tidak memerlukan khat utk dilaksanakan.

Ia juga bukan persoalan tiada rundingan antara Kementerian Pendidian dgn semua parti politik. Sejak bila kurikulum pendidikan kebangsaan harus digubal melalui konsultasi dan restu politik? Biarkan penggubal kurikulum kita dgn tugas mereka. Mereka punya kearifan yg kita tidak miliki.

Khat juga bukan tentang ilmu yg lapuk. Mereka yg menganggap khat tiada manfaat ilmu adalah mereka yg tidak memahami makna ilmu.

Yang pasti, polemik dan isu ini memaparkan dgn jelas satu perkara penting. Betapa di Malaysia, kita masih tidak jelas tentang dasar pendidikan bagaimana yg diperlukan oleh negara ini.

Kita mesti mengembalikan pendidikan kepada landasan sebenarnya, iaitu merangsang rasa ingin tahu (sheer curiosity). Apabila kita mendedahkan pelajar di sekolah vernakular tentang khat, ia dilakukan bukan utk menjadikan mereka mahir dlm khat. Apatah lagi menjadi pakar jawi.

Ia dibuat utk merangsang rasa ingin tahu dlm diri mereka agar mereka berfikir dan mencari jawapan, kenapa khat dan jawi itu sedemikian rupa. Apa kepentingan dan nilainya. Kita mesti menanam dlm diri mereka, semangat ingin tahu ini. Kerana sains terbaik dan teknologi termaju hanya terhasil dr rasa ingin tahu yg mendalam.

Episod khat ini menggambarkan perjalanan jauh kita utk menjadi negara maju, apatah lagi bangsa maju. Lihat sahaja naratif negara maju yg kita digunakan – ‘negara berpendapatan tinggi’, ‘Harimau Asia’ dan pelbagai lagi. Namun bukan ‘a highly developed society”

Kepada kebanyakan pihak, hanya coding, sains dan teknologi, matematik dan Bahasa Inggeris akan menjadikan Malaysia dan rakyatnya kompetitif. Tetapi mereka lupa, pembangunan Malaysia yg moden dan terkehadapan menjangkaui spektrum sains dan teknologi.

Apakah kita lupa bahawa kekuatan sebenar Malaysia adalah kemajmukan negara ini, bukan wibawanya dlm sains dan teknologi.

Pelabur ingin melabur di Malaysia bukan kerana Malaysia mempunyai bakat terbaik dunia. Tetapi keyakinan mereka terhadap kestabilan politik dan keharmonian kaum yg unik malah teruji dek zaman.

Telah tiba masanya Malaysia memikirkan kewajaran memperkenalkan pendekatan pendidikan liberal (liberal education) seawal usia pembelajaran. ‘Liberal education’ bukan bermaksud pendidikan tanpa pedoman agama dan norma hidup. Tetapi, ia adalah sistem yg mengintegrasikan ilmu kemanusiaan dan sastera dgn disiplin sains dan teknologi.

Rasionalnya kerana kita hidup dlm zaman ledakan maklumat. Anak-anak hari ini menjalani kehidupan harian dgn gajet utk tweeting, googling ataupun e-mailing dan sbgnya.

Mereka celik teknologi. Tetapi mereka juga mesti faham bahawa sains dan teknologi mesti bermanfaat utk masyarakat. Kerana itu ilmu berkaitan kemanusiaan, bahasa, kepercayaan agama, kerencaman budaya dan pelbagai yg lain itu penting. Ia akan memberikan sains dan teknologi itu dimensi manusiawinya.

Bayangkan kelak ‘manuskrip’ yg didigitalkan hanya menjadi pameran kerana sudah tidak ada sesiapa yg mampu membaca dan memberi makna kepada kandungannya. Bayangkan jika sejarah Malaysia diajar menggunakan sains multimedia termaju tetapi tiada siapa berminat mempelajarinya kerana bukan subjek kompetitif. Bayangkan bahasa Melayu menjadi bahasa picisan kerana bahasa global bukan sahaja bahasa Inggeris, tetapi kod-kod pengaturcaraan dlm komputer.

Kalau ini bukan tragedi kepada sebuah bangsa, dan kepada sebuah negara, maka saya tidak tahu apa lagi makna ancaman kepada sebuah peradaban.

Lalu, cabaran sebenar hari ini ialah membangunkan sistem pendidikan terbaik utk masa depan Malaysia. Sehingga saat ini, Menteri Pendidikan, Dong Jiao Zong dan pelbagai pihak berkepentingan, masih tidak memahaminya.

Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Presiden UMNO

Loading...

Tags: #bila #Kurikulum #Pendidikan #Perlu #Politik #Restu #Sejak

author
Author: 
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal
    Ketua Juri Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak akan diambil tindakan – KPM
    Putrajaya, 15 Okt – Isu debat Bahasa Inggeris yg tular di media sosial
    Apa Itu Deepfake dan Inilah Bahayanya
    Aplikasi kamera saat ini sudah sedemikian canggih. Para pengguna sekarang bisa membuat kaki

    Comments are closed.