Santai-santai di Taman Teruntum

Presentation1sss 1 - Santai-santai di Taman Teruntum
Kami menyusuri laluan yg disediakan utk pejalan kaki. Laluan yg terdiri drpada susunan batu berwarna merah dan hitam yg telah pun pudar warnanya. Anakanda Haikal yg istimewa terlebih dahulu meninggalkan saya dan ummu Ikhwan di belakang. Teruja dgn orang ramai yg bersantai-santai di taman rekreasi milik majlis perbandaran ini. 
Demikianlah suasana petang di Taman Teruntum yg redup. Sebuah taman rekreasi orang ramai yg menempatkan mini zoo, gerai mkn dan berbagai lagi fasiliti utk para pengunjung bersantai-santai. Justeru, petang yg baik cuacanya ini menyambut kami datang bertandang mendakap mesra. 
Di satu sudut, kanak-kanak sedang bermain permainan buaian, gelongsor dan jongkang-jongkit. Manakala di sebelah kanan pula sekumpulan kanak-kanak bercampur orang dewasa sedang bermain buih sabun. Angin petang yg bertiup menerbangkan buih-buih sabun bersama riuh-rendah suara mereka sambil dibumbui hilai ketawa. 
Sebilangan kecil pula pengunjung bersantai-santai di tebing kolam, asyik melihat ikan-ikan yg menyambar cebisan roti yg dilempar. Besar sekali ikan-ikan di kolam buatan itu. Ada tilapia, keli afrika dan lain-lain spesis. Di tengah-tengah kolam tersebut dibina sebuah pulau kecil yg menempatkan sepasang haiwan lotong. Terpegun melihat haiwan tersebut bergayut cergas dr dahan ke dahan. 
20121113 162455 800x600 - Santai-santai di Taman Teruntum
sumber foto
Sesekali saya mengetip butang kamera telefon bimbit. Merakam detik-detik yg menarik hati utk dijadikan kenangan. Manalah tahu kalau-kalau 10 atau 20 nanti taman ini sudah tidak wujud kerana diasak pembangunan. Mungkinlah, mana tahu. Jadi dptlah nanti ditunjukkan kepada generasi akan datang. Itupun jika masih ada lagi anugerah umur drpada-Nya. 
Kehidupan adalah milik-Nya, begitu juga dgn kematian. Kedua-duanya menjadi ibtila` bg yg bergelar manusia, siapakah yg terbaik amalannya. Demikianlah..  

Loading...

Tags: #Santaisantai #Taman #Teruntum

author
Author: 
    Gak Nyangka! Bersahabat 11 Thn, Andre Taulany Malah Lakukan Ini Saat Sule Pinjam Uang Buat Bayar Hutang!
    slidegossip.com – Presenter dan komedian Sule diketahui sudah 11 thn menjalin persahabatan dgn
    Baru 2 Hari, Tagihan Listrik Sudah Rp 1 Juta, Nagita Slavina Ngamuk! Pihak PLN Jelaskan Penyebabnya!
    slidegossip.com – Siapa yg tak mengamuk jika baru dua hari tagihan listrik yg
    Bertengkar Dgn Wanita Kulit Hitam, Pemenang Kontes Kecantikan Ini Dihujat: Kok Kayak Preman Sih!
    slidegossip.com – Baru-baru ini publik dikejutkan dgn kelakuan seorang pemenang kontes kecantikan. Dlm
    Nasibnya Berujung Tragis! Remaja Ini Bunuh Diri Agar Bisa Hidup Bersama Tokoh Kartun Idolanya!
    slidegossip.com – Kisah tragis ini dialami oleh seorang remaja pria yg masih berumur

    Leave a reply "Santai-santai di Taman Teruntum"