Seafood Kukus Kari Merah Thai

Loading...

aIMG 1466 1 - Seafood Kukus Kari Merah Thai

Seafood Kukus Kari Merah Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm seafood campuran (udang, sotong, isi ketam/crabstick)
3 sudu besar pes kari merah thai *
1/4 cawan santan kotak
1 sudu besar tepung beras
2 biji telur, kocok ringan
3 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
Sedikit garam dan serbuk lada putih
1 cawan hirisan kobis
Daun selasih Thai

Hiasan : Daun limau purut, hiris halus dan cili merah

aIMG 1317 - Seafood Kukus Kari Merah Thai

Daun pisang, potong bulat 6 keping, layur api
Lidi pencucuk
Buat kotak daun pisang, lapiskan 2 keping daun, lipat 4 penjuru dan semat dgn lidi.

aIMG 1288 - Seafood Kukus Kari Merah Thai

Pes Kari Merah Thai *
8 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah, potong kecil
1 sudu kecil hirisan daun limau purut
3 hiris lengkuas, ketuk
1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu kecil belacan
1/2 sudu teh jintan halus
1/2 sudu teh biji ketumbar

aIMG 1290 - Seafood Kukus Kari Merah Thai


Cara-cara :
Cili kering buang biji dan rendam dlm air panas sehingga lembut.  Toskan
Masukkan semua bahan pes kari ke dlm pengisar dan kisar halus.
Ketepikan 3 sudu besar utk adunan. *
Satukan pes kari, seafood dan telur, gaul rata.
Tambahkan sos ikan, gula, sedikit serbuk lada putih dan garam.
Masukkan tepung beras dan gaul rata.
Letak hirisan kobis dan daun selasih dlm kotak daun pisang.
Sudukan adunan seafood sehingga penuh.

aIMG 1299 - Seafood Kukus Kari Merah Thai

Akhir sekali, sudukan krim santan, tabur hirisan daun limau dan cili.
Kukus selama 25 – 30 minit sehingga masak.

aIMG 1437 - Seafood Kukus Kari Merah Thai

Krim Santan utk Topping :
1/2 cawan santan kotak
1 sudu besar tepung beras
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan krim santan, masak dgn api perlahan sehingga pekat.
aIMG 1302 - Seafood Kukus Kari Merah Thai
Seafood Kukus Kari Merah Thai
Loading...

Tags: #Kari #Kukus #Merah #Seafood #Thai

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Seafood Kukus Kari Merah Thai"