Satu Lagi Kanak-Kanak Mati Angkara Difteria Di Johor Bharu Kerana Tidak Pernah Divaksinkan.

Loading...

Sebentar tadi KKM dlm satu kenyataan memaklumkan seorang kanak-kanak lelaki yg berusia dua thn mati angkara terkena jangkitan difteria. Rekod kesihatan menunjukkan kanak-kanak itu tidak pernah menerima sebarang vaksinisasi semenjak dilahirkan.

Berikut adalah kenyataan penuh;

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan kejadian satu (1) kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pd 21 Februari 2019. Kes adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 thn 1 bln. Kes tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir. Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pd 16 Februari 2019. 

Difteria 1 - Satu Lagi Kanak-Kanak Mati Angkara Difteria Di Johor Bharu Kerana Tidak Pernah Divaksinkan.



Kes telah dibawa ke unit kecemasan hospital pd 18 Februari 2019 dlm keadaan yg lemah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik utk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria. 

Malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dpt diselamatkan dan meninggal dunia pd 21 Februari 2019 dgn sebab kematian Severe Diphtheria with multiorgan failure. Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kes menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan makmal utk pengesahan toksin difteria.

Penyakit difteria disebabkan oleh jangkitan bakteria Corynebacterium diphtheriae yg menyebabkan gejala sakit tekak dgn selaput di dlm tekak, bengkak tonsil dan kemungkinan berlaku komplikasi bacteremia (infeksi darah) dan endokarditis (infeksi pd jantung) sehingga menyebabkan kegagalan organ, yg seterusnya blh membawa maut. Pemberian imunisasi difteria dpt mengelak drpada jangkitan atau jika terkena jangkitan, gejala adalah lebih ringan dan tiada komplikasi.

KKM telah mengambil tindakan bg membendung penularan jangkitan ini termasuk pencarian kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian imunisasi dan pendidikan kesihatan.

Bagi thn 2019 sehingga kini, terdapat satu kes difteria yg telah disahkan di Malaysia. Pd thn 2018, sebanyak 18 kes dgn lima (5) kematian dilaporkan di Malaysia di mana empat (4) drpada lima (5) kematian ini tiada menerima imunisasi. Kesemua kematian difteria bg thn 2018 melibatkan kanak-kanak di bawah 10 thn.

Sehubungan dgn itu, KKM ingin menasihati orang awam terutamanya ibu-bapa agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yg blh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, demam campak (measles), batuk kokol (pertussis) dan lain-lain. Pastikan anak anda diberikan imunisasi. Imunisasi adalah cara pencegahan penyakit yg berkesan dan selamat. 

Perkhidmatan imunisasi ini blh diperolehi drpada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan anak anda kepada jangkitan kuman malahan blh membahayakan kanak-kanak lain.

Sehubungan itu, ibu bapa yg masih belum memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka dinasihatkan agar tampil utk mendapatkan imunisasi mengikut jadual yg ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Bagi kanak – kanak yg telah tercicir suntikan, blhlah segera mendapatkan perkhidmatan imunisasi di mana-mana fasiliti kesihatan yg terdekat.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
23 Februari 2019

Loading...

Tags: #Angkara #Bharu #Difteria #Divaksinkan. #Johor #KanakKanak #kerana #LAGI #Mati #PERNAH #Satu #tidak

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Leave a reply "Satu Lagi Kanak-Kanak Mati Angkara Difteria Di Johor Bharu Kerana Tidak Pernah Divaksinkan."