Segera laksana kod Etika Ibu Bapa & Penjaga – NUTP

59883536 2552971648047025 2974655161927991296 o 1 - Segera laksana kod Etika Ibu Bapa & Penjaga - NUTP

KOTA BHARU 5 Mei – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyeru agar semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara segera mewujudkan Kod Etika Ibu Bapa / Penjaga di sekolah masing-masing sbgmana arahan yg telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, pelaksanaan kod etika atau peraturan ke atas ibu bapa itu penting demi menjaga kebajikan dan keselamatan guru khususnya ketika berada di kawasan sekolah.

Beliau berkata, sejak arahan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan hujung thn lalu, pihaknya mendapati sambutan dr sekolah seluruh negara amat dingin atas alasan terlepas pandang mengenai arahan tersebut.

“Kita anggarkan 14 buah sekolah sahaja setakat ini menguatkuasakan Kod Etika Ibu Bapa itupun atas inisiatif NUTP yg turun ke sekolah terbabit di seluruh negara dr awal thn ini.

“Arahan menerusi surat siaran yg dikeluarkan Kementerian Pendidikan itu sudah jelas memberi mandat kepada pihak sekolah supaya mewujudkan kod etika dgn permuafakatan dan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masing-masing.

“Sekolah perlu ada kod etika tetapi kita tengok sambutan perlahan, ia tidak menjadi keutamaan sekolah, kesannya adalah kepada guru, apabila ibu bapa masuk sekolah bawa topi keledar dan naik angin blh cederakan,” katanya selepas melancarkan Kod Etika Ibu Bapa / Penjaga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang di sekolah itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi NUTP negeri, Johari Ahmad dan Pengetua SMK Penambamg, Omar Ab Rahman.

SMK Penambang adalah sekolah pertama di negeri ini yg melancarkan kod etika tersebut.

Dalam pd itu, Aminuddin berkata, pihak NUTP telah mula merangka kod etika ibu bapa sejak 2017 bersama pelbagai pihak selepas menyedari peraturan sedia ada yg digunapakai di sekolah tidak cukup mantap utk menjaga kebajikan dan keselamatan guru.

“Kita membuat rangka kod etika ini merujuk kepada yg telah digunakan di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan India tetapi kita masukkan elemen tempatan sesuai dgn budaya di Malaysia.

“Cadangan kod etika ini kita serahkan kepada pihak Kementerian Pendidikan supaya dijadikan panduan asas, namun pihak kementerian mahu sekolah wujudkan kod etika sendiri berasaskan kepentingan dan budaya setempat di setiap sekolah, contohnya suasana di Kuala Lumpur sudah tentu berbeza dibandingkan Penambang,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin berkata, pihaknya yakin penguatkuasaan kod etika itu mampu dilaksanakan di kesemua 10,000 sekolah di seluruh negara selewat-lewatnya hujung thn ini melalui kerjasama erat dgn Jabatan Pendidikan negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). – UTUSAN ONLINE


Loading...

Tags: #bapa #Etika #laksana #NUTP #Penjaga #Segera

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.