Satay Lilit Ayam

Loading...

aIMG 8537 1 - Satay Lilit Ayam


Satay Lilit Ayam
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan 
300 gram isi ayam kisar
200 gram isi udang kisar
2 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir

1/2 sudu besar pati ayam KNORR
2 helai daun limau purut, hiris halus
15 batang serai utk tusukan

Bahan Tumis (Kisar)
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 cm kunyit, di bakar dahulu
1 biji buah keras, di bakar dahulu
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk belacan

3 sudu besar minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar bahan tumis sehingga halus.  Kemudian tumis sehingga naik bau.  
  2. Angkat dan biarkan sejuk dulu.
  3. Gaulkan bersama isi ayam dan udang kisar, hirisan daun limau, serbuk pati ayam, garam dan gula sehingga rata.
  4. Ambil sedikit aduan dan lilitkan di batang serai.
  5. Bakar dlm non-stick pan yg telah dipanaskan dgn sedikit minyak sehingga masak.
  6. Balut dahulu hujung batang serai dgn aluminium foil utk mengelakkannya hangus.
aIMG 8554 - Satay Lilit Ayam


Kuah Lemak Telur Asin

3 ulas bawang putih, cincang halus
3 hiris halia, hiris halus
6 tangkai cili padi, hiris
4 tangkai daun kari, lurut daunnya
2 biji kuning telur masin, hancurkan
2 cawan susu cair
1 sudu kecil serbuk pati ayam KNORR
1/2 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar mentega

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan mentega, tumis bawang putih, halia, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Masukkan kuning telur masin dan kacau sehingga hancur.
  3. Tuang santan, susu cair, perasakan dgn serbuk pati ayam, gula dan garam.
  4. Biarkan mendidih sebentar dan kuah hampir pekat.  
  5. Apabila masak, siram kuah lemak ke atas satay lilit.
aIMG 8664 - Satay Lilit Ayam

Satay Lilit Ayam
Loading...

Tags: #Ayam #Lilit #Satay

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Satay Lilit Ayam"