Sayur Lemak Labu Yg Mudah Dan Sedap Dan Tips Utk Kuah Yg Pekat

Sayur Lemak Labu Yg Mudah Dan Sedap Dan Tips Utk Kuah Yg Pekat || Salam semua salam Jumaat yg barakah, bila sebut sayur masak lemak ni rasa semua orang blh buat kan, pejam mata pun blh hii. semudah ABC. Sayur masak lemak sinonim dah dgn masakan orang melayu. Kat rumah ni, biasanya kena ada juga menu sayur masak lemak. Digandingkan pula dgn ikan kering goreng atau ikan goreng.

Sayur Lemak Labu Yg Mudah Dan Sedap Dan Tips Utk Kuah Yg Pekat

Sayur masak lemak ni macam – macam tak terhad utk labu saja. Kadang- kadang daun pucuk ubi pun buat masak lemak ya hii. Yg ini, bonda suka sangat labu, kita sendiri kurang sikit labu sebab angin.

Tapi tak apa lah kita share jugak resepi kat sini ya. Kalau korang nak tips utk kuah yg pekat dan lagi sedap, korang blh letak isi ikan bakar. Yg ini arwah nenek yg ajar, tapi bukan ajar kita tapi ajar bonda kita. So, bonda perturun la utk anak dia lah pulak. Kalau tak, kita sendiri pun tak tahu. hii.

Siapa cakap masuk dapur tak ada ilmu. Ilmu luas sangat ni :D. Banyak lagi benda nak kena belajar. Kalau tak nak letak pun tak apa juga, Kadang- kadang letak isi ikan bakar tu, kalau rasa nak macam lagi sedap kuah. Itulah tipsnya kuah jadi pekat sikit. Siapa baru tahu :D.

Oklah kat sini kita share resepi sayur masak lemak cara kita. Simple jerr dan mudah. Korang blh cuba ya. Tak buat banyak sangat, setakat ambil labu yg sederhana dan guna setengah labu sahaja.

Sekarang ini kat youtube rajin sangat nak buat premiere macam nak tonton movie gitu buat macam teaser. Selepas 3 hari upload baru video kita akan dipublish. seronok pulak buat macam tu. Ada kelebihan youtube bagi ni, kita manfaatkan sebaik mungkin ya.

Jemput tonton di my youtube channel dan jemput subscribe 🙂


Sayur Lemak Labu Yg Mudah Dan Sedap Dan Tips Utk Kuah Yg Pekat

Bahan – Bahan

 2 1/2 cawan santan
1/2 biji labu yg sederhana
3 ulas bawang merah *
2 ekor ikan bakar ambil isi
1/2 sudu teh lada hitam *

Bahan bertanda * ditumbuk

Cara – Cara

1. Selepas bahan bertanda * ditumbuk halus, masukkan isi ikan dan tumbuk lagi
2. Dlm periuk, masukkan santan dan juga bahan tumbuk, kacau rata sekejap
3. Masukkan garam secukup rasa dan buka api, kacau sehingga mendidih
4. Setelah mendidih, masukkan potongan labu
5. Kacau sekali sekala sehingga labu empuk jangan terlebih lembik ya
6. Kemudian blh tutup api, suai rasa kalau tak cukup masin blh tambah garam
7. Siap utk dihidangkan

Loading...

Tags: #Kuah #Labu #Lemak #Mudah #Pekat #Sayur #Sedap #tips

author
Author: 
    James Cameron Umum ‘Terminator: Dark Fate’ Disahkan Dapat Rating R-Rated
    Filem terbaru dlm franchais Terminator disahkan oleh penerbit filem tersebut, James Cameron sbg
    Lagu Nasyid Ramadhan Mp3
    Lagu nasyid ramadhan kumpulan hijaz, lagu nasyid, lagu nasyid terbaru, lagu nasyid 2018,
    Jenis2 Puasa
    Jenis 2 puasa sunat, jenis 2 puasa, Aku & Kehidupan Ini: Mknan Di
    7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pd 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini
    7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar  Pd 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa

    Leave a reply "Sayur Lemak Labu Yg Mudah Dan Sedap Dan Tips Utk Kuah Yg Pekat"