SANDWICH SARDIN CILIPADI

Loading...

Assalamualaikum, 

Selamat hari pekerja utk semua pembaca blog dan rakan-rakan yg sudi masuk ke blog fizalgk. Dah lama benar blog ni tidak di update dgn cerita-cerita terkini. Apa nak buat, sebenarnya dr awal bulan April lagi saya telah melakukan ubahsuai rumah termasuklah keseluruhan bahagian dapur, dan buat sementara waktu saya menumpang dirumah ibu. Jadi sebarang aktiviti memasak agak terhad dan kalau ada pun memang tak sempatlah nak ambil gambar seperti selalu. Kerja ubahsuai masih berlangsung sehingga kini dan masih ada sedikit lagi kerja-kerja akhir termasuk pemasangan paip dibahagian sinki dapur serta sambungan ke tandas di dlm bilik tidur utama.

Hari ini sempena cuti hari pekerja alhamdulillah sempat lah buka laptop dan ada beberapa resipi yg masih belum sempat di masukkan ke blog. Utk petang ini saya kongsikan dahulu resipi sandwich sardin cilipadi. 

Jom kita lihat resipi dibawah ini dan selamat mencuba ye ❤❤❤
SandwichBTunaBSimple - SANDWICH SARDIN CILIPADI
SANDWICH SARDIN CILIPADI
Bahan-bahan

1 tin sardin saiz sederhana – Jenama Ayam Brand
4 tangkai cili padi – dibuang biji dan hiris halus-halus

½ biji bawang holland- dipotong dadu 

secubit garam
Majerin atau mentega 
2 cawan mayonis + perahan 1 biji limau nipis + 1 sudu besar gula (Kita hanya gunakan kira-kira 4 – 5 sudu besar campuran mayonis ini kedalam sandwich dan baki blh disimpan kedalam bekas bertutup didalam peti sejuk)

Hiasan
Iceberg Lettuce@daunsalad, tomato dan timun

Cara membuatnya :


1. Buka tin sardin dan sejatkan sosnya. Kita hanya akan guna isi sardin. Masukkan kedalam mangkuk.

2. Masukkan cilipadi, bawang holland cincang dan secubit garam kedalam mangkuk berisi sardin tadi dan kacau rata. 

3. Masukkan juga campuran mayonis dlm 4 – 5 sudu besar dan kacau lagi.

4. Seterusnya sapu majerin atau mentega pd roti, sudukan sardin yg telah disediakan tadi keatas roti dan atur hirisan tomato & iceberg lettuce@ daun salad. Potong dan blhlah dihidangkan.

Carian Berkaitan

deko sandwich
Loading...

Tags: #CILIPADI #SANDWICH #SARDIN

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "SANDWICH SARDIN CILIPADI"